Friday, March 23, 2012

DIA JEJAKA SOLEH ITU


*Yahoo*
Indahnya jejaka itu dengan pakaian akhlaknya terpelihara.



Pandangannya di jaga,
Akhlaknya terpelihara,
Dialah si soleh itu.

Pergaulannya dibatasi,
Takut disalaherti,
Bukan kerana manusiawi,
Tetapi takutkan Ilahi.

Si soleh itu,
Solatnya terpelihara rapi,
Senyumannya sentiasa menghiasi pipi,
Lidahnya menuturkan perkara yang baik sekali.

Si soleh itu,
Menjaga aurahnya,
Mengalunkan azan yang tidak terperi indah alunannya,
Begitu juga indah tutur bicaranya.

Wahai si soleh,
Teruskan dengan keindahan akhlakmu itu,
Kerana aku ingin menjadi peminat dalam diammu yang satu.

Dialah si soleh itu,
Yang ku lihat perwatakannya,
Tanpa ku kenali sikap sebenarnya,
Tetapi hatiku terpaut padanya,
Bagaimana ingin ku cari solusinya?


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: