Saturday, February 18, 2012

TAMPALAN YANG KE DUA RATUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda di kurniakan kesihatan yang baik oleh Allah Ta'ala untuk hari ini dan hari-hari mendatang dalam hidup anda.

Hidup mesti ceria selalu walaupun kadangkala keceriaan itu belum tentu datang selalu.

Sedar tidak sedar coretan saya sudah pun sampai ke tampalan yang ke dua ratus! Terasa cepat masa berlalu.

Pada tampalan kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda sebab musabab saya menceburi diri dalam bidang blogging ini. Bukan menceburi diri dalam bidang seni tanah air sahaja, tahu? Blogging juga merupakan salah satu bidang juga.



*Yahoo*
Mari kita memeriahkan industri blogging!



Salah satu sebab saya menjadi blogger adalah kerana saya ingin mencoret. Ya, mencoret mengenai isi hati, alam sekitar, masyarakat sekeliling, dan juga apa sahaja yang saya rasakan saya ingin kongsikan di sini.

Banyak kenangan di sini untuk saya meluahkan perasaan yang kadangkala kelihatan gila-gila, nakal, jatuh, dan bangun saya dalam kehidupan!

Manusia tidak tetap berada di dalam situasi yang sama sahaja. Allah Ta'ala akan menguji umat yang di sayangiNya kerana Dia tahu umatNya itu mampu untuk mengharungi dugaan tersebut!

Sebelum saya mempunyai laman ini sendiri, saya adalah seorang pembaca blog yang tegar. Hakikatnya, saya suka membaca! Banyak pengalaman dan kisah hidup insan lain yang dapat saya belajar dan membuatkan saya menghargai apa yang ada dalam kehidupan saya.



*Yahoo*
Bestnya blog dia! Kini, saya pun ada blog sendiri.



Coretlah apa yang ingin di coretkan, tetapi, perlulah ada batasannya.

Dahulu, saya dapat rasakan ketelusan dan ketulusan bidang ini. Kini, tidak lagi.

Sebagai seorang pembaca, kita perlu bijak menilai penulisan yang baik dan sebaliknya. Jauhi spekulasi dan memburuk-burukkan insan lain.

Adalah lebih baik sekiranya kita mencoretkan perkara baik dan doakan perubahan insan yang menganiaya kita. InsyaAllah, doa kita akan di makbulkan. Ingat, doa itu merupakan senjata orang mukmin.




*Yahoo*
Saya kini blogger sampingan!


Sekian sahaja laporan dari saya, perahsia hati.

Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

BILA HATI INI KAU SENTUHI


*Yahoo*
Manusia hatinya cepat berubah. Maka, usaha untuk mengekalkan kasih sayang halal itu haruslah berterusan.



Bila hati ini kau sentuhi.
Rasa kasih di awang-awangan itu pasti.
Buktikan dengan menikahiku.
Bukan dengan hanya membawaku bersiar-siar di alam kemaksiatan itu.


Bila hati ini kau sentuhi.
Langkah pertama jumpalah ibu bapaku.
Minta izin untuk mendapatkanku.
Sebagai isterimu.
Agar perhubungan kita halal selama-lamanya.
Tanpa rasa was-was itu yang tidak menentu.


Bila hati ini kau sentuhi.
Buktikan dengan menjadi nakhodaku.
Bimbinglah daku ke jalan Ilahi.
Bersama menempuh badai alam rumahtangga.
Sehati sejiwa.
Menempuh rintangan bersama.


Bila hati ini kau sentuhi.
Peliharalah perhubungan ini dengan landasan niat restu Ilahi.
Biarkan aku menjadi embun hatimu.
Yang menyejukkanmu tatkala kau gelisah, yang menemanimu tatkala kau marah.


Bila hati ini kau sentuhi.
Satu yang ku pinta darimu.
Jalankan tanggungjawabmu seikhlas hatimu seperti mana ikhlasnya hatiku menerimamu sebagai nakhoda hatiku.
Agar Ilahi memberkati ikatan kita ini sehingga ke syurga yang hakiki.



*Yahoo*
Aku mencintaimu tanpa syarat. Tetapi, apa yang pasti, cintaku kepadamu berpaksikan Allah Yang Esa.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Thursday, February 16, 2012

PENGAKHIRAN DORAEMON


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjamu selera. Ye lah, sudah masuk waktu makan tengahari.

Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda sebuah kisah realiti yang sehingga kini tidak dapat di kekang dari lubuk minda sanubari.

Suatu ketika dahulu (permulaan pun seperti kisah-kisah dongeng dahulu kala), akibat terpengaruh dengan cerita Doraeman, maka dengan akal keanak-anakan pada waktu dahulu (kini masih keanak-anakan walaupun sudah melangkah ke alam dewasa), saya memberitahu adik saya bahawa saya mempunyai pintu suka hati Doraeman.

Tidak sangaka, adik saya percaya! Maklumlah budak-budak ketika itu. Fantasi pun adalah seperti realiti!

Minda yang memegang imaginasi.

Terasa ingin ketawa ketika adegan memberitahu saya mempunyai pintu suka hati Doraeon tersebut. Tetapi, kena berlagak cool, nanti rahsia bocor pula!

Simpan gelak dalam perut.



Doraemon dan pintu suka hatinya.



Dan yang paling saya meyakinkan pembohongan saya adalah adik saya tidak pula meminta saya menbawanya bersiar-siar dengan menggunakan khidmat pintu suka hati tersebut.

Maka, terselamat lah saya dari belenggu ketidakpandaian berlakon dengan penuh keyakinan dan penghayatan.

Masa berganti masa, dan waktu berarak pergi, pada suatu hari yang hening, adik saya membuka kisah tersebut kembali.

Hampir terlupa akan hal tersebut. Bukan apa, waktu kecil, apabila berbohong akan perkara yang hanya imaginasi, itu adalah perkara biasa, tetapi apabila sudah matang seiring pertambahan usia, tidak mampu untuk mengeratkan diri dengan fantasi yang tidak bertepi.

Realiti tidak seindah fantasi.

Ya, kami adik-beradik gelak ketawa yang tidak bertepi akan hal tersebut.

Betapa mudahnya kanak-kanak waktu kecil untuk dipengaruhi dengan imaginasi. Tetapi, dengan bantuan imaginasi lah pelukis, Fujiko Fujio asalnya mencipta watak Doraemon ini.

Latar belakang masyarakat yang di lukis dengan baik, bergabung dengan adegan tumbesaran kanak-kanak yang terdiri daripada Nobita, Sizuka, Sunio, Giant dan sebagainya di adun rapi dalam masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Cerita yang menarik! Kanak-kanak yang hidup mengenali persekitaran mereka di tambah pula dengan kehadiran Doraemon yang menambah perisa jalan cerita.




Antara watak utama yang memeriahkan cerita Doraemon.



Ketika menonton kisah ini, logik di tolak ke tepi.

Hanya perlu hayati kisah persahabatan yang tidak pernah renggang walaupun mereka berlainan watak dan perwatakan.

Kisah yang mendidik kanak-kanak untuk berfikiran menjangkaui realiti.

Tetapi, kisah Doraemon juga ada pengakhirannya.

Setiap kisah ada pengakhirannya, dan pengakhiran itu tidak semestinya seperti yang kita harapkan untuk mencoret kisah kegembiraan yang menjadi pengakhiran tersebut.

Berbekalkan sedikit kerajianan, maka saya kongsikan pengakhiran kisah Doraemon ini.

Walaupun ini bukan lah kisah yang rasmi yang di ilhamkan oleh pelukis asal kerana ajal menjemput, tetapi kisah pengakhiran ini yang merubah peribadi Nobita yang dahulunya mengharapkan Doraemon membantunya dalam setiap perkara dan bertukar menjadi seorang jurutera yang menyelamatkan nyawa Doraemon pula.








Apa pandangan anda mengenai kisah Doraemon itu tadi?

Sila kongsikan di ruangan komentar.

Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Sunday, February 12, 2012

BIHUN SUP


Assalamualaikum dan selamat malam.

Esok sudah pun bermulanya hari Isnin. Terasa cepat masa berlalu. Seperti baru terasa sebentar tadi makan bihun sup. ha...ha...

Berbalik kepada tampalan sebelum ini yang telah dinyatakan bahan-bahan yang perlu disediakan, bermulalah adegan memasak di dalam bilik.

Ingat memasak hanya boleh di lakukan di dapur sahaja? Oh, semestinya tidak!

Mudah sahaja untuk memasak bihun sup ini. Petik jari sahaja. Tetapi tangan perlu melakukan kerja lah. Jika tidak, dari mana mahu dapat hasilkan bihun sup. Tidak begitu?

Apakah langkah-langkah yang dikatakan mudah untuk membuat bihun sup itu wahai penulis yang baik hati?

Baiklah, terima kasih kerana membungakan hati saya. ha...ha...

Langkah pertama adalah langkah berhati-hati.

Ya lah, sekiranya tidak berhati-hati di khuatiri bakal tersadung kaki ketika berjalan, terhiris sembilu, eh bukan, terhiris jari-jemari yang halus ketika menggunakan pisau.

Tidak begitu?




Pertama sekali, sediakan bihun sebelum hujan.



Apa kena-mengena bihun dengan hujan? Eh, sediakan bihun yang telah di lembutkan hatinya dengan air panas.

Hati bihun boleh lah di lembutkan dengan air panas, hati manusia, bagaimana ya? Sudah lah mengarut wahai penulis.

Kelembutan bihun itu terpulang kepada selera masing-masing. Manusia seleranya lain-lain. Maka, terpulanglah kepada anda untuk menentukan tahap kelembutan bihun tersebut selari dengan kunyahan anda.




Hitam-hitam si tampuk manggis, sudahlah hitam tetap manis. Ewah, berpantun gitu. Inilah dia yang digelar sambal kicap cili padi.



Caranya mudah sahaja. Asalkan jangan hanya petik jari, sudah.

Potong cili padi mengikut tahap kemahiran anda. Mahu besar atau kecil, terserah.

Ikut selera masing-masing. Anda yang mahu makan, bukan?

Selepas itu, tambahkan kicap secukup rasa, seenak hati. Kata ikut selera kan?

Saya menggunakan kicap Jalen Lemak Manis. Sedap juga rasanya.

Rasa sambal kicap itu lah.




Kalau dah namanya pun bihun sup, kalau tidak ada supnya, manakan mahu ada bihun sup? Betul tidak?



Memasak itu mudah. Jangan jadikan ia sukar.

Untuk menghasilkan sup, pertama sekali potong bawang kecil, dan tumiskan bersama rempah sate. Sila rujuk tampalan sebelum ini untuk mengetahui apakah rempah sate ini. Tidak lupa, biarkan rempah sup tulang dan ayam menjadi peneman periuk nasi.

Tumis sehingga anda puas hati. Ikut selera anda lah.

Jangang sampai hangit pula ya. Tumis ala-ala manja gitu.

Setelah itu, masukkan air secukup isipadu dan biarkan ia memdidih.

Garam jangan di lupa sebagai pelengkap rasa. Ibarat rumahtangga yang ada asam garam. Lihat, betapa peri pentingnya garam itu. ha...ha...

Selepas itu, boleh lah di hidang sebelum sampai perut melalui proses kunyahan.

Sekian sahaja laporan masakan yang tidak seberapa dari saya.

Bihun sup santapan perut,
Malam pun sudah larut.

Terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum.


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

BERSANTAI DI HALAMAN RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah dinyatakan semalam, saya selamat menikmati nasi lemak di medan selera The Mines.

Eh, mahu makan nasi lemak pun coretkan di sini? Bukan begitu setelah sekian lama berkurung di dalam kolej dan hanya bersantai dan memasak hidangan sendiri, maka nasi lemak yang menjadi idaman kalbu telah pun selamat dijamah.

Alhamdulillah, hampir pukul 3.00 petang sebentar tadi saya dan rakan selamat sampai ke kolej.




Inilah makanan santapan perut untuk tengahari ini. Air gedegang (air tin itu sebenarnya).



Sejarah air gedegang bermula apabila duit kertas ataupun duit syiling sebanyak satu ringgit Malaysia yang di masukkan ke dalam mesin layan diri (vending machine) dan seterusnya memilih air yang ingin di pilih dan menekan suis air yang di pilih dan akhirnya keluarlah air yang di pilih itu tadi.

Tahniah kepada anda kerana membaca dengan hanya satu nafas sahaja! Tepuk tangan dalam hati. Dalam hati ada tangan, bukan dalam hati ada taman. he...he...

Bersambung semula kisah gedegang itu tadi. Dalam perjalanan air tin yang di pilih untuk sampai ke tempat yang sepatutnya ia mendarat sebelum sampai ke tangan si pembeli iaitu anda, maka terhasillah bunyi gedegang antara air tin itu dengan dinding mesin layan diri.

Maka, terhasillah sejarah air gedegang daripada saya. Percayalah! Di kolej saya, kami memanggil air ini dengan panggilan manja iaitu air gedegang.

Gedegang! Best tahu bunyi gedegang itu. he...he....

Sila cuba sekiranya tidak percaya! ha...ha... Ini ugutan manja namanya.



Apakah gambar ini? Oh, sudah pasti gambar makananlah! Apa lagi? Ada lagi, sebenarnya. Ada hubungkait antara gambar ini dan gambar di atas. Tidak percaya, sila kembali ke gambar di atas.



Mari saya perkenalkan anda dengan nama makanan di atas. Bukan nama saintifik, tahu? Nama komersial sahaja yang saya tahu. hu...hu...

Namanya "Chicken Pizza Bun". Negara asal ayam itu, tidak pula saya ketahui. Makanan tersebut berharga lima ringgit sembilan puluh sembilan sen ringgit Malaysia.

Senang kira, hampir enam ringgit Malaysia. Terdapat lima keping roti di dalamnya.

Bukan dalam ayam itu ada roti. Tetapi atas roti itu ada sosej ayam. Ada faham?

Setelah pengiraan di lakukan, sekeping roti itu berharga satu ringgit dua puluh sen ringgit Malaysia. Boleh lah untuk sesiapa yang menggemari hidangan lengkap penuh nutrisi tetapi malas untuk memasak sendiri. ha...ha...

Roti mengandungi karbohidrat, sosej ayam pula adalah protein, sayur campur itu membekalkan vitamin dan nutrien untuk tubuh badan dan sekali gus memudahkan proses pencernaan. Lengkap, bukan?



Iklan percuma apakah ini? Bahagian hadapan.



Bahagian belakang. Tidak tipu punya. Tiada niat untuk promosi sebenarnya.



Saya bukanlah agen jualan syarikat ini. Jauh sekali pelanggan rasmi. ha...ha...

Sudah saya nyatakan bahawa saya ke tempat membeli stok makanan, bukan? 

Maka, tidak sah sekiranya di tempat awam, promosi barangan diedarkan. Saya pun salah seorang yang mendapat risalah ini.

Sudahlah murah sepuluh ringgit Malaysia sahaja. Tetapi saya tiada hati untuk mendapatkan pakej istimewa ini.

Tertanya-tanya juga saya, mengapa tiada kedai muslimah yang menyediakan perkhidmatan yang sebegini rupa? Mungkin ada tetapi tidak dikomersialkan. hu...hu...

Apakah barangan yang dibeli untuk upacara masak memasak pada petang ini?

Jawapannya adalah ayam mentah dan cili padi sahaja. Barangan lain masih berbaki di dalam almari.

Maka, tidak baik membazir dan gunakan apa yang ada.




Teka-teki yang pertama. Apakah hidangan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan di atas? Teka-teki lah sangat, kan? Mencabar minda anda yang kreatif tak? he...he...



Teka-teki kedua. Apakah yang terdapat di dalam botol ini? Sudah semestinya bukan hantu dalam botol kicap. Disebabkan saya baik hati, jawapannya adalah rempah sate. Rakan saya yang bawakan dari rumah beliau. Kluang mari. ha...ha...



Menurutnya rempah sate itu boleh di perap bersama dengan daging ataupun ayam dan boleh menghasilkan sate.

Tetapi, manalah sesuai untuk memanggang sate di kolej ini. Bahan-bahan yang ada di dalam rempah ini antaranya adalah bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan sebagainya (kerana saya sendiri tidak tahu ramuan yang lengkap), dan tidak dilupakan bahan-bahan tersebut di kisar bersama minyak untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Maklumlah duduk di kolej mesti tahu erti hidup (survive bak kata orang putih).

Sudahkah anda mendapat jawapan untuk teka-teki pertama tadi?

Fikir, jangan tak fikir.



Jawapannya adalah lu fikirlah sendiri! Boleh? Oh, ini sekadar gurauan sepetang cuma. Jangan ambil hati. Ambil angin tidak mengapa.



Ada ayam, rempah sup tulang, bihun, cili padi dan rempah sate. Garam tidak dapat dikenalpasti kewujudannya. Nantilah saya minta kepada si tukang pinjam barang. ha...ha...

Jawapannya adalah bihun sup. Tahniah kepada yang berjaya menjawab teka-teki ini.

Sila nyatakan tekaan anda di ruangan komentar ya!

Pukul 6.00 petang nati, mahu mulakan aktiviti memasak. Kalau rajin adalah hasilnya. Tunggu...

Teka-teki ketiga. Halaman rindu? Apakah itu?




Tiket Filem Hantu Boceng yang hari itu. Hari yang bersantai bersama-sama adik-adik kesayangan.



Sebenarnya, semalam sewaktu mengemas kembali ke bilik asal, saya terjumpa tiket ini. Terimbaulah kembali kenangan lalu yang mengusik kalbu. Ayat romantis amat. ha...ha...




Ketulusan hati: Tahniah kepada yang meneka dengan tepat. Hadiahnya adalah senyuman ikhlas dari diri saya. Eh, bukan! Dari diri anda. Tetap mahukan hadiah? Baiklah. Sekarang pandang cermin dan senyum seikhlas hati selama satu minit. Itulah hadiah dari saya untuk anda. he...he... Manisnya senyuman anda. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

INDAHNYA LANGIT ILAHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat pagi!

Pejam celik, pejam celik, pantasnya masa berlalu pergi.

Isnin minggu hadapan, saya bakal bergelar pelajar tahun akhir semester lapan. Pasti rindu kenangan di sini kelak. hu...hu...

Sila lihat kembali pengepala terbaru saya.

Cepat, sila lihat ke atas.

Terima kasih.

Apa yang anda dapat perhatikan?

Ya, betul! Langit.

Indahkan (sambil mengangguk kepala tanda setuju)?



Untuk makluman (oh, terasa rindu akan frasa ini), gambar di atas adalah diambil dari pemandangan tingkap sahaja. Langit pagi semalam-semalam. hu...hu... Oh, ini bermaksud sudah dua hari pemandangan langit dan awan ini dirakam.



Indahnya ciptaan Ilahi.

Tidak bosan mata memandang serta tidak jemu mata berkelip.

Baiklah, sekadar ini sahaja perkongsian dari saya.

Berhati-hati naik beca,
Terima kasih kerana membaca.

Ketulusan hati: Esok mahu pergi bersiar-siar mencari makan pagi! Stok makanan sudah habis. Semenjak ada makanan di dalam bilik yang perlu di masak walaupun hanya menggunakan periuk menanak nasi, semangat memasak kini terserlah. Terasa seronok memasak untuk rakan-rakan walaupun ringkas. ha...ha...Nasi goreng pun sedap. Sudah, pergi tidur. Selamat berehat. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.