Sunday, February 12, 2012

BIHUN SUP


Assalamualaikum dan selamat malam.

Esok sudah pun bermulanya hari Isnin. Terasa cepat masa berlalu. Seperti baru terasa sebentar tadi makan bihun sup. ha...ha...

Berbalik kepada tampalan sebelum ini yang telah dinyatakan bahan-bahan yang perlu disediakan, bermulalah adegan memasak di dalam bilik.

Ingat memasak hanya boleh di lakukan di dapur sahaja? Oh, semestinya tidak!

Mudah sahaja untuk memasak bihun sup ini. Petik jari sahaja. Tetapi tangan perlu melakukan kerja lah. Jika tidak, dari mana mahu dapat hasilkan bihun sup. Tidak begitu?

Apakah langkah-langkah yang dikatakan mudah untuk membuat bihun sup itu wahai penulis yang baik hati?

Baiklah, terima kasih kerana membungakan hati saya. ha...ha...

Langkah pertama adalah langkah berhati-hati.

Ya lah, sekiranya tidak berhati-hati di khuatiri bakal tersadung kaki ketika berjalan, terhiris sembilu, eh bukan, terhiris jari-jemari yang halus ketika menggunakan pisau.

Tidak begitu?




Pertama sekali, sediakan bihun sebelum hujan.



Apa kena-mengena bihun dengan hujan? Eh, sediakan bihun yang telah di lembutkan hatinya dengan air panas.

Hati bihun boleh lah di lembutkan dengan air panas, hati manusia, bagaimana ya? Sudah lah mengarut wahai penulis.

Kelembutan bihun itu terpulang kepada selera masing-masing. Manusia seleranya lain-lain. Maka, terpulanglah kepada anda untuk menentukan tahap kelembutan bihun tersebut selari dengan kunyahan anda.




Hitam-hitam si tampuk manggis, sudahlah hitam tetap manis. Ewah, berpantun gitu. Inilah dia yang digelar sambal kicap cili padi.



Caranya mudah sahaja. Asalkan jangan hanya petik jari, sudah.

Potong cili padi mengikut tahap kemahiran anda. Mahu besar atau kecil, terserah.

Ikut selera masing-masing. Anda yang mahu makan, bukan?

Selepas itu, tambahkan kicap secukup rasa, seenak hati. Kata ikut selera kan?

Saya menggunakan kicap Jalen Lemak Manis. Sedap juga rasanya.

Rasa sambal kicap itu lah.




Kalau dah namanya pun bihun sup, kalau tidak ada supnya, manakan mahu ada bihun sup? Betul tidak?



Memasak itu mudah. Jangan jadikan ia sukar.

Untuk menghasilkan sup, pertama sekali potong bawang kecil, dan tumiskan bersama rempah sate. Sila rujuk tampalan sebelum ini untuk mengetahui apakah rempah sate ini. Tidak lupa, biarkan rempah sup tulang dan ayam menjadi peneman periuk nasi.

Tumis sehingga anda puas hati. Ikut selera anda lah.

Jangang sampai hangit pula ya. Tumis ala-ala manja gitu.

Setelah itu, masukkan air secukup isipadu dan biarkan ia memdidih.

Garam jangan di lupa sebagai pelengkap rasa. Ibarat rumahtangga yang ada asam garam. Lihat, betapa peri pentingnya garam itu. ha...ha...

Selepas itu, boleh lah di hidang sebelum sampai perut melalui proses kunyahan.

Sekian sahaja laporan masakan yang tidak seberapa dari saya.

Bihun sup santapan perut,
Malam pun sudah larut.

Terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum.


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: