Friday, February 24, 2012

SIRI 1 : SERATUS MARKAH !


*Yahoo*
Cinta dan manusia tidak dapat dipisahkan. Pengurusan yang sewajarnya perlu ada untuk mengoptimumkan kebenaran cinta mengikut syariat yang dibenarkan oleh ajaran Islam.


Petang itu, sehening seperti waktu pagi kebiasaanya. Petang, sedikit bahang memeriahkan suasana jika dibandingkan matahari yang baru naik di waktu pagi. Alhamdulillah, petang masih ada di bumi Malaysia.

Perkara yang diberitahu oleh Abah pada malam tadi, masih terngiang-ngiang lagi di bibir telinga.

Abah: Kak Long, abah nak cakap sikit. Duduk lah.

Umairah: Sekejap ye, abah. Sebenarnya, Kak Long tak solat lagi. Nanti, lepas Kak Long solat, Kak Long terus duduk dekat abah ye.

Abah: Kak Long, Kak Long, kenapa lengahkan solat? Rasanya abah dah sejam dah balik dari surau tadi. Dah, pergi solat!

Umairah: Maaf, abah. Kak Long janji tak buat lagi. Tadi ghalit tengok cerita kat televisyen tadi.

Abah: Dah, pergi minta maaf dekat Allah sekali!

Tegas abah, tiada siapa yang berani lawan. Tegas yang benar, bukan hanya mencari kesalahan.

Seusai solat Isya', Umairah menghidangkah sedikit keropok ikan yang telah digorengkan petang tadi bersama teh panas. Malam yang hening dan mengasyikkan, ditambah dengan hidangan yang enak pastinya menjadi impian ketika duduk bersantai.

Umairah: Abah, jemput makan. Maaf, abah. Lambat tadi.

Abah: Terima kasih. Rajin anak abah. Tak mengapa lambat. Mengadap Allah, kan? Kak Long, ingat pesan abah, lain kali, solat di awal waktu. Besar ganjarannya.

Umairah: Baiklah, abah. Kak Long akan ingat pesan abah sampai bila-bila.

Malam yang indah menemani dua beranak itu tadi. Duduk di beranda di temani angin yang bertiup dengan manja, oh indahnya.

Abah: Kak Long, kenapa tak ajak Angah sekali?

Umairah: Angah cakap, dia nak habiskan kerja sekolah dahulu. Abah ada apa-apa yang penting ke nak cakap? Kak Long tengok, abah macam ada yang tak kena je?

Abah: Abah dah jumpa seorang nakhoda yang sesuai untuk Kak Long. Abah harap, Kak Long tak tolak permintaan abah kali ni.

Umairah: Abah, kapal apa yang di bawa? Berlayar dekat mana?

Abah: Ish, ke situ pulak Kak Long ni. Abah dah jumpa calon menantu yang sesuai untuk abah. Yang penting, abah yakin dia mampu untuk bimbing anak abah ni.

Uzair: Kak Long dah nak kahwin?

Secara tiba-tiba Angah menyampuk. Angah,bukan tak tahu, makanan, sukar di tolak. Dah siap kerja sekolah dah la tu. Bakal mendapat kesemuanya 'A' dalam SPM, itu azamnya.

Abah: Angah, terkejut abah di buatnya! Pasang telinga dari tadi ke? Tak baik tau.

Umairah: Angah ni, ada je. Telinga lintah sungguh.

Uzair: Angah minta maaf, abah, Kak Long. Bukan apa tak sabar-sabar nak ada abang ipar.

Perbualan yang bakal mengubah masa hadapan Umairah. Bukan dia tidak mahu bersuami dan mendirikan rumahtangga, tetapi, masih belum bersedia.

Uzair: Kak Long, kenapa termenung pulak  ni. Jom terus kan jogging ni. Banyak masa lagi yang abah bagi untuk Kak Long fikirkan perkara semalam.

Ish, Uzair ni. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran ni.

Uzair: Tu mengata Angah lah tu. Walaupun dalam hati, tak baik tau!

Umairah: Kak Long minta maaf, okay. Tak terniat pun.

Uzair: Angah sengaja je usik Kak Long. Tak sabarnya nak ada abang ipar.

Umairah: Angah...

Dua beradik itu meneruskan larian di padang, sementara Umairah ingin melupakan seketika apa yang membelenggu fikirannya.

                                                                                                                SIRI 2 : SERATUS MARKAH!


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: