Saturday, February 25, 2012

SIRI 2 : SERATUS MARKAH !


*Yahoo*
Ya Allah, indahnya keindahan bintang malam ciptaanMu. Alangkah indahnya seandainya aku lah bintang itu yang berbakti di jalanMu tanpa rasa gentar untuk mempertahankan agamaMu.



Malam masih muda. Kelihatan bintang menyinari kegelapan langit Ilahi dengan penuh keikhlasan.

Mata Umairah masih terasa segar. Keputusan yang perlu di buat bakal merubah kehidupan masa hadapannya. Bukan niat di hati untuk melawan kata-kata abahnya, tetapi dirinya sendiri belum sempurna memikul tanggungjawab sebagai seorang anak apatah lagi seorang isteri!

Masih segar lagi di ingatan kata-kata abahnya sebentar tadi. Tidak terdetik dan terniat langsung dalam dirinya untuk membangkang keputusan abahnya itu. Tetapi, nasi telah menjadi bubur. Bubur masih boleh di makan tetapi hati abahnya? Entah, sukar diterjemah apa yang di rasanya tatkala ini. Yang pastinya rasa bersalah yang menggunung.

Abah: Kak Long, abah harap Kak Long dapat terima nakhoda yang telah pun abah cari untuk Kak Long. Hanya ini lah sahaja harapan terakhir abah untuk melihat Kak Long gembira dalam alam rumahtangga kelak.

Umairah: Abah, berapa kali Kak Long dah cakap. Kak Long masih tak mampu untuk menambah tanggungjawab lagi. Tanggungjawab sebagai anak pun masih merangkak-rangkak lagi, apatah lagi di tambah dengan status isteri.

Abah: Kak Long fikirkan lah dengan sebaik mungkin. Ikut kata hati mati, ikut kata mulut binasa. Kak Long pun dah dewasa. Abah yakin anak abah mampu untuk pikul tanggungjawab tu nanti.

Umairah: Abah, Kak Long tak janji nak berikan keputusan yang positif. Tapi, InsyaAllah, Kak Long istikharah dulu, ya abah. Maafkan Kak Long, abah. Sedikit pun tak terniat nak bangkang keputusan abah.

Abah: Abah bukan apa. Abah tahu anak abah ni macam mana. Istikharah lah dulu Kak Long. Minta petunjuk dari Allah.




*Yahoo*
Berdoa sahaja tanpa usaha tidak mencukupi. Berdoa dan berusaha itu harus seiringan dan tawakal lah setelah usaha dan doa itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.



Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk kepada hambaMu yang lemah ini. Tidak terdaya untukku mengharunginya seorang diri.

Uzair: Kak Long, tak tidur lagi? Dah tengah malam dah ni. Dua belas tengah malam dah.

Umairah: Angah ni. Terperanjat Kak Long. Sergah tiba-tiba je.

Uzair: Maaf lah Kak Long. Tak sengaja. Angah baru nak ambil wudhu' sebelum tidur. Lagipun, Angah baru habis ulangkaji tadi. Lepas tu, ternampak Kak Long dekat beranda ni. Bahaya lah Kak long tengah malam macam ni duduk sorang-sorang dekat sini.

Umairah: Sayang jugak Angah dekat Kak Long, kan? Dah dekat tiga jam lah kiranya Kak Long ada dekat sini.

Uzair: Mesti lah! Kak Long sorang je tau kakak yang Angah ada. Kenapa ni Kak Long? Kak Long, ada masalah ke? Fasal keputusan abah semalam ke?

Umairah: Entah lah. Rasa rindu dekat arwah mak. Kalau dulu, kalau Kak Long ada masalah, mak lah orang pertama yang akan menjadi tempat Kak Long mengadu. Dah lah. Angah, pergi masuk tidur.

Uzair: Kak Long, Angah pun pendengar yang setia macam arwah mak tau. Kak Long boleh kongsikan masalah Kak Long tu dengan Angah. InsyaAllah, kalau Angah boleh tolong, Angah tolong.

Umairah: Angah, macam mana kita nak tahu orang tersebut adalah jodoh kita? Segan lah Kak Long nak tanya Angah. Tapi, tadi Angah kata nak tolong, kan?

Uzair: Senang je Kak Long. Satu, dapatkan restu ibu bapa. Sekarang, abah dah pun restu, kan? Jadi, tiada masalah tiada. Kak Long kena gerakkan rancangan nombor dua. Istikharah pula. Lepas tu, Kak Long lihat peribadi dia. Bukan yang luaran je. Dalaman pun kena tahu juga. Setakat mana ilmu agamanya. Macam tu kot, Kak Long.

Umairah: Hebatnya Angah ni. Bukan apa. Kak Long nak dapatkan kepastian je. Selama ini mana lah Kak Long ada pengalaman dalam bab-bab cinta ni. Apa yang Angah cakap kan tadi sama dengan apa yang Kak Long pernah baca. Terima kasih lah Angah.

Uzair: Sama-sama Kak Long. Angah pun tak ada pengalaman. Tapi, Angah nak ikut macam mak dan abah yang bercinta selepas kahwin. Baru lah terasa indahnya alam percintaan yang halal. Tidak begitu?

Umairah: Angah, ada lagi satu masalah. Kak Long nak Angah tolong Kak Long. Boleh?

Uzair: InsyaAllah, boleh Kak Long. Tapi, apa dia?

Dua beradik itu meneruskan larian di padang, sementara Umairah ingin melupakan seketika apa yang membelenggu fikirannya.


SIRI 1 : SERATUS MARKAH !                                                             SIRI 3 : SERATUS MARKAH !


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Friday, February 24, 2012

SIRI 1 : SERATUS MARKAH !


*Yahoo*
Cinta dan manusia tidak dapat dipisahkan. Pengurusan yang sewajarnya perlu ada untuk mengoptimumkan kebenaran cinta mengikut syariat yang dibenarkan oleh ajaran Islam.


Petang itu, sehening seperti waktu pagi kebiasaanya. Petang, sedikit bahang memeriahkan suasana jika dibandingkan matahari yang baru naik di waktu pagi. Alhamdulillah, petang masih ada di bumi Malaysia.

Perkara yang diberitahu oleh Abah pada malam tadi, masih terngiang-ngiang lagi di bibir telinga.

Abah: Kak Long, abah nak cakap sikit. Duduk lah.

Umairah: Sekejap ye, abah. Sebenarnya, Kak Long tak solat lagi. Nanti, lepas Kak Long solat, Kak Long terus duduk dekat abah ye.

Abah: Kak Long, Kak Long, kenapa lengahkan solat? Rasanya abah dah sejam dah balik dari surau tadi. Dah, pergi solat!

Umairah: Maaf, abah. Kak Long janji tak buat lagi. Tadi ghalit tengok cerita kat televisyen tadi.

Abah: Dah, pergi minta maaf dekat Allah sekali!

Tegas abah, tiada siapa yang berani lawan. Tegas yang benar, bukan hanya mencari kesalahan.

Seusai solat Isya', Umairah menghidangkah sedikit keropok ikan yang telah digorengkan petang tadi bersama teh panas. Malam yang hening dan mengasyikkan, ditambah dengan hidangan yang enak pastinya menjadi impian ketika duduk bersantai.

Umairah: Abah, jemput makan. Maaf, abah. Lambat tadi.

Abah: Terima kasih. Rajin anak abah. Tak mengapa lambat. Mengadap Allah, kan? Kak Long, ingat pesan abah, lain kali, solat di awal waktu. Besar ganjarannya.

Umairah: Baiklah, abah. Kak Long akan ingat pesan abah sampai bila-bila.

Malam yang indah menemani dua beranak itu tadi. Duduk di beranda di temani angin yang bertiup dengan manja, oh indahnya.

Abah: Kak Long, kenapa tak ajak Angah sekali?

Umairah: Angah cakap, dia nak habiskan kerja sekolah dahulu. Abah ada apa-apa yang penting ke nak cakap? Kak Long tengok, abah macam ada yang tak kena je?

Abah: Abah dah jumpa seorang nakhoda yang sesuai untuk Kak Long. Abah harap, Kak Long tak tolak permintaan abah kali ni.

Umairah: Abah, kapal apa yang di bawa? Berlayar dekat mana?

Abah: Ish, ke situ pulak Kak Long ni. Abah dah jumpa calon menantu yang sesuai untuk abah. Yang penting, abah yakin dia mampu untuk bimbing anak abah ni.

Uzair: Kak Long dah nak kahwin?

Secara tiba-tiba Angah menyampuk. Angah,bukan tak tahu, makanan, sukar di tolak. Dah siap kerja sekolah dah la tu. Bakal mendapat kesemuanya 'A' dalam SPM, itu azamnya.

Abah: Angah, terkejut abah di buatnya! Pasang telinga dari tadi ke? Tak baik tau.

Umairah: Angah ni, ada je. Telinga lintah sungguh.

Uzair: Angah minta maaf, abah, Kak Long. Bukan apa tak sabar-sabar nak ada abang ipar.

Perbualan yang bakal mengubah masa hadapan Umairah. Bukan dia tidak mahu bersuami dan mendirikan rumahtangga, tetapi, masih belum bersedia.

Uzair: Kak Long, kenapa termenung pulak  ni. Jom terus kan jogging ni. Banyak masa lagi yang abah bagi untuk Kak Long fikirkan perkara semalam.

Ish, Uzair ni. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran ni.

Uzair: Tu mengata Angah lah tu. Walaupun dalam hati, tak baik tau!

Umairah: Kak Long minta maaf, okay. Tak terniat pun.

Uzair: Angah sengaja je usik Kak Long. Tak sabarnya nak ada abang ipar.

Umairah: Angah...

Dua beradik itu meneruskan larian di padang, sementara Umairah ingin melupakan seketika apa yang membelenggu fikirannya.

                                                                                                                SIRI 2 : SERATUS MARKAH!


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

REALITI VERSUS FANTASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semaga hari Jumaat pada hari ini memberi seribu satu keberkatan dalam kehidupan kita semua hendaknya. InsyaAllah.

Berbicara mengenai fantasi sememangnya indah. Keindahan untuk menggambarkan kemanisan dalam setiap inci kehidupan.

Tetapi, tidak semua insan hidupnya di selubungi keindahan semata-mata. Malahan, kemanisan itu akan muncul pada waktu yang kita sendiri tidak jangka. Jangka apa yang di jangka dan jangka di luar jangkaan.




*Yahoo*
Kemanisan gula-gula pastinya tidak dapat di sangkal lagi. Tetapi, untuk mengekalkan kemanisan dalam perhubungan, usaha itu pasti ada setiap masa.




Kahwin muda. Kian menjadi isu sejak kebelakangan ini. Ya, tidak dinafikan kebaikan yang tersirat mahupun yang tersurat yang terdapat dalam keberkatan perhubungan perkahwinan itu tadi.

Tetapi, yang memusykilkan adalah fantasi yang menceritakan keindahan itu menjadi-jadi mengalahkan realiti. Kehidupan ini ada masanya jatuh dan ada kalanya bangun. Bersemangat!

Antara drama yang kian mendapat tempat di hati para remaja di luar sana dan tidak lupa juga insan yang sudah dewasa di sini pastinya Vanila Coklat.

Drama yang memaparkan kehidupan alam runahtangga yang pada asalnya benci menjadi cinta. Dan apabila cinta itu bertaut, maka datanglah ranjau dan onak duri dalam kehidupan.

Biasalah, kehidupan ini tidak seindah fantasi yang menjadi impian.

Mahu bahagia, petik jari, dapat.
Mahu kaya, hidup senang, petik jari, dapat.
Mahu rumah besar, luas, petik jari, dapat.

Itu lah keindahan fantasi!

Realiti kehidupan ini, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sesuatu. Mungkin ada yang bertuah di luar sana yang mempunyai ibu bapa yang kaya raya. Tetapi, kaya raya itu perlu juga usahanya. Usaha untuk mengekalkan kekayaan itu. Bukan hanya perlu duduk dan goyang kaki sahaja menunggu kekayaan datang bergolek memasuki akaun bank!

Itu lah realiti yang kita sendiri dapat lihat kebenarannya. Tetapi, akal kita hanya inginkan fantasi sahaja.

Misalnya, dalam asyik memilih buku cerita ataupun novel yang terdapat di pasaran, salah satu faktor yang menyumbang kepada pemilihan novel tersebut adalah pengakhiran cerita.

Jarang penulis mencoretkan pengakhiran yang sedih mahupun kisah cinta yang tergantung!

Kerana apa? Kerana kegemaran untuk menghayati kisah itu tadi adalah berdasarkan pengakhiran! Bukan kerana plot yang dipersembahkan. Bukan kerana gaya bahasa dan nilai moral yang diketengahkan.

Hidup tidak seindah fantasi yang pengakhiran kisahnya wajib berteman kegembiraan. Hidup adalah pentas untuk kita layarkan fikiran kita dan bertindak sewajarnya untuk masa hadapan. Dan sesekali kita perlu pandang ke belakang untuk melihat bagaimana perjalanan kisah hidup kita selama ini.

Yang baik di jadikan tauladan dan sebaliknya di jadikan sempadan.

Kahwin muda tidak salah. Tetapi, perlu ikut kemampuan. Fikirkan masa hadapan secara serius kerana sekali anda terlibat ke kancah perkahwinan ianya bukan untuk proses cubaan sama ada gagal atau lulus.

Perkahwinan itu adalah praktikal dengan mengaplikasikan apa yang kita ada dari segi ilmu agama dan perasaan yang matang untuk menempuhinya. Bukan sekadar suka-suka.

Kepada yang masih belum berkemampuan untuk berumahtangga, sediakan dahulu keperluan untuk diri sendiri dan ibu bapa.

Apabila sudah merasakan diricukup bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga, dipersilakan.

Dipersilakan, setelah ibu bapa kita sendiri yakin akan diri kita. Punyai ilmu yang mantap di dada untuk diaplikasi dengan pantas apabila dugaan datang di hadapan mata.

Balas jasa ibu bapa dan gembirakan mereka dahulu sebelum kita mempunyai teman di sisi untuk melengkapkan kegembiraan kita juga. Usah bersedih jikalau anda inginkan perkahwinan di usia muda tetapi mendapat tentangan ibu bapa anda kerana mereka pastinya tahu apa yang terbaik untuk anda.

Kegembiraan kita adalah kegembiraan ibu bapa kita juga. Belajar dan habiskan proses itu dahulu, dapatkan kerjaya yang stabil untuk ibu bapa, gembirakan mereka selagi hayat mereka masih ada, dan dapatkan persetujuan mereka sebagai restu untuk kita melangkah ke alam rumahtangga dengan penuh keberkatan oleh Allah Yang Esa setelah restu dari ibu bapa itu kita punya.



*Yahoo*
Perbaiki kecantikan dalaman dan luaran sebelum melangkah ke alam yang satu itu. Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat untuk mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang tersebut.



Ketulusan hati: Jangan terlalu mencari kesempurnaan tetapi sempurnakanlah diri kita dahulu sebelum mencari kesempurnaan dalam diri insan lain. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Thursday, February 23, 2012

BERSANTAI DI ALAMANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat malam di ucapkan. Terasa tenang dan hening malam ini.

Maafkan saya sekiranya membuatkan anda ternanti-nanti akan coretan saya. Bukan sengaja ingin meruntun perasaan anda, tetapi kehidupan sebagai pelakon di pentas duniawi perlulah di lakukan dengan sebaik mungkin agar watak dan perwatakan yang baik itu akan serasi di dalam jiwa ini.

Bermadah bunyinya. Memang begitu hendaknya.

Kepada anda yang membaca, saya doakan agar anda di anugerahkan dengan kesihatan yang baik dan di permudahkan urusan dari Allah Ta'ala.

Pada pukul lima petang tadi, saya dan rakan-rakan bertolak ke Alamanda. Sudah beberapa kali sebenarnya, saya dan keluarga bersantai ke situ. Berjalan-jalan sementara ada masa melawat saudara-mara.

Kunjungan saya ke Alamanda petang tadi bertujuan membelanjakan baucer buku yang di terima. Maafkan saya sekiranya ayat ini terlalu skema bagi anda. Tetapi, ini lah saya.

Sedang asyik menaip dan igin memasukkan gambar, ini yang berlaku ke atas saya. Bukan apa, sebagai manusia biasa yang punyai hati nurani yang mengerti apa itu penat ataupun letih punya kata seerti, hal ini benar-benar menguji kesabaran saya.




Inilah yang paling menguji kesabaran saya tatkala ingin mengemaskini laman ini.



Untuk manambah perisa kesabaran itu adalah saya tidak sempat menyimpan apa yang saya coretkan itu tadi.

Maafkan saya atas perasaan yang entah apa-apa ini.

Terima era fm yang menemani tatkala ini. Senyuman terukir semula di bibir menggantikan kerutan di dahi.

Berbalik kepada apa aktiviti yang berlaku di Alamanda, Putrajaya tadi, saya berjaya membelanjakan hampir satu ratus lima puluh ringgit Malaysia atau yang lebih tepatnya satu ratus empat puluh sembilan ringgit Malaysia dan tujuh puluh sen.

Huh, penat menaip satu ayat dan tahniah kepada anda yang berjaya membaca dalam satu nafas!




Hasil tangkapan dari MPH di Alamanda, Putrajaya. Adalah dalam sembilan buah buku kesemuanya.



Saya adalah seorang pembaca yang tegar! Saya akan membaca apa sahaja genre. Maka, dengan adanya baucer tersebut, dapatlah saya membeli buku yang terbuku di hati.

Tetapi, yang tidak menariknya adalah kekangan novel yang kurang bilangannya untuk di pilih.

Apa yang penting kini adalah saya mempunyai misi dan visi untuk menghabiskan buku yang telah pun menjadi pilhan hati.



Belian satu ratus ringgit Malaysia akan menerima baucer sebanyak lima ringgit Malaysia. Terima kasih MPH!



Ini lah sahaja coretan saya pada kali ini.

Terima kasih kerana membaca.

InsyaAllah, saya akan kongsikan buku-buku tersebut di laman ini. Doakan kerajinan saya, ya rakan-rakan!

Ketulusan hati: Alhamdulillah, hampir pukul sembilan malam, baru sebentar tadi, saya dan rakan-rakan selamat sampai ke kolej tercinta. Syukur Ya Allah atas keselamatan kami yang selamat pergi dan selamat pulang.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Monday, February 20, 2012

ALIF LAM LAM HA, SIAPA AMBIL BERDOSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat malam!

Pada kali ini, saya kenalkan anda dengan label baru iaitu suatu detik baru. Suatu detik waktu merupakan simpanan kisah dahulu kala yang menjadi perbuatan anak-anak kecil pada detik dahulu.

Perkara yang mungkin tinggal kenangan kepada anda yang pernah melakukannya.



*Yahoo*
Alif, lam, lam, ha. Allah.



Adakah anda masih lagi mengingatinya?

Misalnya, anda meletakkan sesuatu benda di atas meja. Untuk mengelakkan orang lain yang pada waktu itu berada sekali bersama anda mengambilnya secara automatik terpancullah ayat mengeja "Alif, lam, lam ha. Siapa ambil berdosa,"

Maka, dengan rasa ketakutan kepada Allah pada masa itu, sahabat itu pun tidak akan mengambil benda tersebut. Lagi-lagi makanan ataupun permainan yang menjadi rebutan antara adik-beradik.

Semasa di makmal, saya mengusik rakan saya dengan menyebut ayat best tersebut.

Dia pun berkata yang sama. Sandarkan pada kenangan semasa kecil dahulu.

Mahu ketawa rasanya. Budak-budak masa itu. Akal pendek kata orang. Hanya tahu gembira sahaja.




*Yahoo*
Permainan sebuah keluarga. Ada yang menjadi, mak, ayah, anak lelaki dan anak perempuan. Lengkap satu keluarga.



Apakah keindahan menjadi kanak-kanak?

Pastinya, tidak perlu memikirkan apa yang terjadi dalam kehidupan ini.

Pergi sekolah waktu pagi, balik sekolah tengahari. Saya memang gemarkan alam persekolahan saya.

Sebabnya adalah sekolah merupakan tempat yang best, rakan-rakan yang best dan guru-guru yang best! Hanya memerlukan ketekunan menyiapkan kerja sekolah sahaja.

Bagaimana pula dengan anda? Pernah melafazkan ayat best tersebut?

Ketulusan hati: Rindunya zaman persekolahan. Tetapi, sebagai manusia, kita perlu brergerak ke hadapan menempuhi alam kehidupan. Jom kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.