Friday, February 24, 2012

REALITI VERSUS FANTASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semaga hari Jumaat pada hari ini memberi seribu satu keberkatan dalam kehidupan kita semua hendaknya. InsyaAllah.

Berbicara mengenai fantasi sememangnya indah. Keindahan untuk menggambarkan kemanisan dalam setiap inci kehidupan.

Tetapi, tidak semua insan hidupnya di selubungi keindahan semata-mata. Malahan, kemanisan itu akan muncul pada waktu yang kita sendiri tidak jangka. Jangka apa yang di jangka dan jangka di luar jangkaan.




*Yahoo*
Kemanisan gula-gula pastinya tidak dapat di sangkal lagi. Tetapi, untuk mengekalkan kemanisan dalam perhubungan, usaha itu pasti ada setiap masa.




Kahwin muda. Kian menjadi isu sejak kebelakangan ini. Ya, tidak dinafikan kebaikan yang tersirat mahupun yang tersurat yang terdapat dalam keberkatan perhubungan perkahwinan itu tadi.

Tetapi, yang memusykilkan adalah fantasi yang menceritakan keindahan itu menjadi-jadi mengalahkan realiti. Kehidupan ini ada masanya jatuh dan ada kalanya bangun. Bersemangat!

Antara drama yang kian mendapat tempat di hati para remaja di luar sana dan tidak lupa juga insan yang sudah dewasa di sini pastinya Vanila Coklat.

Drama yang memaparkan kehidupan alam runahtangga yang pada asalnya benci menjadi cinta. Dan apabila cinta itu bertaut, maka datanglah ranjau dan onak duri dalam kehidupan.

Biasalah, kehidupan ini tidak seindah fantasi yang menjadi impian.

Mahu bahagia, petik jari, dapat.
Mahu kaya, hidup senang, petik jari, dapat.
Mahu rumah besar, luas, petik jari, dapat.

Itu lah keindahan fantasi!

Realiti kehidupan ini, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sesuatu. Mungkin ada yang bertuah di luar sana yang mempunyai ibu bapa yang kaya raya. Tetapi, kaya raya itu perlu juga usahanya. Usaha untuk mengekalkan kekayaan itu. Bukan hanya perlu duduk dan goyang kaki sahaja menunggu kekayaan datang bergolek memasuki akaun bank!

Itu lah realiti yang kita sendiri dapat lihat kebenarannya. Tetapi, akal kita hanya inginkan fantasi sahaja.

Misalnya, dalam asyik memilih buku cerita ataupun novel yang terdapat di pasaran, salah satu faktor yang menyumbang kepada pemilihan novel tersebut adalah pengakhiran cerita.

Jarang penulis mencoretkan pengakhiran yang sedih mahupun kisah cinta yang tergantung!

Kerana apa? Kerana kegemaran untuk menghayati kisah itu tadi adalah berdasarkan pengakhiran! Bukan kerana plot yang dipersembahkan. Bukan kerana gaya bahasa dan nilai moral yang diketengahkan.

Hidup tidak seindah fantasi yang pengakhiran kisahnya wajib berteman kegembiraan. Hidup adalah pentas untuk kita layarkan fikiran kita dan bertindak sewajarnya untuk masa hadapan. Dan sesekali kita perlu pandang ke belakang untuk melihat bagaimana perjalanan kisah hidup kita selama ini.

Yang baik di jadikan tauladan dan sebaliknya di jadikan sempadan.

Kahwin muda tidak salah. Tetapi, perlu ikut kemampuan. Fikirkan masa hadapan secara serius kerana sekali anda terlibat ke kancah perkahwinan ianya bukan untuk proses cubaan sama ada gagal atau lulus.

Perkahwinan itu adalah praktikal dengan mengaplikasikan apa yang kita ada dari segi ilmu agama dan perasaan yang matang untuk menempuhinya. Bukan sekadar suka-suka.

Kepada yang masih belum berkemampuan untuk berumahtangga, sediakan dahulu keperluan untuk diri sendiri dan ibu bapa.

Apabila sudah merasakan diricukup bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga, dipersilakan.

Dipersilakan, setelah ibu bapa kita sendiri yakin akan diri kita. Punyai ilmu yang mantap di dada untuk diaplikasi dengan pantas apabila dugaan datang di hadapan mata.

Balas jasa ibu bapa dan gembirakan mereka dahulu sebelum kita mempunyai teman di sisi untuk melengkapkan kegembiraan kita juga. Usah bersedih jikalau anda inginkan perkahwinan di usia muda tetapi mendapat tentangan ibu bapa anda kerana mereka pastinya tahu apa yang terbaik untuk anda.

Kegembiraan kita adalah kegembiraan ibu bapa kita juga. Belajar dan habiskan proses itu dahulu, dapatkan kerjaya yang stabil untuk ibu bapa, gembirakan mereka selagi hayat mereka masih ada, dan dapatkan persetujuan mereka sebagai restu untuk kita melangkah ke alam rumahtangga dengan penuh keberkatan oleh Allah Yang Esa setelah restu dari ibu bapa itu kita punya.



*Yahoo*
Perbaiki kecantikan dalaman dan luaran sebelum melangkah ke alam yang satu itu. Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat untuk mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang tersebut.



Ketulusan hati: Jangan terlalu mencari kesempurnaan tetapi sempurnakanlah diri kita dahulu sebelum mencari kesempurnaan dalam diri insan lain. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: