Saturday, March 10, 2012

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI


*Yahoo*
Adakalanya ketenangan itu mampu membuatkan kita berfikir misi dan visi dalam kehidupan. Apabila ada kelapangan, biarkan akal memikirkan sejenak hal itu.



Perjuangan masih belum selesai.

Memperjuangkan apa yang perlu diperjuangkan.

Berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Berjuang untuk memartabatkan Islam.

Berjuang memperbaiki akhlak.

Berjuang menjaga aurah.

Perjuangan bukan sekadar di bibir ataupun di lontarkan menerusi penulisan.

Ia adalah tindakan.

Sampai bila masih mahu berada di takuk lama?

Sampai bila mahu hanyut dalam keindahan dunia yang tidak seberapa?

Perjuangan perlu diteruskan.

Memperjuangkan antara yang hak dan yang batil.

Mungkin kita pernah sesat dahulu tetapi jangan biarkan kesesatan itu membelenggu selama-lamanya.

Embun cahaya pasti muncul.

Ya, pasti muncul.

Tetapi, sekiranya bukan kita yang mendahului, siapa lagi?

Ayuh, bergerak ke arah perjuangan dengan redha Ilahi.

Bukan mudah, mungkin payah tetapi pelihara aurah itu wajib.

Bukan 'belum sampai seru' persoalannya.

Tetapi kamu yang menidakkanya.

Entah, manusia itu alpha.

Menanti yang terbaik untuk diri sendiri sedangkan ajaran Allah tidak dituruti sewajarnya.

Perubahan dari hati, paksaan kerana Allah, InsyaAllah kamu akan gembira.

Ceria dan tenang apabila restu Ilahi telah pun dimiliki.

Perjuangan tidak akan pernah selesai.

Sehingga ke hujung nyawa, ajal menyingggah.

Selagi masih bernafas, teruskan perjuangan di muka bumi Allah.

Jangan pernah mengalah, semailah sekental tabah.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Friday, March 9, 2012

SIRI 3 : SERATUS MARKAH !

Mimpi itu mengejutkan Umairah dari lena yang panjang. Perasaan yang sukar digambarkan. Mimpi bertunang? Petanda apakah itu?

Seusai Solat Subuh, tugas rasminya menyiapkan sarapan pagi. Tidak lupa, gangguan mimpi malam tadi, perlu di kongsikan dengan abah.

Umairah: Abah, Kak Long rasa, Kak Long dah dapat petunjuk lah. Tapi, Kak Long tak pasti dia orangnya.

Abah: Kak Long nak tengok ke wajah calon yang abah dah carikan istimewa untuk Kak Long?

Umairah: Kak Long rasa tak perlu lah abah. Kak Long yakin, abah dah carikan yang terbaik untuk Kak Long.

Abah: Kak Long mimpi selepas solat Istikharah, kan? Petunjuk dari Allah lah tu. Tapi, jangan tinggal solat Istikharah tu. Teruskan sehingga benar-benar yakin.

Umairah: InsyaAllah, abah. Kak Long akan buat amalan tersebut seperti apa yang abah sarankan.

Abah: Kak Long, abah bagi masa lagi kat Kak Long. Abah nak Kak Long buat keputusan bukan kerana abah, tetapi kerana Allah. Bina rumahtangga ni besar ganjarannya. Keberkatan dari Allah seumur hidup. Abah tak paksa, tetapi abah lihat calon yang abah dah carikan untuk Kak Long mampu untuk bimbing Kak Long di dunia dan di akhirat.

Umairah: Terima kasih abah atas nasihat tu. Kak Long sayang abah!


*Yahoo*
Semoga kasih sayang itu berkekalan sehingga ke syurga Ilahi.



Uzair: Ehem... Kak Long tak sayang Angah sekali ke?

Umairah: Angah ni ada-ada je kan? Mesti lah Kak Long sayang. Angah seorang je yang boleh jalankan rancangan Kak Long semalam (Perbualan dengan nada berbisik).

Uzair: Tahu pun.

Abah: Apa yang di bisik-bisikkan tu?

Umairah: Tak ada apa-apa pun abah.

Abah: Sudah. Cepat makan, Uzair. Abah nak hantar ke sekolah. Jangan di ikutkan Kak Long tu. Dia kan cuti semester.

Uzair: Baik, abah.

Itulah sikap abah yang cukup tegas mendidik anak-anak. Walaupun bertugas sebagai Pengetua yang sama sekolah dengan Uzair, tiada erti pilih kasih di amalkan dalam mendidik pelajarnya mengenai kepentingan menghargai masa.

SIRI 2: SERATUS MARKAH !                                                               SIRI 4: SERATUS MARKAH !

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

MAAFKAN AKU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada anda, pembaca kerana masih lagi singgiah ke laman ini.

Ya. Kekangan masa dan kekontangan idea merajai diri ini. Bukan mudah untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Walaupun laman ini di buka hari-hari tetapi masih tiada isi.

Aku masih di sini. Masih mewarnai hari-hari ku dengan perkara yang biasa. Tiada apa yang luar biasa yang berlaku. Masih menanti jodoh yang di tentukan oleh Allah Ta'ala untukku. Duhai hati, bersabarlah. InsyaAllah, suatu hari yang pasti akan ada insan yang merajaimu. Tidak mengapa kini tiada sesiapa, mungkin esok lusa dan seterusnya jumpa si dia?

Tutup buku mengenai jodoh. Isu yang akan di panjang-panjangkan lagi dan lagi sehingga semua perkara mahu di ambil kira. Menjaga tepi kain sendiri dan orang lain perlu ada batasnya.

Laman ini sebenarnya adalah sebagai motivasi untuk aku menjadi yang lebih positif dari hari ke hari. Entah lah, aku tidak pasti ia akan menjadi. Tetapi, aku masih menambah baik nilai positif dalam diri.

Bercakap mengenai nilai positif, kalau aku sendiri yang positif, ada juga yang mengutuk belakang. Apa aku peduli? Cakaplah apa pun, yang pasti, aku maafkan kamu kerana kamu pastinya belum mengerti aku sepenuhnya dari segala sisi dan segi.

Maafkan aku sekiranya membuatkan anda ternanti-nanti akan nukilan baru. Cerpen juga terhenti di situ. Tidak berteman sirinya. Mungkin nanti ataupun pada hari yang tidak pasti akan ada sambungannya. Aku harap begitu supaya tidaklah seperti hangat-hangat tahi ayam, lama-lama sejuk juga. Boleh?

Maafkan aku hati, tubuh, emosi, minda dan segala-galanya kurniaan Ilahi ke atas ku ini. Hidup seperti tiada penyeri. Tetapi Al-Quran dan As-Sunnah tidak hanya bersendiri. InsyaAllah, selagi aku bergelar insan yang berfikiran waras memperjuangkan ajaran agama Allah ini, aku tidak akan sekali-kali meletakkan dua sumber utama itu di sudut yang tidak bertepi. Sentiasa di hati. Ingat Ilahi.

Buat kesekian kalinya, hanya ini yang bermukim di hati. Maafkan aku sekiranya anda menantikan tampalan yang sangat lazat, bernutrisi, dan berinformasi. Itu sahaja dari diri yang lemah ini.

Ketulusan hati: Pertama kali dengan panggilan aku. Terasa 'cool'. haha. Tidak salah penggunaan perkataan tersebut, bukan? Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Thursday, March 8, 2012

AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH

*Yahoo*
Malam, keheninganmu ku damba. Keindahanmu dan ketenanganmu membantu hamba Allah ini untuk turut beribadah kepada PenciptaNya.


  
Malam ini terasa hening sekali. Mungkin kerana hujan lebat yang turun membasahi bumi telah pun reda sebentar tadi.

Kedengaran tangisan kecil di bilik yang terletak di aras lima tersebut. Tangisan yang cuba di tahan kadar desiblenya kepada kadar yang paling rendah. Tetapi, tangisan itu tetap di dengari di corong telinga Husna.

Perlahan-lahan Husna mendekati Hidayah yang sedang melayan tangisan seorang diri.

"Hidayah, kenapa ni? Ada perkara yang nak kongsi dengan Husna ke?" Husna menyoal.

"Husna...." Hidayah memeluk Husna.

"Hidayah, kenapa ni. Macam ni lah. Sekiranya tangisan tu dapat mengurangkan kesedihan Hidayah, menangis lah. Kita manusia yang Allah anugerahkan kita dengan perasaan. Lepaskan lah apa yang terbuku tu," Husna menasihati.

"Husna, Hidayah tak tahu nak cerita macam mana. Tapi, Hidayah sedih sangat," Hidayah menyatakan kesedihannya.

"Hidayah, tak mengapa lah kalau Hidayah nak mahu cerita dengan Husna. Tapi, sekiranya Hidayah mahukan khidmat Husna sebagai seorang pendengar, InsyaAllah Husna sanggup dengar masalah Hidayah bila-bila masa sahaja," Husna menerangkan niat di hatinya.

"Terima kasih Husna. Sebenarnya, tadi Hidayah dapat tahu dari 'boyfriend' Hidayah yang mak dia dah carikan jodoh untuk dia. Itu lah sebab Hidayah menangis tadi," Hidayah menyatakan sebab kesediohan dirinya.

"Hidayah, Husna sayang sangat dengan Husna. Kalau boleh, semoga ikatan persabatan kita berkekalan sehingga ke Jannah Allah. Hidayah, tahu kan?" Husna membalas.

"Hidayah tahu Husna sayang dengan Hidayah. Tetapi, apa kaitan sayang itu dengan masalah Hidayah ni?" Hidayah membalas.

Dengan senyuman yang terukir di sudut bibir Husna, dia menerangkan kaitan sayang dan masalah yang di alami oleh Hidayah itu.

"Kita berbalik dalam ajaran agama kita. Agama Islam. Tak ada istilah 'boyfriend' , mahupun istilah berkasih sayang berlainan jantina yang bukan muhrim yang lain selain perkahwinan. Sebagai seorang sahabat, Husna tidak mahu Hidayah terus hanyut dalam ikatan yang banyak membawa Hidayah ke dalam daerah kemaksiatan. Dengan bekalan kasih sayang dari Husna ni, Husna harap Hidayah tabah menghadapi ujian Allah dan teruskan kehidupan. Bercinta tak salah, tetapi bercinta sebelum nikah yang salah. Salah kerana cara pembawakan alam percintaan itu. Antaranya, keluar berdua-duaan tanpa ditemani dengan mahram, mesej yang menghayutkan perasaan cinta yang tak sepatutnya, panggilan yang boleh meransang hati ke alam kemaksiatan dan sebagainya. Husna harap Hidayah dapat lupakan 'boyfriend' Hidayah tu. Dia pun melakukan tanggungjawab dia sebagai seorang anak yang wajib mendengar perintah ibu bapanya selagi tidak salah dengan ajaran Islam," Panjang lebar nasihat yang diberikan oleh Husna kepada Hidayah.

"Terima kasih Husna," Hidayah membalas.

"Sudah jangan sedih-sedih lagi. Lebih baik kita fokus dengan pelajaran dulu. Balas jasa ibu bapa. InsyaAllah, Allah akan memudahkan urusan anak yang menyenangkan hati orang tuanya," Nasihat Husna lagi.

"Hidayah sayang Husna," Hidayah mengeratkan pelukannya dengan Husna.


************************************************************************************


Aku mencintaimu kerana Allah.

Ungkapan yang datang dari hati yang ikhlas pasti akan memberi ketenangan kepada si pelantun ungkapan tersebut dan si penerima ungkapan itu.

Cinta antara lelaki dan wanita, cinta antara ibu bapa dan anak, cinta antara sahabat dan cinta yang seangkatan dengannya.

Bercinta memang mudah. Tetapi, alangkah lebih indah sekiranya cinta tersebut di sulamkan kerana Allah. Cinta kerana Allah membawa keberkatan.

Sekiranya kita menanamkan perasaan sesuatu perhubungan itu kerana Allah, InsyaAllah perhubungan yang terbina akan berkekalan hendaknya. Selain itu, cinta kerana Allah akan membuat seseorang itu untuk mengelakkan diri dari bercinta ke arah kemaksiatan.

Kepada jejaka dan gadis sekalian, simpan lah rasa cinta anda sebaik-baiknya selagi belum tiba masanya. Kepada sang gadis, cinta anda adalah milik mutlak suami anda kelak dan begitu juga buat sang jejaka.

Indahnya perkara cinta dan mencintai. Ramai yang hanyut kerananya. Tetapi, sebagai seorang Muslim ataupun Muslimah, batasi lah pergaulan anda. Akhlak itu adalah pakaian kita. Akhlak mencerminkan sisi anda.

Maka, perbaiki akhlak kita dari masa ke masa. Tiada manusia yang sempurna tetapi kita boleh mendidik diri kita ke arah kesempurnaan itu.

Manja kita adalah untuk hubungan yang halal. Sebelum melangkah ke alam pernikahan, tegaslah menjaga akhlak anda. Jangan biarkan nafsu menguasai pelosok sanubari dan fikiran anda.

Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Sunday, March 4, 2012

BELUM KU TEMU

*Yahoo*
Perkahwinan mendambakan kesabaran dan tolak ansur yang tiada tolok bandingnya. Bersediakah anda bagi yang masih sendiri?



Entah. Aku pun tak pasti mengapa perasaan gusar ini datang lagi. Gusar melihat teman-teman di sisi sudah pun ada peneman hidup mereka. Ya, hatiku masih lagi kosong tidak berpenghuni yang istimewa di sanubari. Fikiran Aishah menerawang ke alam yang kosong dan kelam. Penat memikirkan masa hadapan yang tiada insan yang bertakhta di sudut istimewa itu.

"Aishah, buat apa tu. Termenung je dari tadi. Ada masalah ke?" Umairah, sahabat baik yang seringkali berada di sisi, manakan tidak rakan sebilik.

"Berfikir mengenai pasangan hidup. Cemburu juga apabila melihat kebanyakan rakan-rakan saya yang sudah bernikah," Aishah meluahkan kata hatinya.

"Habis tu Umairah ni sudah bernikah? Umairah pun kawan Aishah juga, kan?" Umairah menyoal.

"Bukan itu maksud Aishah," Aishah menyatakan.

"Aishah, berserah pada Allah. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Hidup ini banyak yang perlu kita fikirkan. Umairah akui salah satunya peneman hidup. InsyaAllah, akan ada jejaka yang bakal bermukim di dalam hati sanubari Aishah satu hari nanti," Umairah menasihati.

"Terima kasih Umairah atas nasihat tersebut. Saya doakan yang terbaik untuk kita berdua dan juga untuk semua muslimah yang masih bersendiri agar Allah Ta'ala menjaga maruah mereka," kata Aishah.

"Amin ya rabbal'alamin. InsyaAllah, kita berdoa bersama tau," balas Umairah.



***************************************************************************************


Saya pasti ramai di antara kita yang masih tidak dipertemukan jodoh oleh Allah lagi. Jangan gusar. Berdoa dan terus-menerus mencari apa yang ingin di lengkapi. Allah sentiasa bersama kita. Perkahwinan merupakan tanggungjawab yang menuntun kesabaran yang tinggi dan emosi yang tidak berbelah bahagi.

Ya, mungkin kedengaran cemburu apabila melihat rakan-rakan sekeliling ada yang sudah bernikah ketika masih muda, ada yang sudah pun bertunang, ada yang sudah pun mempunyai pasangan dan merancang ke alam yang seterusnya, dan macam-macam lagi perhubungan.

Semua perhubungan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Jika kita salah seorang yang masih lagi tidak berteman, hal ini adalah normal selagi kita meminati jantina yang berlawanan dengan diri kita!

Lelaki dan wanita saling lengkap-melengkapi. Hakikat yang tidak dapat disangkal lagi. Perkahwinan yang menyatukan hati-hati ini memberi keberkatan dalam kehidupan.

Dekatkanlah diri dengan Allah Ta'ala. InsyaAllah, kekosongan hati itu akan dapat di atasi. Jangan mudah berputus asa mengenai hal jodoh.

Apa yang paling penting adalah persiapkan diri agar kita bersedia di dalam perhubungan perkahwinan kelak. Persiapkan dengan ilmu rumahtangga, pengawalan emosi, ibadah, kewangan, dan hal-hal yang sewajarnya agar kita akan menjadi insan yang benar-benar bersedia apabila waktu bersejarah itu menjelma.

Cemburu itu perlu tetapi tidaklah terlalu menonjol membiarkan emosi yang mengambil alih pengawalan minda. Positif sentiasa. Allah lambatkan jodoh kita untuk menyedarkan kita akan tanggungjawab yang bakal di sandang kelak.

Untuk lebih menarik, biarkan rasa cinta itu membuak-buak apabila kita berada di landasan perkahwinan yang halal tersebut. Apa yang perlu di utamakan kini adalah fokus dengan apa yang anda lakukan sekarang.

Niatkan segala macam pekerjaan anda kerana Allah. Beribadah kerana Allah.

Buat rakan-rakan yang masih sendiri, jaga diri, jaga peribadi dan jaga ibadah. Persipakalah diri dengan apa yang yang sepatutnya selagi ada masa sebelum jodoh dipertemuka kepada anda dengan kehendak Allah Ta'ala. Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar. Kerana sabar itu separuh dari iman.

Ketulusan hati: Sebenarnya, peristiwa penulisan ini adalah rentetan dari sebuah rancangan dari televisyen yang memaparkan tajuk "Dilema Kahwin Lambat". Perkahwinan dalam jangka masa cepat atau lambat bukan isu utama tetapi kita adalah isunya. Bersedia kah kita berkongsi seluruh kehidupan bersama si dia? Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.