Saturday, February 11, 2012

REDHA HATI , REDHA SUAMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cahaya matahari menyinar mata,
Lafaz 'Bismillah' pembuka bicara.

Eh, berpantun gitu.

Sengaja mencuba kelainan diri.


*Yahoo*
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


Hari ini (sebenarnya baru sebentar tadi), saya berpindah kembali ke bilik asal.

Pihak pengurusan kolej memberi arahan untuk mengosongkan bilik yang disewa.

Dan akhirnya, saya kembali ke bilik asal. he..he..

Gembira bertambah sayu juga sebenarnya.

Gembira kerana kembali ke tempal asal. Sayu kerana berpisah dengan teman yang sehati sejiwa bergelak ketawa. Oh, ini tidak termasuk angin beliau yang datang tanpa diundang. he...he..

Sahabat, jangan marah. Sekakar bergurau di pinggiran hati.

Ya, berbalik kepada kisah sayu yang berlaku sebentar tadi.

Sekembalinya saya ke tempat asal (sememangnya bilik tidak berkunci), saya mendapati almari yang saya letakkan kotak dan barang-barang saya telah kosong!

Redha lah wahai hati, ini bukan rezeki diri. Rasa mahu menangis! Cengengkan, saya!




*Yahoo*
Bayi tidak mengapa menangis. Alolo, comelnya. Sudah, pergilah rasa sedih itu!




Bukan apa, terkilan kerana kotak tersebut masih elok lagi dan di dalamnya terdapat alat tulis yang masih baru!

Oh, ini dugaan kecil sahaja. Dugaan besar telah pun saya lalui, tidak mungkin saya berputus asa lagi!

Ceh! Ini sebenarnya motivasi diri.

Motivasi bagi saya adalah amat penting kerana salah satu cara menggerakkan diri ke arah positif tanpa perlu bantuan insan lain.

Motivasi yang menguatkan semangat saya di sini.

Apa pula hubungkait redha hati dengan redha suami?




*Yahoo*
Tanda tanya? Apakah hubungkait itu?



Kalau saya beri jawapan "Biarlah rahsia". Boleh ke tidak?

Baiklah, sebenarnya sengaja mahu meletakkan redha suami di situ kerana...

Ha! Mencipta kontroversi.




*Yahoo*
Karangan kontroversi ni. ha...ha... Tidak pasti kesahihannya. Tetapi, kontroversilah!




Boleh?

Baiklah, secara berterus-terang, calon pun belum ada lagi.

Jodoh itu di tangan Allah Ta'ala.

Saya masih menanti siapakah gerangan insan yang ditetapkan jodoh dengan saya. he...he...




Sedikit santapan ilmiah.




"Rumah boleh dibina dengan batu, pasir, simen, dan kayu. Tetapi rumahtangga dibina dengan kasih sayang, iman, dan taqwa kepada Allah Ta'ala" - Sumber Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mei 2011.



Semoga tahun ini memberi seribu satu sinar dalam kehidupan saya dan juga kalian semua. InsyaAllah.

Kini, saya sedang mendengar lagu ini. Saya menyukai bait-bait indah kata-kata yang disulam mesra dalam lagu ini.

Bisakah dari Siti Nurhaliza. Terasa sesuai dengan situasi saya kini. ha...ha...




Bisakah oleh Siti Nurhaliza.




Terima kasih kerana membaca.

Saya akhiri tampalan ini dengan serangkap pantun jua.

Terima kasih kerana membaca,
Saya sayang anda semua.

Ha! Sesuai ke tidak?

Ketulusan hati: Saya mahu meneruskan sesi mengemas bilik lagi. Jumpa lagi di masa yang akan datang. Assalamualaikum.


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Tuesday, February 7, 2012

PENDENGAR YANG MENDENGAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam malam juga kerana hari sudah malam. Eh?




*Yahoo*
Pendengar yang baik bukan hanya meminjamkan telinganya untuk mendengar masalah sahabatnya tetapi turut mengunci mulutnya daripada menjaja cerita sahabatnya itu tadi.



Zaman kini terlalu moden. Canggih dari segi teknologi. Maka, tidak ketinggalan cerita dan berita mudah sahaja tersebar luas.

Tersebar tanpa ruang lingkup yang terhad.

Walaubagaimanapun, sahabat turut juga diperlukan untuk mendengar masalah dan ketidakpuasan hati sahabat yang lain.

Biasalah, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Sukar menjangkakan siapa pendengar yang setia dan siapa pendengar yang baik.

Baik tidak semestinya setia tetapi setia semestinya baik.

Ada faham?

Beginilah contohnya. Si A menceritakan kisah peribadinya kepada Si B dan Si C. Si B menjaja kisah tersebut sedangkan Si C sebaliknya.

Perihal Si B adalah pendengar yang baik tetapi tidak setia. Kerana telah menceritakan kepada sahabat yang lain.

Perihal Si C pula adalah pendengar yang setia yang menjaga amanah rakannya.

Memang sukar mencari sahabat yang setia tetapi yang baik ramai!




*Yahoo*
Mulut oh mulut kenapa sukar kunci? Kerana cerita yang best sukar untuk di simpan hanya di dalam hati. Eh?



Sebaik-baik sahabat adalah yang menjaga rahsia sahabatnya.

Rahsia yang bagaimana?

Rahsia yang mengaibkan.

Segala-gala peristiwa yang boleh di kongsi adalah peristiwa yang tidak diamanahkan kepada kita untuk menyimpannya.



*Yahoo*
Mulut tempayan mudah di tutup. Mulut manusia sememangnya sukar kerana sekali cerita telah tersebar, sukar untuk kita meletakkan kepercayaan kepada insan yang menyebarkan cerita itu tadi.



Jagalah amanah itu dengan sebaik mungkin.

Sahabat yang baik adalah terbaik sekiranya menjadi setia untuk menjaga rahsia peribadi sahabatnya.

Untuk mengelakkan cerita daripada tersebar luas dan yakin bahawa cerita itu tidak tersebar, maka letakkan kepercayaan kepada Allah Ta'ala.

Ceritakan semua kisah kita kepada Allah Yang Maha Esa.

Pasti tidak akan tersebar, kan rakan-rakan?

Tersimpan dan tertutup rapat. Sepenuhnya.

Seratus-peratus pasti.




*Yahoo*
Mengadu dan bermanja dengan Allah itu indah. Senyum, tak perlu kata apa-apa.



Ketulusan hati: Jom, mengadu dengan Allah! Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

KASIH SAYANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat dan ceria hendaknya. InsyaAllah.



*Yahoo*
Ya Allah, tabahkan hatiku untuk mengharungi dugaanMu ini. Amin ya rabbal'alamin.




Dugaan, ujian (yang bukan ujian peperiksaan itu), cubaan dan segala rintangan di dunia ini adalah tanda kasih sayang Allah Ta'ala kepada makhlukNya.

InsyaAllah, kita perlu kuatkan hati dan juga semangat untuk mengharunginya walau di mana jua kita berada pada detik dan ketika yang kita sendiri tidak menjangkakan bila ianya akan datang menjengahkan kehadirannya.

Semoga dugaan yang mendatang menguatkan diri ini untuk terus memandang positif perkara yang tidak dapat di jangka akan berlaku.

Jangka yang tidak di jangka.

Jangka yang dapat di jangka.

Kemungkinan itu ada.

Allah sayang kita!

Kuat!

Kasih sayang Allah itu indah nilainya!

Ketulusan hati: Wahai hati, bertabahlah! Allah sentiasa menemani. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

SUKAR

*Yahoo*
Sukar bibir ini berkata-kata dengan dugaan yang melanda.



Sukar.

Rasa yang mendatang.

Dugaan yang menjunam di hadapan.

Terasa diri kerdil ini belum cukup mampu untuk bertahan.

Apatah lagi mempertahankan.

Sukar.

Menjadi terlalu sukar.

Hanya minda yang di atasi dengan slogan "Ujian Allah ini sebentar cuma".

Saya mampu bertahan.

Bertahan mengatasinya walaupun hanya dalam minda.

Allah menguji hambaNya yang kuat.

Saya kuat untuk tempuhi ujian ini.

Motivasi diri sendiri adalah sebaik-baik terapi positif minda ini.

Sukar.

Menjadi sangat sukar.

Tidak bisa berkongsi masalah dengan insan sekeliling.

Luaran nampak gembira, sedihnya sendiri yang menjaga.

Berhati-hati agar tidak dikenalpasti.

Sukar.

Ujian Allah ini sedikit sahaja.

Ujian keimanan di dunia.

Akhirat yang pasti ada ganjarannya.

Sukar.

Sesukar mana ujian yang perlu di tempuhi.

Syukur.

Ke hadrat Ilahi.

Kerana menguatkan diri ini tatkala di uji.

Allah sentiasa di sisi.

Malaikat kiri dan kanan yang sentiasa menemani.

Saya dengan ini meletakkan ujian Allah ini seikhlas hati untuk terus memperjuangkan masalah yang di hadapi sehingga ke titisan nafas yang terakhir.

Tidak akan pernah menyerah.

Jatuh tertunduk lemah.

Kerana Allah dan Islam sentiasa bersama saya.

Tanpa ragu dan jemu.

Oh, diri!

Bangkit!

Bangun!

Kuatkan hati!

Syukur!

Allah memilih insan ini untuk menempuhi ujian ini.





*Yahoo*
Ketenangan yang di ingini cuma. Sebentar melarikan diri dari hiruk-pikuk dunia.


Ketulusan hati: Manusia hatinya bisa berubah. Ya Allah, Kau ubahlah hatinya untuk kebaikan. Noktah. Titik. Biar ujian ini tertulis untuk saya sekadar di sini. Bukan tidak mahu berkongsi. Tetapi, ianya terlalu peribadi. Luahan di sini kadangkala melenyapkan rasa takut di hati. Hanya ingatan Allah sentiasa di sisi melenyapkan rasa takut di hati. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Monday, February 6, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 2012 M / 1433 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat pagi. Sudah, pergi tidur rehatkan minda kerana esok mahu menguruskan diri lagi. Eh, penulis juga masih belum tidur. Tunggu lah selepas ini. Mahu mengemaskini laman ini dahulu.

Sekiranya saya yang tidur, siapa yang mahu mencoret? Tidak, begitu?

Oh, berbalik kepada tujuan tampalan ini.




*Yahoo*
Salam maulidur rasul diucapkan.




Semoga kita bersama-sama memperbanyak amalan kita dari hari ke hari.

Selain itu, jadikan Rasulullah S.A.W sebagai ikutan kita dari segi akhlak, cara pergaulan, ibadahnya, dan segala-galanya.

Perbaiki diri dari masa ke masa. Rasulullah S.A.W ikutan sepanjang zaman.

Sambutan maulidur rasul mengenang kembali saat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W sehingga kewafatan baginda. Perbanyakkan selawat bukan bukan sehari sahaja tetapi setiap hari pada setiap detik dan ketika.

Semoga kita bersama-sama memperbaiki apa yang ada pada kita dan semoga yang baik sentiasa menjadi ikutan.




*Yahoo*
Kata cinta sahaja tidak mecukupi untuk menyatakan bahawa kita mencintai Rasulullah S.A.W, tetapi tunjukkan juga perbuatan kita mencontohi akhlak baginda.





*Yahoo*
Rindunya perarakan yang sebegini sewaktu zaman persekolahan dahulu. Mengelilingi sekolah dan taman perumahan. Oh, sememangnya saat yang indah untuk dikenang. Merapatkan ukhwah pastinya.





*Yahoo*
Membaca Al-Quran setiap hari dan inilah yang wajar di teladani kerana di dalamnya terlindung pelbagai ubat-ubatan yang mujarab untuk kesembuhan jiwa dan raga.





*Yahoo*
Tidak lupa basahkan lidah dengan berzikir. InsyaAllah jiwa menjadi lapang dan tenang.




Ketulusan hati: Tidak pernah ada istilah terlewat untuk menyambut maulidur rasul. Teruskan lah sedaya upaya untuk menunjukkan cara kita mencintai Rasulullah S.A.W. Setiap hari dan setiap detik waktu. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.