Monday, March 26, 2012

SIRI 4 : SERATUS MARKAH !

*Yahoo*


Sambil menikmati hidangan petang, kelihatan si anak dan si bapa berbual-bual di halaman rumah yang dihiasi dengan persekitaran yang menenangkan. Mari ikuti perbualan mereka.



Umairah: Abah, Kak Long dah buat keputusan. Tetapi ada satu syarat. Kak Long dah minta tolong Angah untuk siasat latar peribadi bakal imam Kak Long tu. Boleh ke, abah?

Abah: Kan abah dah cakap dulu. Abah serahkan keputusan tu untuk Kak Long. Kak Long berhak untuk pilih siapa yang layak ke atas cinta Kak Long tu. Dan kalau boleh, abah harap ini keputusan yang terbaik untuk Kak Long. Abah sayang dengan anak-anak abah. Tak terucap dengan kata-kata. Ha, fasal Angah tu mengapa pula?

Umairah: Kak Long nak minta Angah rapat dengan dia. Lihat bagaimana peribadinya dan cara dia menjaga agamanya. Boleh kan abah?

Abah: Ikut suka hati Kak Long lah. Dan yang paling utama, batasan kena jaga.

Umairah: Baik, abah. Lagipun, Angah yang akan siasat. InsyaAllah, Kak Long tak masuk campur pun. Apatah lagi untuk berjumpa dengan dia.

Abah: Ni abah nak bagitahu, dia tu Ustaz dekat sekolah abah. Dia bagitahu abah yang dia berkenan dengan anak abah ni. Abah pun pelik macam mana dia boleh kenal anak kesayangan abah ni. Tapi, tak mustahil, cinta itu kan subjektif. Tak pernah jumpa dan lihat wajah pun boleh jatuh cinta. Amboi, merah pulak wajah anak manja abah ni.

Umairah: Abah ni ada-ada je nak usik Umairah. Tapi kan abah, cinta tu kan macam 'magic'. Tiada sebab untuk jatuh ke dalam anugerah Allah yang tidak terhingga itu. Dan kalau boleh, Kak Long nak bakal suami yang macam abah. Sudah lah baik, dan paling penting manis tu ada. Patutlah arwah emak pun boleh cair.

Abah: Arwah emak Umairah dulu pun datuk yang kenalkan dekat abah. Cinta kami bukan kerana paras rupa tetapi berlandaskan restu ibu bapa dan abah pilih dia sebagai isteri kerana agama. Itulah keberkatan dan kebahagiaan yang tidak berbelah bahagi bagi abah. Arwah emak dulu pun malu-malu nak jumpa abah. Kali pertama kami jumpa masa akad nikah. Merah muka macam muka Umairah tadi lah.

Umairah: Abah, sudah-sudah lah usik Umairah. Tapi kan 'sweet' lah kenangan cinta abah dengan emak dulu. Hebatlah abah Umairah ni. Lelaki yang baik untuk gadis yang baik. Tidak begitu, abah?

Abah: Betul tu. Kita jaga akhlak kita dan agama kita kerana Allah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Itu riak namanya. Tidak baik. Abah harap anak abah mampu untuk menjaga maruah diri dan keluarga. Cinta itu fitrah. Tetapi, alangkah indahnya sekiranya kita bercinta mengikut syariat. Hati lapang, pahala pun dapat. Ni kenapa pula tersengih-sengih tiba-tiba ni? Umairah...Umairah...

Umairah: Bukan apa abah, kalau boleh, abah tolong lah tengok perwatakan dia juga. Jadi 'spy' macam Angah. Boleh, abah?

Abah: Hari-hari kat sekolah tu abah tengok dia. Akhlaknya dan cara pergaulannya memang bagus. Bukan abah nak puji tinggi melangit bakal menantu abah tu. Tapi, itulah perwatakan dia yang abah tahu sedikit sebanyak.

Umairah: Alhamdulillah. Kak Long harap itulah sikap sebenar dia. Kak Long sayang abah. Terima kasih abah sebab carikan jodoh yang terbaik untuk Kak Long.

Abah: Sama-sama. Bukan abah yang cari, tetapi dia yang berkenan dengan anak kesayangan abah ni. Abah ni sebagai orang tengah je. Abah nak anak abah gembira dengan jodoh yang ditentukan Allah ni. Berapa lama Kak Long nak siasat ni? Abah tak nak lama-lama, nanti abah berkebolehan jadi penyiasat persendirian pula.

Umairah: Abah ni. Kalau setahun?

Abah: Lamanya.

Umairah: Umairah melawak je lah abah.

Abah: Abah pun melawak juga.



Petang yang hening itu dihiasi dengan ketawa dua beranak tersebut. Jauh di sudut hati, Encik Muhammad berharap agar anaknya itu mampu mendapat kebahagiaan berlandaskan redha Ilahi dan dirinya sendiri sebagai ayah. Semoga hari esok mampu memberi sinar ketenteramam dalam diri anak kesayangannya itu.

SIRI 3 : SERATUS MARKAH !                                                             SIRI 5 : SERATUS MARKAH !

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: