Sunday, February 12, 2012

BERSANTAI DI HALAMAN RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah dinyatakan semalam, saya selamat menikmati nasi lemak di medan selera The Mines.

Eh, mahu makan nasi lemak pun coretkan di sini? Bukan begitu setelah sekian lama berkurung di dalam kolej dan hanya bersantai dan memasak hidangan sendiri, maka nasi lemak yang menjadi idaman kalbu telah pun selamat dijamah.

Alhamdulillah, hampir pukul 3.00 petang sebentar tadi saya dan rakan selamat sampai ke kolej.




Inilah makanan santapan perut untuk tengahari ini. Air gedegang (air tin itu sebenarnya).



Sejarah air gedegang bermula apabila duit kertas ataupun duit syiling sebanyak satu ringgit Malaysia yang di masukkan ke dalam mesin layan diri (vending machine) dan seterusnya memilih air yang ingin di pilih dan menekan suis air yang di pilih dan akhirnya keluarlah air yang di pilih itu tadi.

Tahniah kepada anda kerana membaca dengan hanya satu nafas sahaja! Tepuk tangan dalam hati. Dalam hati ada tangan, bukan dalam hati ada taman. he...he...

Bersambung semula kisah gedegang itu tadi. Dalam perjalanan air tin yang di pilih untuk sampai ke tempat yang sepatutnya ia mendarat sebelum sampai ke tangan si pembeli iaitu anda, maka terhasillah bunyi gedegang antara air tin itu dengan dinding mesin layan diri.

Maka, terhasillah sejarah air gedegang daripada saya. Percayalah! Di kolej saya, kami memanggil air ini dengan panggilan manja iaitu air gedegang.

Gedegang! Best tahu bunyi gedegang itu. he...he....

Sila cuba sekiranya tidak percaya! ha...ha... Ini ugutan manja namanya.



Apakah gambar ini? Oh, sudah pasti gambar makananlah! Apa lagi? Ada lagi, sebenarnya. Ada hubungkait antara gambar ini dan gambar di atas. Tidak percaya, sila kembali ke gambar di atas.



Mari saya perkenalkan anda dengan nama makanan di atas. Bukan nama saintifik, tahu? Nama komersial sahaja yang saya tahu. hu...hu...

Namanya "Chicken Pizza Bun". Negara asal ayam itu, tidak pula saya ketahui. Makanan tersebut berharga lima ringgit sembilan puluh sembilan sen ringgit Malaysia.

Senang kira, hampir enam ringgit Malaysia. Terdapat lima keping roti di dalamnya.

Bukan dalam ayam itu ada roti. Tetapi atas roti itu ada sosej ayam. Ada faham?

Setelah pengiraan di lakukan, sekeping roti itu berharga satu ringgit dua puluh sen ringgit Malaysia. Boleh lah untuk sesiapa yang menggemari hidangan lengkap penuh nutrisi tetapi malas untuk memasak sendiri. ha...ha...

Roti mengandungi karbohidrat, sosej ayam pula adalah protein, sayur campur itu membekalkan vitamin dan nutrien untuk tubuh badan dan sekali gus memudahkan proses pencernaan. Lengkap, bukan?



Iklan percuma apakah ini? Bahagian hadapan.



Bahagian belakang. Tidak tipu punya. Tiada niat untuk promosi sebenarnya.



Saya bukanlah agen jualan syarikat ini. Jauh sekali pelanggan rasmi. ha...ha...

Sudah saya nyatakan bahawa saya ke tempat membeli stok makanan, bukan? 

Maka, tidak sah sekiranya di tempat awam, promosi barangan diedarkan. Saya pun salah seorang yang mendapat risalah ini.

Sudahlah murah sepuluh ringgit Malaysia sahaja. Tetapi saya tiada hati untuk mendapatkan pakej istimewa ini.

Tertanya-tanya juga saya, mengapa tiada kedai muslimah yang menyediakan perkhidmatan yang sebegini rupa? Mungkin ada tetapi tidak dikomersialkan. hu...hu...

Apakah barangan yang dibeli untuk upacara masak memasak pada petang ini?

Jawapannya adalah ayam mentah dan cili padi sahaja. Barangan lain masih berbaki di dalam almari.

Maka, tidak baik membazir dan gunakan apa yang ada.




Teka-teki yang pertama. Apakah hidangan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan di atas? Teka-teki lah sangat, kan? Mencabar minda anda yang kreatif tak? he...he...



Teka-teki kedua. Apakah yang terdapat di dalam botol ini? Sudah semestinya bukan hantu dalam botol kicap. Disebabkan saya baik hati, jawapannya adalah rempah sate. Rakan saya yang bawakan dari rumah beliau. Kluang mari. ha...ha...



Menurutnya rempah sate itu boleh di perap bersama dengan daging ataupun ayam dan boleh menghasilkan sate.

Tetapi, manalah sesuai untuk memanggang sate di kolej ini. Bahan-bahan yang ada di dalam rempah ini antaranya adalah bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan sebagainya (kerana saya sendiri tidak tahu ramuan yang lengkap), dan tidak dilupakan bahan-bahan tersebut di kisar bersama minyak untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Maklumlah duduk di kolej mesti tahu erti hidup (survive bak kata orang putih).

Sudahkah anda mendapat jawapan untuk teka-teki pertama tadi?

Fikir, jangan tak fikir.



Jawapannya adalah lu fikirlah sendiri! Boleh? Oh, ini sekadar gurauan sepetang cuma. Jangan ambil hati. Ambil angin tidak mengapa.



Ada ayam, rempah sup tulang, bihun, cili padi dan rempah sate. Garam tidak dapat dikenalpasti kewujudannya. Nantilah saya minta kepada si tukang pinjam barang. ha...ha...

Jawapannya adalah bihun sup. Tahniah kepada yang berjaya menjawab teka-teki ini.

Sila nyatakan tekaan anda di ruangan komentar ya!

Pukul 6.00 petang nati, mahu mulakan aktiviti memasak. Kalau rajin adalah hasilnya. Tunggu...

Teka-teki ketiga. Halaman rindu? Apakah itu?




Tiket Filem Hantu Boceng yang hari itu. Hari yang bersantai bersama-sama adik-adik kesayangan.



Sebenarnya, semalam sewaktu mengemas kembali ke bilik asal, saya terjumpa tiket ini. Terimbaulah kembali kenangan lalu yang mengusik kalbu. Ayat romantis amat. ha...ha...




Ketulusan hati: Tahniah kepada yang meneka dengan tepat. Hadiahnya adalah senyuman ikhlas dari diri saya. Eh, bukan! Dari diri anda. Tetap mahukan hadiah? Baiklah. Sekarang pandang cermin dan senyum seikhlas hati selama satu minit. Itulah hadiah dari saya untuk anda. he...he... Manisnya senyuman anda. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: