Thursday, March 8, 2012

AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH

*Yahoo*
Malam, keheninganmu ku damba. Keindahanmu dan ketenanganmu membantu hamba Allah ini untuk turut beribadah kepada PenciptaNya.


  
Malam ini terasa hening sekali. Mungkin kerana hujan lebat yang turun membasahi bumi telah pun reda sebentar tadi.

Kedengaran tangisan kecil di bilik yang terletak di aras lima tersebut. Tangisan yang cuba di tahan kadar desiblenya kepada kadar yang paling rendah. Tetapi, tangisan itu tetap di dengari di corong telinga Husna.

Perlahan-lahan Husna mendekati Hidayah yang sedang melayan tangisan seorang diri.

"Hidayah, kenapa ni? Ada perkara yang nak kongsi dengan Husna ke?" Husna menyoal.

"Husna...." Hidayah memeluk Husna.

"Hidayah, kenapa ni. Macam ni lah. Sekiranya tangisan tu dapat mengurangkan kesedihan Hidayah, menangis lah. Kita manusia yang Allah anugerahkan kita dengan perasaan. Lepaskan lah apa yang terbuku tu," Husna menasihati.

"Husna, Hidayah tak tahu nak cerita macam mana. Tapi, Hidayah sedih sangat," Hidayah menyatakan kesedihannya.

"Hidayah, tak mengapa lah kalau Hidayah nak mahu cerita dengan Husna. Tapi, sekiranya Hidayah mahukan khidmat Husna sebagai seorang pendengar, InsyaAllah Husna sanggup dengar masalah Hidayah bila-bila masa sahaja," Husna menerangkan niat di hatinya.

"Terima kasih Husna. Sebenarnya, tadi Hidayah dapat tahu dari 'boyfriend' Hidayah yang mak dia dah carikan jodoh untuk dia. Itu lah sebab Hidayah menangis tadi," Hidayah menyatakan sebab kesediohan dirinya.

"Hidayah, Husna sayang sangat dengan Husna. Kalau boleh, semoga ikatan persabatan kita berkekalan sehingga ke Jannah Allah. Hidayah, tahu kan?" Husna membalas.

"Hidayah tahu Husna sayang dengan Hidayah. Tetapi, apa kaitan sayang itu dengan masalah Hidayah ni?" Hidayah membalas.

Dengan senyuman yang terukir di sudut bibir Husna, dia menerangkan kaitan sayang dan masalah yang di alami oleh Hidayah itu.

"Kita berbalik dalam ajaran agama kita. Agama Islam. Tak ada istilah 'boyfriend' , mahupun istilah berkasih sayang berlainan jantina yang bukan muhrim yang lain selain perkahwinan. Sebagai seorang sahabat, Husna tidak mahu Hidayah terus hanyut dalam ikatan yang banyak membawa Hidayah ke dalam daerah kemaksiatan. Dengan bekalan kasih sayang dari Husna ni, Husna harap Hidayah tabah menghadapi ujian Allah dan teruskan kehidupan. Bercinta tak salah, tetapi bercinta sebelum nikah yang salah. Salah kerana cara pembawakan alam percintaan itu. Antaranya, keluar berdua-duaan tanpa ditemani dengan mahram, mesej yang menghayutkan perasaan cinta yang tak sepatutnya, panggilan yang boleh meransang hati ke alam kemaksiatan dan sebagainya. Husna harap Hidayah dapat lupakan 'boyfriend' Hidayah tu. Dia pun melakukan tanggungjawab dia sebagai seorang anak yang wajib mendengar perintah ibu bapanya selagi tidak salah dengan ajaran Islam," Panjang lebar nasihat yang diberikan oleh Husna kepada Hidayah.

"Terima kasih Husna," Hidayah membalas.

"Sudah jangan sedih-sedih lagi. Lebih baik kita fokus dengan pelajaran dulu. Balas jasa ibu bapa. InsyaAllah, Allah akan memudahkan urusan anak yang menyenangkan hati orang tuanya," Nasihat Husna lagi.

"Hidayah sayang Husna," Hidayah mengeratkan pelukannya dengan Husna.


************************************************************************************


Aku mencintaimu kerana Allah.

Ungkapan yang datang dari hati yang ikhlas pasti akan memberi ketenangan kepada si pelantun ungkapan tersebut dan si penerima ungkapan itu.

Cinta antara lelaki dan wanita, cinta antara ibu bapa dan anak, cinta antara sahabat dan cinta yang seangkatan dengannya.

Bercinta memang mudah. Tetapi, alangkah lebih indah sekiranya cinta tersebut di sulamkan kerana Allah. Cinta kerana Allah membawa keberkatan.

Sekiranya kita menanamkan perasaan sesuatu perhubungan itu kerana Allah, InsyaAllah perhubungan yang terbina akan berkekalan hendaknya. Selain itu, cinta kerana Allah akan membuat seseorang itu untuk mengelakkan diri dari bercinta ke arah kemaksiatan.

Kepada jejaka dan gadis sekalian, simpan lah rasa cinta anda sebaik-baiknya selagi belum tiba masanya. Kepada sang gadis, cinta anda adalah milik mutlak suami anda kelak dan begitu juga buat sang jejaka.

Indahnya perkara cinta dan mencintai. Ramai yang hanyut kerananya. Tetapi, sebagai seorang Muslim ataupun Muslimah, batasi lah pergaulan anda. Akhlak itu adalah pakaian kita. Akhlak mencerminkan sisi anda.

Maka, perbaiki akhlak kita dari masa ke masa. Tiada manusia yang sempurna tetapi kita boleh mendidik diri kita ke arah kesempurnaan itu.

Manja kita adalah untuk hubungan yang halal. Sebelum melangkah ke alam pernikahan, tegaslah menjaga akhlak anda. Jangan biarkan nafsu menguasai pelosok sanubari dan fikiran anda.

Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: