Monday, March 19, 2012

" KETAWA KUAT, KETAWA ! "

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Angin bayu yang bertiup sesedap rasa mengindahkan lagi suasana di bumi Serdang ini setelah hujan melanda sebentar tadi. Saya pula baru pulang dari kampus utama.

Pada tampalan kali ini, saya kongsikan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Adab adalah perkara utama.

Kelihatan anak muda sedang bergelak ketawa di dalam bas. Kedengaran tahap desible yang tidak kurang tingginya. Secara tiba-tiba pemandu bas tersebut menegur,"Ketawa kuat, ketawa!".




*Yahoo*
Teguran yang berhemah melambangkan peribadi seseorang.



Sekumpulan anak muda yang bergelak ketawa tadi diam secara tiba-tiba. Malu barangkali.

Apabila berbicara mengenai adab dan tatasusila, sebagai seorang insan yang menegur haruslah memberi teguran secara lembut. Bukan dengan cara meninggikan suara!

Bukan apa, anak muda yang bergelak ketawa itu tadi pun tidak kurang tiada adabnya. Benarlah kata orang tua-tua dahulu, kalau mahu ketawa jangan kuat sangat, nanti dikhuatiri menangis pula selepas itu!

Perasaan yang terlalu gembira mahupun terlalu sedih akan menyebabkan rasional kita di tolak ke tepi.

Perasaan yang terlalu di layan akan menyebabkan kita tidak sedar apa yang kita lakukan.

Maka, bersedang-sedanglah dalam setiap perkara. Keserhanaan itulah kesempurnaan. Tidak perlu menunjuk-nunjuk perasaan anda di khalayak.

Remaja kini kurang adabnya. Memang bukan semua tetapi segelintir. Jikalau dahulu si gadis adalah sangat pemalu, tetapi kini apabila mahu bersembang pun boleh kedengaran semua perkara. Cakap kuat sangat!

Wahai para gadis, kawallah suara anda. Bukan semua kisah anda ada insan mahu tahu. Tunjukkanlah sifat pemalu anda. Malu yang ada logik dan kena pada tempatnya.

Kalau kita tidak suka sesuatu perkara orang lakukan pada kita, maka jangan lakukan perkara tersebut kepada orang lain.

Adab saling menghormati insan lain itu perlu,
Barulah hidup aman selalu.

Yang tua menegur yang muda secara berhemah, yang muda terima teguran dengan seadanya.

Dalam bab memberi teguran, kita rujuk pula sikap Nabi Muhammad S.A.W, bagaimana baginda memberi teguran secara berhemah dan lemah-lembut. InsyaAllah, insan yang bakal anda tegur itu pun tidak lah sakit hati dengan teguran anda. Tidak perlu menengking, jauh sekali membentak-bentak.

Jauhi sifat mazmumah dan rapatkan diri dengan sifat mahmudah! Selamat beramal.

Terima kasih kerana membaca.

Ketulusan hati: Cerpen seratus markah masih dalam perancangan lagi. InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya kongsikan bersama anda. Projek PITA masih lagi dalam proses. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini, perbaikilah akhlaknya dan kuatkanlah dia di landasan iman dan Islam. Amin ya rabbal'alamin.


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: