Saturday, March 17, 2012

TATKALA INI

*Yahoo*
Keindahan alam adalah salah satu tanda kebesaran Allah Ta'ala. Jika berkesempatan, aku ingin lari jauh dari susuk kesibukan dunia yang tidak pernah lelah mengejarku.




Aku masih di situ.
Di sudut yang terpencil itu.
Tiada peneman di kala sunyi, tiada pendengar di kala berbicara.
Aku masih sendiri.
Menanti hari yang tidak pasti.
Mungkin menunggu kamu?


Siapakah aku?
Apa tanggungjawabku?
Mengapa aku yang di sini?
Sihatkah hatiku?
Waraskah akalku?
Baikkah akhlakku?
Wajarkah nasihatku?
Banyakkah ilmu ku?
Aku sendiri tidak pasti.
Kerana aku masih di sudut itu.


Aku masih setia.
Menghitung hari.
Tetapi aku masih tidak pasti.
Mengapa aku bersendiri.
Menghitung hari demi hari.
Yang tidak punya emosi lagi.
Kaku dan kelu.
Aku kini tidak mengenali diri asing ini.


Aku merenung kembali saat lalu.
Ibadahku masih tidak mencukupi.
Ilmu ku masih secicip di celah gigi.
Itu kewajipanku.
Jangan persoalkan.
Keikhlasan aku.
Kerana aku adalah hamba Allah Yang Maha Satu.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Monday, March 12, 2012

TOLONG

*Yahoo*
Tolong-menolong adalah amalan mulia. Ikhlas melalui hati dan tindakan yang memerhati.



Tolong,
Ingatkan aku tentang tanggungjawabku,
Sebagai seorang hamba Allah,
Sebagai seorang anak,
Sebagai seorang pejuang agamaku,
Ingatkan,
Dengan penuh kesantunan dan kehemahan,
Itu pintaku.


Tolong sayangi aku,
Sebagaimana engkau menyayangi dirimu,
Kerana aku tahu,
Manusia kini,
Nafsunya serakah,
Sukar diperintah,
Akalnya terletak entah?


Tolong ingatkan aku,
Jangan terlalu sedih,
Jangan terlalu gembira,
Jangan terlalu teruja,
Jangan terlalu mengikut kata hati,
Kerana perasaan itu ada batasnya.


Tolong nasihati aku,
Mengenai aurahku,
Akhlakku,
Teguri aku untuk menjadi yang lebih baik,
Supaya kau dan aku ke Jannah bersama,
Membina ummah yang diredhai,
Itu impiku.



*Yahoo*
Duhai kamu, bantu lah aku! Mari menjadi soleh dan solehah bersama.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

PERLU KAH ?

Keadaan kafeteria ketika ini begitu meriah dengan pelajar yang sedang menjamu selera. Kelihatan empat sekawan yang sudah pun mendapat makanan hasil kesabaran mereka menanti pesanan sebentar tadi.

Untuk memudahkan pemahaman, empat sekawan itu di beri nama A, B, C, dan D. Biasalah, sambil menjamu selera ada sahaja topik yang di bincangkan.

Pada perbincangan kali ini topik yang sering mendapat sambutan remaja di perbincangkan.

"Eh, korang ada pakwe, kan?" tanya si A.

Reaksi si B dan si C senyum sahaja mengiakan manakala reaksi si D hanya berdiam diri sambil menikmati makanan yang telah pun berada di hadapan mata.

"Pakwe korang hisap rokok tak?" pertanyaan dari si B pula.

"Pakwe I tak merokok. Bibir dia pink lagi. Haha," Jawab si C sambil bibir tersenyum mengingatkan perangai lelaki istimewa di hatinya itu.

"Alah, tak macho lah lelaki tak hisap rokok," Jawab si B dan kenyataan itu dipersetujui oleh si A dengan anggukan.

Si D? Biasalah. Diam itu lebih baik dengan menikmati makanan.

"Pakwe kita kan asyik tak setuju je dengan benda yang kita nak hadiahkan untuk dia. Yelah, semalam kan hari jadi dia. Akhirnya, dia yang pilih hadiah dia sendiri. Cerewet kan pakwe kita?" Si B memulakan sesi penerangan sikap buah hatinya.

"Eh, pakwe aku tak macam tu pun. Dia 'caring' sangat. Hari tu kitaorang naik motor, dia siap pakaikan 'helmet' lagi untuk aku. Makan pun siap bersuap lagi. Haha," Si A pula menyambung sesi tersebut.

"Pakwe I pulak, asyik call je. Nak buat apa, nak pergi mana. Semua kena bagitahu. Kadang-kadang I rasa rimas jugak. Tapi, I tahu dia sayang I. Sebab tu dia buat macam tu," Si C pula menyambung lagi.

Si D? Diam lagi. Makanan yang dihidangkan terpaksa di makan dengan perlahan-lahan. Maklumlah, si A, B, dan C asyik berbual sahaja mengenai lelaki yang bertakhta di hati mereka. Bukan tidak mahu menyampuk tetapi nanti dikatakan cemburu pula.



***********************************************************************************



Pernah mengalami peristiwa sebegitu?

Istilah pakwe ataupun 'boyfriend' mahupun kekasih dengan panggilan yang pelbagai merupakan salah satu budaya remaja kini.

Semua insan inginkan jodoh yang baik. Tetapi, sekiranya kita yang tidak menjaga akhlak dan batas pergaulan kita, adakah ada harapan kita mengharapkan jodoh yang baik lagi?

Ya, semuanya dengan kuasa Allah.

Melihat situasi si A, B, dan C, membuatkan saya tertanya-tanya apakah motif mereka mencanang-canangkan maksiat yang telah mereka lakukan?

Berpimpin tangan, bersuap-suapan, mesej yang tidak sepatutnya dengan panggilan yang manja dan menggugat hati mereka, tidak malukah mereka?

Ya, mereka bertudung tetapi tidak mengikut syariat. Mereka berpakaian yang masih mempamerkan bentuk badan mereka. Mereka bersolek dan memakai wangi-wangian yang menggoda pasangan tidak halal mereka dan akhirnya berjumpa di tempat awam kerana kononnya untuk mengelakkan maksiat.

Ikhlaskah cinta merpati sejoli tersebut? Kerana Allah kah? Atau kerana hawa nafsu? Atau kerana takut apabila diri mereka tidak mendapat pasangan kelak?

Lelaki perlu tahu menjaga diri. Wanita pula perlu banyak tahu menjaga diri.

Simpanlah perhiasan anda untuk suami. Insan yang layak ke atas anda. Bukannya pakwe anda!

Percintaan sebelum bernikah banyak dugaannya. Si pria dan si gadis tidak boleh melakukan apa sahaja yang boleh meransang hati mereka ke arah kemaksiatan. Adakah remaja yang benar-benar menjaga batasan ini?

Ya, ada. Tetapi, bilangannya hanya segelintir cuma. Bukan mudah untuk menegur kesilapan insan lain. Maka, kita sewajarnya tahu yang mana baik dan yang mana buruk berlandaskan ajaran Islam.

Berbalik kepada kisah si D. Bukan dia tidak mahu menegur, tetapi bukan tidak biasa dengan kata-kata keramat rakan-rakannya, "Eleh, dia tak ada pakwe boleh cakap macam tu. Cuba kalau ada?"

Remaja kini terlalu mengagung-agungkan kemaksiatan. Bukan mereka tidak tahu batasan yang telah ditetapkan oleh Islam, tetapi apabila akal dikuasai nafsu, hati menjadi lagha dalam nikmat kemaksiatan itu.

Oleh itu, buat para gadis dan jejaka yang masih suci hati mereka dalam hubungan yang tidak halal ini, teruskan perjuangan menyucikan hati anda. Jangan sesekali merasakan rakan anda beruntung kerana sudah pun mempunyai teman untuk mengadu dan bermanja.

Mereka tahu mereka salah. Tetapi, mereka sukar untuk keluar dari zon tersebut kerana mereka masih bercinta atas landasan nafsu.

Jangan biarkan cinta yang tidak halal itu menenggelamkan hati sehingga karam menjadi hitam sepenuhnya. Didiklah hati untuk mencintai Allah sebelum memcintai makhluk yang diciptakan olehNya.

Saya masih ingat lagi kata-kata guru saya semasa di matrikulasi dahulu,"Lelaki kalau boleh mahukan isteri yang tidak pernah disentuh oleh lelaki lain walaupun hanya berpegangan tangan. Saya pernah menasihati rakan saya yang gemar bertukar-tukar pasangan mengenai hal ini. Walaubagaimanapaun, saya bersyukur kerana Allah anugerahkan saya isteri yang benar-benar menjaga kehormatannya sebagaimana saya menjaga kehormatan diri saya"

Anda bayangkan, itulah kata-kata yang lahir dari insan yang menjaga batasan pergaulannya. Ada sebab Allah jodohkan kita dengan si dia dan terdapat banyak medium bagaimana jodoh itu dapat disimpulkan. Samaaada secara baik mahupun sebaliknya.

Bercinta dan mendapat keredhaan dari Allah itu adalah nilai yang sangat tidak terhitung. Infiniti. Bercinta kerana Allah pasti ada keberkatannya.

Bercinta setelah bernikah nikmatnya adalah berganda.

Ketulusan hati: Wahai jodohku, InsyaAllah, pasti suatu hari nanti kita akan ketemu jua. Kini, biarkan aku ditemani dengan ilmu pengetahuan mengenai alamrumahtangga dan ilmu dunia yang lain yang dapat memberi manfaat kepada kita kelak. Untukmu, aku berharap agar engkau tuntutlah ilmu dahulu kerana apabila segala-galanya telah pun stabil, Allah pasti mempertemukan kita. Mungkin di dunia ataupun di akhirat sana. Amin. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Sunday, March 11, 2012

NAFAS CAHAYA


*Yahoo*
Cinta itu subjektif. Tiada sebab jatuh kerananya.



Bermulanya satu episod cinta,
Oh indahnya dari segala kata,
Bukan ku pinta ini pemberianMu,
Ku terima dengan redha.


Ku semai cinta sepenuh jiwa raga,
Moga bersinar kekal indah bahagia,
Berjuta onak ku teruskan melangkah,
Kekal dan selamanya.


Amat sukar untukku mengerti,
Ku terlena dalam nafas cinta,
Mimpi indah penuh dengan noda,
Bayangan dusta.


Kekasih mengertilah,
Berkurun lama dah terpisah,
Namun ku takkan persia,
Anugerah Yang Esa.


Ketulusan hati: Lirik lagu di atas adalah dari Drama Nafas Cahaya yang di nyanyiakn oleh Kalam. Sebuah drama yang ditayangkan masa bulan Ramadhan ketika saya masih kecil dahulu. Masih ingat lagi sehingga sekarang. Terima kasih kerana membaca.  

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

SEBELUM AKU TERIMA NIKAHNYA

Perkahwinan bukan hanya sekadar cinta.

Pengertiannya lebih mendalam dari itu.

Ianya adalah salah satu cara merapatkan ummah.

Maka, bersedialah ke arah itu.








Ketulusan hati: Jom, buat checklist! Eh?

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.