Saturday, February 18, 2012

TAMPALAN YANG KE DUA RATUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda di kurniakan kesihatan yang baik oleh Allah Ta'ala untuk hari ini dan hari-hari mendatang dalam hidup anda.

Hidup mesti ceria selalu walaupun kadangkala keceriaan itu belum tentu datang selalu.

Sedar tidak sedar coretan saya sudah pun sampai ke tampalan yang ke dua ratus! Terasa cepat masa berlalu.

Pada tampalan kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda sebab musabab saya menceburi diri dalam bidang blogging ini. Bukan menceburi diri dalam bidang seni tanah air sahaja, tahu? Blogging juga merupakan salah satu bidang juga.



*Yahoo*
Mari kita memeriahkan industri blogging!



Salah satu sebab saya menjadi blogger adalah kerana saya ingin mencoret. Ya, mencoret mengenai isi hati, alam sekitar, masyarakat sekeliling, dan juga apa sahaja yang saya rasakan saya ingin kongsikan di sini.

Banyak kenangan di sini untuk saya meluahkan perasaan yang kadangkala kelihatan gila-gila, nakal, jatuh, dan bangun saya dalam kehidupan!

Manusia tidak tetap berada di dalam situasi yang sama sahaja. Allah Ta'ala akan menguji umat yang di sayangiNya kerana Dia tahu umatNya itu mampu untuk mengharungi dugaan tersebut!

Sebelum saya mempunyai laman ini sendiri, saya adalah seorang pembaca blog yang tegar. Hakikatnya, saya suka membaca! Banyak pengalaman dan kisah hidup insan lain yang dapat saya belajar dan membuatkan saya menghargai apa yang ada dalam kehidupan saya.



*Yahoo*
Bestnya blog dia! Kini, saya pun ada blog sendiri.



Coretlah apa yang ingin di coretkan, tetapi, perlulah ada batasannya.

Dahulu, saya dapat rasakan ketelusan dan ketulusan bidang ini. Kini, tidak lagi.

Sebagai seorang pembaca, kita perlu bijak menilai penulisan yang baik dan sebaliknya. Jauhi spekulasi dan memburuk-burukkan insan lain.

Adalah lebih baik sekiranya kita mencoretkan perkara baik dan doakan perubahan insan yang menganiaya kita. InsyaAllah, doa kita akan di makbulkan. Ingat, doa itu merupakan senjata orang mukmin.




*Yahoo*
Saya kini blogger sampingan!


Sekian sahaja laporan dari saya, perahsia hati.

Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: