Sunday, March 4, 2012

BELUM KU TEMU

*Yahoo*
Perkahwinan mendambakan kesabaran dan tolak ansur yang tiada tolok bandingnya. Bersediakah anda bagi yang masih sendiri?



Entah. Aku pun tak pasti mengapa perasaan gusar ini datang lagi. Gusar melihat teman-teman di sisi sudah pun ada peneman hidup mereka. Ya, hatiku masih lagi kosong tidak berpenghuni yang istimewa di sanubari. Fikiran Aishah menerawang ke alam yang kosong dan kelam. Penat memikirkan masa hadapan yang tiada insan yang bertakhta di sudut istimewa itu.

"Aishah, buat apa tu. Termenung je dari tadi. Ada masalah ke?" Umairah, sahabat baik yang seringkali berada di sisi, manakan tidak rakan sebilik.

"Berfikir mengenai pasangan hidup. Cemburu juga apabila melihat kebanyakan rakan-rakan saya yang sudah bernikah," Aishah meluahkan kata hatinya.

"Habis tu Umairah ni sudah bernikah? Umairah pun kawan Aishah juga, kan?" Umairah menyoal.

"Bukan itu maksud Aishah," Aishah menyatakan.

"Aishah, berserah pada Allah. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Hidup ini banyak yang perlu kita fikirkan. Umairah akui salah satunya peneman hidup. InsyaAllah, akan ada jejaka yang bakal bermukim di dalam hati sanubari Aishah satu hari nanti," Umairah menasihati.

"Terima kasih Umairah atas nasihat tersebut. Saya doakan yang terbaik untuk kita berdua dan juga untuk semua muslimah yang masih bersendiri agar Allah Ta'ala menjaga maruah mereka," kata Aishah.

"Amin ya rabbal'alamin. InsyaAllah, kita berdoa bersama tau," balas Umairah.



***************************************************************************************


Saya pasti ramai di antara kita yang masih tidak dipertemukan jodoh oleh Allah lagi. Jangan gusar. Berdoa dan terus-menerus mencari apa yang ingin di lengkapi. Allah sentiasa bersama kita. Perkahwinan merupakan tanggungjawab yang menuntun kesabaran yang tinggi dan emosi yang tidak berbelah bahagi.

Ya, mungkin kedengaran cemburu apabila melihat rakan-rakan sekeliling ada yang sudah bernikah ketika masih muda, ada yang sudah pun bertunang, ada yang sudah pun mempunyai pasangan dan merancang ke alam yang seterusnya, dan macam-macam lagi perhubungan.

Semua perhubungan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Jika kita salah seorang yang masih lagi tidak berteman, hal ini adalah normal selagi kita meminati jantina yang berlawanan dengan diri kita!

Lelaki dan wanita saling lengkap-melengkapi. Hakikat yang tidak dapat disangkal lagi. Perkahwinan yang menyatukan hati-hati ini memberi keberkatan dalam kehidupan.

Dekatkanlah diri dengan Allah Ta'ala. InsyaAllah, kekosongan hati itu akan dapat di atasi. Jangan mudah berputus asa mengenai hal jodoh.

Apa yang paling penting adalah persiapkan diri agar kita bersedia di dalam perhubungan perkahwinan kelak. Persiapkan dengan ilmu rumahtangga, pengawalan emosi, ibadah, kewangan, dan hal-hal yang sewajarnya agar kita akan menjadi insan yang benar-benar bersedia apabila waktu bersejarah itu menjelma.

Cemburu itu perlu tetapi tidaklah terlalu menonjol membiarkan emosi yang mengambil alih pengawalan minda. Positif sentiasa. Allah lambatkan jodoh kita untuk menyedarkan kita akan tanggungjawab yang bakal di sandang kelak.

Untuk lebih menarik, biarkan rasa cinta itu membuak-buak apabila kita berada di landasan perkahwinan yang halal tersebut. Apa yang perlu di utamakan kini adalah fokus dengan apa yang anda lakukan sekarang.

Niatkan segala macam pekerjaan anda kerana Allah. Beribadah kerana Allah.

Buat rakan-rakan yang masih sendiri, jaga diri, jaga peribadi dan jaga ibadah. Persipakalah diri dengan apa yang yang sepatutnya selagi ada masa sebelum jodoh dipertemuka kepada anda dengan kehendak Allah Ta'ala. Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar. Kerana sabar itu separuh dari iman.

Ketulusan hati: Sebenarnya, peristiwa penulisan ini adalah rentetan dari sebuah rancangan dari televisyen yang memaparkan tajuk "Dilema Kahwin Lambat". Perkahwinan dalam jangka masa cepat atau lambat bukan isu utama tetapi kita adalah isunya. Bersedia kah kita berkongsi seluruh kehidupan bersama si dia? Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: