Friday, March 9, 2012

MAAFKAN AKU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada anda, pembaca kerana masih lagi singgiah ke laman ini.

Ya. Kekangan masa dan kekontangan idea merajai diri ini. Bukan mudah untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Walaupun laman ini di buka hari-hari tetapi masih tiada isi.

Aku masih di sini. Masih mewarnai hari-hari ku dengan perkara yang biasa. Tiada apa yang luar biasa yang berlaku. Masih menanti jodoh yang di tentukan oleh Allah Ta'ala untukku. Duhai hati, bersabarlah. InsyaAllah, suatu hari yang pasti akan ada insan yang merajaimu. Tidak mengapa kini tiada sesiapa, mungkin esok lusa dan seterusnya jumpa si dia?

Tutup buku mengenai jodoh. Isu yang akan di panjang-panjangkan lagi dan lagi sehingga semua perkara mahu di ambil kira. Menjaga tepi kain sendiri dan orang lain perlu ada batasnya.

Laman ini sebenarnya adalah sebagai motivasi untuk aku menjadi yang lebih positif dari hari ke hari. Entah lah, aku tidak pasti ia akan menjadi. Tetapi, aku masih menambah baik nilai positif dalam diri.

Bercakap mengenai nilai positif, kalau aku sendiri yang positif, ada juga yang mengutuk belakang. Apa aku peduli? Cakaplah apa pun, yang pasti, aku maafkan kamu kerana kamu pastinya belum mengerti aku sepenuhnya dari segala sisi dan segi.

Maafkan aku sekiranya membuatkan anda ternanti-nanti akan nukilan baru. Cerpen juga terhenti di situ. Tidak berteman sirinya. Mungkin nanti ataupun pada hari yang tidak pasti akan ada sambungannya. Aku harap begitu supaya tidaklah seperti hangat-hangat tahi ayam, lama-lama sejuk juga. Boleh?

Maafkan aku hati, tubuh, emosi, minda dan segala-galanya kurniaan Ilahi ke atas ku ini. Hidup seperti tiada penyeri. Tetapi Al-Quran dan As-Sunnah tidak hanya bersendiri. InsyaAllah, selagi aku bergelar insan yang berfikiran waras memperjuangkan ajaran agama Allah ini, aku tidak akan sekali-kali meletakkan dua sumber utama itu di sudut yang tidak bertepi. Sentiasa di hati. Ingat Ilahi.

Buat kesekian kalinya, hanya ini yang bermukim di hati. Maafkan aku sekiranya anda menantikan tampalan yang sangat lazat, bernutrisi, dan berinformasi. Itu sahaja dari diri yang lemah ini.

Ketulusan hati: Pertama kali dengan panggilan aku. Terasa 'cool'. haha. Tidak salah penggunaan perkataan tersebut, bukan? Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: