Saturday, January 28, 2012

ADA YANG RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga para sahabat saya sihat dalam lingkungan rahmat Allah Yang Esa. Amin ya rabbal'alamin.

Rindu. Satu kalimah yang ertinya sukar dilafazkan dengan kata-kata.

Rindu. Hanya hati yang tahu bagaimana rasa itu dirasa. Rindu itu wujud.

Rindu. Tidak alami maka tidak tahu. Hanya tahu menumpang rasa insan lain.

Rindu. Itu perlu tetapi jangan terlalu nanar menahan perasaan. Luahkan pada teman-teman yang sudi mendengar tetapi tidak menyampaikan kepada insan lain. Tersimpan dan tertutup rapi di dalam kalbu.

Rindu. Pada ibu ayah, ganjaran pahala diterima.

Rindu. Pada kekasih yang halal begitu jua.

Rindu. Jangan terlalu mengikut perasaan pada kekasih yang bukan halal. Simpan dalam hati jangan dilafazkan oleh bibir. Si dia bukan insan yang berhak untuk mendengar rindu anda selayaknya.

Rindu. Kenangan lalu. Walaupun tidak seindah pada laungan hati, tetapi rasa rindu kenangan lalu tetap mencit hati.




*Yahoo*
Ada yang ridu. Ada rindu yang perlu dilafaz, ada rindu yang perlu dikekang lafaznya.




Rindu. Saya rindu kamu.

Rindu. Jangan buat spekulasi melulu.

Rindu. Menghadap laman peribadi ini dan luahkan apa yang terpendam di sudut hati.

Rindu. Maafkan saya yang terlalu sibuk mengejar kesibukan duniawi.

Rindu. Itu perlu. Kerana kita insan biasa yang dicampakkan rasa itu.

Rindu. Satu anugerah. Tidak lengkap kehidupan tanpanya.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Wednesday, January 25, 2012

APABILA AKU JATUH CINTA

Apabila aku jatuh cinta.

Adakah 'gedebuk' bunyinya?

Dup dap dup dap kah?

Serba tak kena?



*Yahoo*
Cinta itu indah. Yang paling indah, cinta halal dalam ikatan suci perkahwinan.




Apabila aku jatuh cinta.

Adakah minda mengawal perasaan?

Atau perasaan menimbus akal?

Logik akal entah ke mana?

Berterbangan di angkasa raya.



*Yahoo*
Apabila aku jatuh cinta, beginikah caraku?




Apabila aku jatuh cinta.

Perlukah dipertikaikah dengan siapa?

Hartanya?

Pangkatnya?




*Yahoo*
Sebaik-baik percintaan adalah kerana Allah Ta'ala. Bercinta selepas bernikah, itulah yang paling bagus sebenarnya.




Apabila aku jatuh cinta.

Tiada syarat dan perjanjian dunia.

Tiada sebab untukku berbuat demikian.

Kerana cinta itu tiada hadnya.

Kekurangan dan kelemahan kita saling lengkap-melengkapi.

Berlandaskan ajaran Islam yang suci murni.



*Yahoo*
Kalimah aku cinta kamu, bukan sekadar di pinggir bibir. Perlunya ia pengertian yang mendalam untukmu melunaskan janji kita bersama agar kita bercinta sehingga ke syurga Allah Ta'ala yang keindahannya tiada tara.



Apabila aku jatuh cinta.

Pimpinlah aku dengan cinta yang halal.

Bertemankan restu dari Ilahi.

Agar kita tidak akan terus hanyut dengan nikmat dunia yang tidak pasti.




*Yahoo*
Anda jatuh cinta? Mengadulah dengan Allah Ta'ala supaya diberi petunjuk bahawa dia adalah tercipta untuk kita. Istikharah dan istiqomah dengan ibadah, besar ganjaran ketenangan dari Ilahi.



Fenomena bercinta sebelum bernikah terlalu banyak.

Bercinta tidak salah. Ianya fitrah manusia.

Tetapi cara menyatakan cinta itu yang membuatkan saya terfikir bahawa remaja kini hanya mempermainkan ilmu yang mereka ketahui.

Bergambar berdua itu salah, tetapi masih diambil juga.

Sudahlah bergambar, ada adegan yang tidak sepatutnya.

Bukan mereka tidak tahu, tetapi cinta yang tidak halal itu membutakan hati dari menilai apa yang baik dan sebaliknya.

Diberi teguran, nanti dikatakan cemburu pula.

Setakat ini, hanya satu sahaja yang saya lakukan iaitu tidak menekan butang 'suka' terhadap gambar tersebut.

Kini, saya kongsikan satu pengalaman saya sendiri memberi teguran kepada rakan saya.

Saya bertanyakan fasal adegan suap-menyuap.



*Yahoo*
Menyuap bayi tidak mengapa, jangan menyuap pasangan yang bukan muhrim sudahlah.



Kata rakan saya, si kekasih gemar bermesra dengannya.

Saya bertanya "Pernah disuapkan?"

"Pernah," katanya.

Rakan saya menambah lagi "Tidak mengapa kerana menggunakan sudu"

Oh, selepas diberi teguran mengenai perkara tersebut tidak perlu, spontan wajah masam dipamerkan.




*Yahoo*
Wajah yang masam. Masam ke marah? Entahlah.



Wahai sahabat, saya menyayangimu.

Ketahuilah, sayang yang bukan hanya di dunia sahaja.

InsyaAllah, sekiranya kita bertemu di alam sana, ingin sekali ku mendakapmu.

Bersama-sama kita menjadi ahli syurga.




*Yahoo*
Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, jadikanlah si dia kekasihku yang halal dengan secepatnya agar hatiku tenang dan tidak lagha dengan maksiat hati.




Ya Allah,

Bukakanlah hati-hati kami dengan kebenaran.

Jauhkanlah hati kami dengan terlalu mengagung-agungkan kemaksiatan.


Ya Allah,

Kau berikanlah hidayahMu kepada kami,

Tegurlah kami sekiranya apa yang kami lakukan itu merupakan kemaksiatan.


Terima kasih kerana membaca.

Sedikit kisah yang berlaku dalam hidup saya tetapi terlalu banyak yang boleh diambil ikhtibar oleh kita semua.

Ketulusan hati: Idea yang datang tanpa diundang. Maka, jari-jemari menari-nari menukilkan apa yang dihajati. 

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

TERUJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat pagi diucapkan. Mata saya masih belum mengantuk lagi dan terhasillah tampalan ini.



*Yahoo*
Reaksi teruja. Cantik mata, mahu pinjam boleh?



Teruja. Bukan apa, masih ada yang sudi berkunjung ke laman saya ini.

Kisah saya untuk kenangan saya dan untuk kita semua mengambil ikhtibar di atas setiap perkara yang berlaku.

Nukilan saya menyatakan apa yang saya rasa, idea saya dari Allah Ta'ala.

Terima kasih para sahabat sekalian yang berjaya membuatkan saya teruja mempunyai laman sendiri.

Walaupun masih di domain blogspot dan bukannya .com tetapi tidak mengapa, saya belajar dari hari ke hari.

Wajar saya katakan bahawa penulisan mematangkan seseorang.

Penulisan membuatkan kita teruja seperti elektron-elektron yang melompat-lompat dengan girang menyatakan nilai kegembiraan itu.



*Yahoo*
Inilah elektron yang terkinja-kinja itu. he...he..



Terima kasih berbanyak-banyak kepada yang memberi ulasan.

InsyaAllah, saya akan teruskan menghasilkan karya-karya penulisan saya.

Hanya satu yang saya minta, kita berkongsi kisah kita di ruang ulasan.

Terima kasih kerana membaca. Buat para sahabat, andalah tetamu undangan di hati saya.

Assalamualaikum.

Salam penuh ikhlas daripada perahsia hati.

Ketulusan hati: Tidur ditemani senyuman di hati. Sebelum tidur, doa tidur jangan lupa. he...he...

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Tuesday, January 24, 2012

KEJUTAN BUDAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari ini kita diberi kekuatan oleh Allah Ta'ala untuk menempuh hidup dengan penuh keberkatan. InsyaAllah.

Kepada pengunjung baru laman ini dan juga sahabat baru, selamat berkenalan diucapkan.

Semalam atau lebih tepatnya pukul lebih kurang 8.00 malam, saya dan seorang insan yang di dalam dilema untuk melangkah ke alam kampus berbual (melalui cara menaip sebenarnya), meluahkan rasa hati beliau yang menyatakan bahawa beliau takut terkena kejutan budaya di alam kampus.

Tahniah kepada anda kerana membaca satu ayat di atas dengan satu nafas sahaja. Sila cuba lagi sekiranya tidak berjaya. Senyum, tidak perlu kata apa-apa.

Berbalik kepada isu kejutan budaya, sebagai manusia kita mempunyai nilai adaptasi yang berbeza-beza.

Ada di antara kita, mungkin mengambil masa selama seminggu untuk menyesuaikan diri di tempat baru, tetapi ada di antara kita yang apabila dicampakkan ke mana-mana sekalipun, dia cepat menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Disebabkan kita berbeza-beza rasa, maka penerimaan kita juga terhadap ketakutan kepada sesuatu yang belum biasa terhadap diri kita pasti akan mempengaruhi diri kita.




*Yahoo*
Reaksi terkejut yang melampau-lampau.




Kejutan budaya. Apa sebenarnya?

Kejutan budaya dimaksudkan sebagai akibat yang timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dengan atau terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan lain yang lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dan sebagainya pada anggota kebudayaan yang lebih rendah tamadunnya.

Sumber adalah dari sini.




*Yahoo*
Reaksi terkejut yang sebegini tidak mengapa. Sejuk mata memandang.



Sila baca kembali definisi kejutan budaya di atas.

Kejutan budaya lebih sesuai dilibatkan kepada anda yang berada di luar dari budaya masayarakat anda.

Sebagai contoh, seseorang itu tidak perlu dilabelkan sebagai terkena kejutan budaya hanya semata-mata dia belajar di Kuala Lumpur (maklumlah kota yang sering menjadi tempat berhijrah bagi anak-anak muda) tidak kira apa pun objektif penghijrahannya.

Itu bukan kejutan budaya. Itu kejutan lokasi.

Tidak mengapa sekiranya anda tidak bersetuju dengan ulasan saya.

Pandangan kita berbeza, maka urusan hormat-menghormati itu perlu ada.

Berbalik semula ke topik kejutan budaya itu tadi.

Kejutan budaya berlaku sekiranya anda yang berada dalam lingkungan masyarakat yang mempunyai berlainan budaya dengan anda mahupun anda yang berhijrah ke negara yang budayanya berbeza dengan budaya ibunda anda.

Inilah kejutan budaya.

Definisi kejutan budaya telah pun selamat dikupas.

Sebenarnya, saya sendiri pernah dilabelkan terkena kejutan budaya.

Aneh. Terlampau aneh.

Saya hanya belajar di Serdang sahaja. Kampus yang tercantik bagi saya. Paling jauh saya berjalan-jalan adalah di The Mines.

Itu sahaja.

Untuk makluman, isu kejutan budaya agak sensitif untuk saya kerana saya pernah dilabelkan dengan dua perkataan keramat itu.

Kejutan budaya.

Yang paling aneh, insan yang menyatakan saya terkena kejutan budaya itu bukanlah insan yang menetap bersama saya di Serdang ini.

Prinsip saya, biarlah dia mahu mereka-reka cerita. Untuk yang tidak mengenali saya seperti mana adik-adik saya mengenali saya, rajin-rajinlah anda membaca tampalan yang terdahulu.

Benarlah, mulut manusia sukar ditutup. Biarlah mereka dengan cerita mereka. Saya perlu teruskan hidup dengan pekakkan telinga sahaja.

Bukan saya tidak mahu memperbetul apa yang telah disebarkan oleh insan tersebut. Tetapi, insan tersebut hanya menganggap hanya diri dia sahaja yang betul.

Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya. Ya Allah, Kau bukakanlah hatinya menerima pandangan insan lain supaya dia tahu apa ertinya kebenaran dalam kehidupan. Amin ya rabbal'alamin.

Alhamdulillah, sepanjang hidup saya bernafas di bumi Allah Ta'ala ini, saya amat-amat bersyukur dengan ujian yang Allah turunkan kepada saya. Ujian yang membuatkan saya lebih kuat menjalani kehidupan.

Melemparkan tuduhan saya terkena kejutan budaya adalah tidak wajar. Kerana apa?

Walaupun saya akui, setiap insan itu bukanlah sesempurna mana, tetapi sehingga kini, Alhamdulillah, pakaian saya masih berlandaskan ajaran Islam.

Bukan mahu riak ataupun memuji diri yang tidak seberapa ini, tetapi saya sudah terbiasa bertudung menutup dada dan berstoking apabila keluar dari rumah.

Islam bukan agama paksaan. Saya lakukan perkara sebegitu rupa kerana saya sudah terbiasa. Agak janggal sekiranya saya mengubah penampilan saya sewenang-wenangnya hanya kerana fesyen semata-mata.

Mengikut syariat Islam, adab berpakaian itu bukanlah untuk membuat insan di sekeliling anda memandang anda dengan pakaian anda.

Terasa diri tidak selesa apabila dipandang oleh mata-mata yang tidak selayaknya. Inilah saya seadanya.




*Yahoo*
Maaf. Mata terasa panas bahang pada petang hari ini. Boleh percayakah penulis? Mahu jawab seperti artis, boleh? Tiada komentar. he...he...




Saya tahu, topik kejutan budaya tersasar sebentar. Tetapi, sabagai manusia, berpesan-pesan sesama kita itu adalah tanggungjawab kita.

Kisah saya untuk kenangan saya.

Kisah saya untuk anda ambil ikhtibar.





*Yahoo*
Opocot, terkejut. Ini bukan kejutan budaya. Itu melatah namanya. Saya tahu reaksi tidak sepadan dengan keterangan ini.




Tiada apa yang perlu ditakutkan atau dirasakan ragu-ragu dalam menjalani kehidupan ini.

Bagaimanakah cara mengatasi kejutan budaya?

Senang sahaja. Berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ingat, Allah Ta'ala sentiasa bersama kita. Malaikat di kiri dan kanan kita juga turut serta ada bersama kita.

Kuatkan hati dan semangat. Ingat, ibu dan ayah yang menanggung dosa kita (selagi anda belum bernikah) dalam membuat setiap perkara.

Itu medium dalaman. Medium luaran pula, pilih rakan-rakan yang baik dari segi akhlaknya, rakan-rakan yang sering memberi teguran tatkala kita hanyut dengan rempah ratus kehidupan, dan rakan-rakan yang sentiasa ada di sisi menemani di kala susah dan senang.

Untuk adik-adik yang ingin melangkah ke alam kampus, selamat datang diucapkan.

Usah difikirkan sangat mengenai pengarah kejutan budaya terhadap anda, sebaliknya uruskan diri anda dan minda anda dengan positif dalam menjalani kehidupan.

Kejutan itu berada di mana-mana sahaja. Tidak kira tempat mahupun waktu. Kejutan itu sendiri akan datang kepada anda dalam apa jua bentuk sekalipun.

Yang utama, persiapkan diri untuk menghadapi kejutan itu.

Jangan biarkan kejutan itu mengubah siapa diri kita. Tetapi, benarkanlah kejutan itu menambah nilai positif dalam diri kita.

Belajar kerana Allah Ta'ala, besar ganjarannya.

Belajar kerana dunia, kita tidak akan ke mana.

Sekian sahaja sedikit perkongsian dari perahsia hati.

Terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Monday, January 23, 2012

BUKAN TAHI CICAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Serdang sedang hujan lebat. Indahnya tidur tatkala ini.

Disebabkan idea tidak memunculkan diri, saya mengambil ilham dari alam sekeliling untuk menukilkan tampalan ini.

Mencoret mengenai cuacu, terasa seperti pengulas cuaca pula.

Bukan tahi cicak? Habis tu apa?

Sila saksikan gambar ini dengan penuh tumpuan kerana ini adalah teka-teki.



Ada putih, ada hitam. Campur-campur di tengah padang.




Rasa-rasanya gambar ini sudah jelas untuk anda meneka apakah ini.





Cantiknya warna hijau ni. Ini yang terasa ingin berbaring di tengah-tengah padang. Oh, nanti terkejut pula pengawal keselamatan yang melihat. Buang tabiat ke apa tah, budak ni? Dah lah tak pulang bercuti ke rumah.




Hujan yang turun bagaikan mutiara. Asal hujan sahaja, mata berat. Asal mata berat sahaja, belum tentu waktu hujan.




Lihatlah kelebatan hujan. Kabur sahaja pandangan.



Penulis, apakah benda yang bukan tahi cicak itu?

Yalah, bukan tahi cicak kerana adakah cicak di tengah padang?

Musykil betul.

Baiklah para pembaca yang disayangi, itu adalah sekumpulan burung merpati.

Ada hitam, ada putih, dan ada yang bercampur-campur warnanya.

Mereka sekawan mencari makanan di tengah padang kerana kelaparan yang melanda.

Oh, seperti sebuah cerita.

Gambar burung merpati itu diambil sebelum hujan.

Aneh, sekiranya burung merpati bermandi hujan. Tidak begitu?

Lainlah manusia yang bermandi hujan. Oh, rindunya kenangan bermandi hujan.

Kenangan semasa kecil. Dah besar seperti sekarang jikalau masih mandi hujan lagi, buang tabiat kata orang.

Ini sahaja daripada saya.

Terima kasih kerana membaca.

Nampaknya, hujan sudah pun berhenti.

Renyai-renyai manja sahaja.

Assalamualaikum. Jom sambung tidur. he...he...

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

APABILA SIANG MENJELMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah pun Isnin. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana kita semua masih lagi diberi nikmat menghirup udara bumi pada hari ini.

Seperti yang telah dinyatakan semalam, hari ini siang telah pun selamat menjelang. Bukan hanya menjelang hari raya sahaja, tahu?

Saya kongsikan bersama anda gambar yang sama seperti semalam tetapi diambil pada waktu siang. Jom cuci pandangan. Bukan selalu kolej sunyi sebegini rupa.



Cantikkan? Hijau sahaja. Damai dan menenangkan. Untuk makluman, burung merpati akan bersiar-siar di padang ini juga. Waktu pagi dan petang biasanya. Nanti saya kongsikan bersama anda.




Pemandangan dari sebelah kanan melalui tingkap. Nampak tak atap biru itu? Bangunan biarlah rahsia, semalam. he...he...




Pandangan dari atas. Inilah tempat bergosip ataupun merenung insan yang sedang berlari-lari di trek. Tiada penghawa dingin mahupun kipas yang disediakan. Maka, waktu petang atau malam biasanya ada insan yang berkunjung ke sini.




Kubah hijau yang tidak kelihatan pada waktu malam. Inilah kawasan perumahan dalam kampus.



Kubah masjid universiti.




Disebabkan saya menggemari awan dan langit, inilah pemandangan yang cantik di mata saya. Senyum, tidak perlu kata apa-apa.




Pandangan dari sisi kiri. Bangunan fakulti saya. Bukan saya yang miliki, tetapi saya menuntut ilmu di sini.



Mengapa terdapat bukit yang digondol? Oh, itulah kawasan jirat Cina. Sudahlah kadangkala saya suka mengintai dari jendela kamar pada waktu malam. Fuh, semangat.




Kiosk yang ditutup. Tidaklah banyak makanan yang dijual di sini. Pada semester ini, hanya sekali sahaja saya berkunjung ke sini. Harga? Secara kesimpulan, agak mahal.




Kawasan perumahan yang mengingatkan saya kepada kawasan perumahan saya. Saya bukan taukeh, tetapi saya akan ke jawatan itu. Boleh? Boleh, selagi usaha yang bersungguh-sungguh untuk jaminan masa hadapan. Rezeki yang dicari dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil, semuanya dengan restu Allah Ta'ala.



Terima kasih kerana membaca. Tampalan ini untuk kenangan. Oh, tinggal satu semester lagi yang perlu diharungi dengan bersungguh-sungguh. Pemandangan dipotretkan dengan menggunakan kuasa sihir. Sila rujuk tampalan semalam untuk kefahaman yang lebih jelas.

Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Sunday, January 22, 2012

MALAM BERTANDANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan saya berseorangan di bilik yang penuh nostalgia ini, kini saya bawakan anda pemandangan di sekitar saya kepada anda.

Bukan apa, sebagai kenangan di hari tua.

Mungkin nanti, saya potretkan pemandangan pada waktu siang pula.

Mari, saya bawakan anda berkenalan dengan kolej kediaman saya tetapi hanya melalui tingkap sahaja.




Pemandangan bilik yang saya menginap kini semestinya menghadap ke masjid. Tetapi, azan kedengaran melalui masjid itu terlalu sayup-sayup. Walaubagaimanapun, saya menyukai pemandangan ini.




Pemandangan yang agak menakutkan. Bukan apa, teknik kamera sahaja.




Pemandangan yang sudah tidak menakutkan lagi. Sunyi sahaja malam ini. Oh, tidak lupa ditemani bunyi bunga api. Tidak dapat dirakamkan dengan kamera, tetapi, sempat dirakamkan dengan minda.




Kubah yang agak besar daripada gambar pertama tadi. Terdapat dua bola-bola api yang kelihatan.




Tempat belajar. Seram pula berada di sini. Tetapi, kadangkala, saya terserempak dengan pelajar yang berada di sini. Aneh. Belajar kah? Positif sudah.




Pemandangan gambar ini nampak segar. Dirakamkan dengan menggunakan kuasa sihir (magic). Sihir tersebut adalah daripada terjemahan google. Lawak kan? Sihir?




Gambar diambil dengan menggunakan kuasa magic juga. Tidak sesuai untuk menggunakan perkataan sihir. Seram pun ada untuk mencoretkannya. Ya. Atap kontena tersebut adalah berwarna biru. Saya sendiri tidak pasti bangunan apakah itu? Biarlah rahsia. Siti Nurhaliza yang kata, bukan perahsia hati. he...he...




Salah satu sebab saya suka menggunakan magic adalah kerana magic dapat memotretkan warna langit. Selain itu, magic juga menyegarkan mata yang melihat pemandangan gambar. Cantik pula kelihatan cahaya biru lampu-lampu tersebut.



Walaupun kamera saya tidaklah sempurna untuk merakam gambar dengan definisi yang jelas, tetapi yang penting adalah asalkan saya ada kamera. Tidak begitu?

Sekian sahaja daripada saya. Disebabkan berkeseorangan, maka rajinlah sedikit mencoretkan kisah di laman ini. Apabila ada rakan yang menyinggah ke sini, mungkin terdapat sedikit kekangan untuk saya berbuat demikian.

Saya perlukan ruang untuk saya mencoret peristiwa yang berlaku dalam hidup saya dan bagi saya di sinilah tempatnya.

Kepada para sahabat, terima kasih kerana membaca.

Senyum, tidak perlu kata apa-apa.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

TANGGUNGJAWAB SEORANG ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian untuk anda dan juga ilmu untuk saya supaya kita bersama-sama saling berpesan-pesan ke arah kebenaran.

Sila saksikan dengan mata hati dan saya pasti akan ada pengajaran di dalam video ini.

Gabungan mantap dari Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal.








Semoga dengan video tersebut, kita bersama-sama mempersiapkan diri mempelajari ilmu untuk menguruskan ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang semasa ketiadaan mereka.

Manusia pasti akan mati. Tetapi, alangkah indahnya sekiranya anak yang menguruskan ibu bapa mereka sendiri sebelum ibu bapa mengadap Ilahi.

Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak yang tahu selok-belok menguruskan jenazah ibu bapa.

Bagi yang tidak tahu atau kurang ilmu mengenai pengurusan jenazah,bersama-samalah kita tuntut supaya kita dapat menguruskan jenazah ibu bapa kita kelak dengan sebaik-baik kaedah.

Bukan hanya baik tetapi terbaik. Perkhidmatan yang paling agung untuk ibu bapa kita sebelum sampai ke alam sana.

Tiada istilah terlambat dalam menuntut ilmu. Bersama-sama kita mempelajari ilmu Allah Ta'ala yang tidak akan pernah habis.

Untuk ibu bapa, sayangilah anak anda. Tegurlah anak anda tentang kesilapan mereka dan didiklah anak anda dengan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Islam itu indah. Tetapi, terlalu banyak remaja kini tersungkur dari laluan kebenaran itu.

Buat remaja di luar sana, walaupun anda terpesong jauh dari landasan Allah, ingatlah ibu bapa anda. Anda juga yang bakal menguruskan mereka kelak.

Konklusinya, marilah bersama-sama menuntut ilmu pengurusan jenazah agar kita dapat mempersiapkan diri untuk bertemu Allah dan berbakti kepada kedua ibu bapa kita.

Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

SEGMEN MASAK-MEMASAK BERSAMA PERAHSIA HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjalani hujung minggu yang menarik bersama keluarga tercinta dan pastinya selamat bercuti sehingga ke hari Selasa. Semoga dengan percutian selama empat hari yang ditaja oleh diri sendiri memberi manfaat yang baik untuk anda dan keluarga.

Pejam celik, pejam celik, terasa pantas masa berlalu. Semester lapan pun semakin menghampiri. 19 Februari pendaftaran kolej dibuka bagi kemasukan semester baru. Sedih untuk meninggalkan alam kampus.

Tetapi, hidup ini perlu positif. Kalau diturutkan kata hati, saya mahu melanjutkan pelajaran saya sehingga ke peringkat tertinggi. Itu kata hatilah.

Saya imbas kata akal pula. Nanti sekejap, saya imbas.

Saya perlu mempraktikkan ilmu yang saya dapat di alam kampus ini dahulu ke dalam bidang kerjaya. Membantu keluarga itu subjek utama.

Tidak mengapa. Untuk melanjutkan pelajaran, pada bila-bila masa sahaja, pasti akan ada peluang kerana menuntut ilmu biarkan sehingga ke liang lahat. Selagi masih bernafas di bumi Allah, selagi itulah peluang untuk menuntut ilmu pengetahuan itu masih ada. InsyaAllah.

Apa? Coretan saya tidak mencoretkan kisah mengenai tajuk di atas? Sabar. Kerana sabar itu separah daripada iman.

Disebabkan saya masih lagi di kampus, sedangkan cuti semester pun saya masih lagi di sini menguruskan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) saya, dan saya perlu mengeluarkan sebanyak empat ringgat Malaysia, untuk menyewa bilik di kolej bagi setiap satu hari, maka dengan ini, saya berkongsi rancangan masak-memasak bersama anda.

Memasak makanan yang mudah sahaja. Sebenarnya, di kolej tempat saya menginap di alam kampus, tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa barangan elektrik seperti alatan memasak nasi dan seterika. Tetapi, demi perjuangan perut yang perlu diisi sepanjang ketutupan kafeteria kolej, terpaksalah memasak makanan sendiri.

Bukan apa, kadangkala urusan PITA, memerlukan saya berada di makmal sehingga pukul lima petang. Pada masa itu, badan sudah penat untuk berjalan-jalan menikmati makanan di luar.

Dengan adanya kemudahan yang di bawa masuk secara sembunyi-sembunyi dari rumah, sekurang-kurangnya dapatlah saya dan rakan-rakan tolong-menolong dan bantu-membantu dalam acara memasak bersama rakan-rakan. Kan menarik? Tolong-menolong antara satu sama lain itu adalah amalan mulia. Tidak begitu?

Baiklah, kita mulakan rancangan kita dengan pengenalan bahan-bahan masakan. Kaedah memasak ini merupakan cara-cara yang ringkas dan sesuai untuk insan yang masih belum mempunyai pasangan hidup. Orang bujang lah, senang cerita.



Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah kiub pati ayam Knorr, telur, lobak merah, bawang kecil, kacang botol yang tiba-tiba tersesat tetapi tidak mengapa yang penting khasiatnya, kacang buncis dan ikan bilis. Tidak perlu garam kerana kiub pati ayam Knorr tersebut melengkapkan segala rasa. Kurangkan gula dan garam dalam masakan, tingkatkan prestasi kemahiran memasak tanpa mereka berdua. Eh?



Sambil memotong bahan- bahan di atas, masaklah nasi. Tetapi sebelum acara memotong, basuhlah semua bahan-bahan tersebut. Tidak lupa, beras juga memerlukan tindakan yang sama.

Setelah panaskan minyak secukupnya, maka masukkanlah bahan-bahan di atas sehingga agak masak.

Mengikut kaedah perahsia hati, jangan menggoreng sayur yang berwarna hijau sehingga terlalu masak kerana cara ini secara tidak langsung telah mengurangkan khasiat semula jadi sayur itu tadi. Lain orang, lain cara. Tetapi, inilah caraku. Cara kita berbeza.

Yang paling penting, memasak biarlah ikut selera masing-masing untuk mengelakkan risiko makanan berhijrah ke tong sampah.Membazir amalan syaitan. Oleh itu, jangan membazir.

Setelah siap menggoreng bahan-bahan itu tadi dengan goreng-goreng manja kerana sayur berwarna hijau tidak perlu terlalu masak, maka, masuklah nasi yang telah ditanak tadi.

Dengan ini, terhasillah nasi goreng perahsia hati sebab saya yang masak. Jika anda yang masak, ubahlah perahsia hati kepada nama anda. Tidak salah sekiranya anda mahu menggunakan nama saya, maklumlah nama antarabangsa. Perasannya perahsia hati, kan rakan-rakan? Bergurau jenaka itu petua awat muda.



Inilah dia nasi goreng perahsia hati.




Bukan apa, gambar dekat atas tu macam sedikit. Tetapi, yang bawah ini nampak banyak pula. Ilusi kamera dan sudut mengambil gambar yang berbeza menghasilkan gambar yang dari sedikit menjadi banyak. Selain itu, sambil memasak amalkan selawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. InsyaAllah, keberkatan itu pasti ada.




Setelah dihidang ke dalam pinggan, untuk di makan seorang diri. Sedapnya. Sebenarnya, nasi goreng ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya yang langsung tidak pedas tetapi sedap. Cubalah sekiranya anda mahu masak untuk anak-anak anda mahupun bakal anak-anak anda pada masa akan datang. Telur goreng yang tidak kelihatan garing kerana menggunakan alatan menanak nasi. Harap maklum.




Lebih enak lagi dinikmati bersama air ChocCafe. Nama mahu yang komersial sahaja, bukan? Mari kita lihat apa bahan rahsia untuk membuat air ini.




Inilah dua merpati sejoli yang bergabung membentuk rasa yang mantap. Sedap tahu? Tersangat sedap. Marilah mencuba. Usaha tangga kejayaan. Tidak buat, tidak tahu kemahiran kita memasak. Tidak begitu?



Terima kasih kerana membaca. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan seperti saya, pastikan anda mempunyai kiub pati ayam Knorr. Inilah senjata utama sebelum berperang ke medan masakan.

Saya bukanlah seorang yang mahir memasak, tetapi antara masakan yang sama rasa dengan mak saya adalah kari. Kari merupakan makanan kegemaran saya.

Untuk makluman, saya memasak ikut kata hati. Kerana kadangkala, hati kita tidak tahu penipu kita, sang punya hati tersebut.

Untuk anda, hati-hati dengan kata hati. Kerana itu merupakan indicator atau petunjuk bagi kita dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa yang ingin menjadi yang luar biasa.

Assalamualaikum dan selamat menjamu selera.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.