Monday, February 20, 2012

ALIF LAM LAM HA, SIAPA AMBIL BERDOSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat malam!

Pada kali ini, saya kenalkan anda dengan label baru iaitu suatu detik baru. Suatu detik waktu merupakan simpanan kisah dahulu kala yang menjadi perbuatan anak-anak kecil pada detik dahulu.

Perkara yang mungkin tinggal kenangan kepada anda yang pernah melakukannya.



*Yahoo*
Alif, lam, lam, ha. Allah.



Adakah anda masih lagi mengingatinya?

Misalnya, anda meletakkan sesuatu benda di atas meja. Untuk mengelakkan orang lain yang pada waktu itu berada sekali bersama anda mengambilnya secara automatik terpancullah ayat mengeja "Alif, lam, lam ha. Siapa ambil berdosa,"

Maka, dengan rasa ketakutan kepada Allah pada masa itu, sahabat itu pun tidak akan mengambil benda tersebut. Lagi-lagi makanan ataupun permainan yang menjadi rebutan antara adik-beradik.

Semasa di makmal, saya mengusik rakan saya dengan menyebut ayat best tersebut.

Dia pun berkata yang sama. Sandarkan pada kenangan semasa kecil dahulu.

Mahu ketawa rasanya. Budak-budak masa itu. Akal pendek kata orang. Hanya tahu gembira sahaja.




*Yahoo*
Permainan sebuah keluarga. Ada yang menjadi, mak, ayah, anak lelaki dan anak perempuan. Lengkap satu keluarga.



Apakah keindahan menjadi kanak-kanak?

Pastinya, tidak perlu memikirkan apa yang terjadi dalam kehidupan ini.

Pergi sekolah waktu pagi, balik sekolah tengahari. Saya memang gemarkan alam persekolahan saya.

Sebabnya adalah sekolah merupakan tempat yang best, rakan-rakan yang best dan guru-guru yang best! Hanya memerlukan ketekunan menyiapkan kerja sekolah sahaja.

Bagaimana pula dengan anda? Pernah melafazkan ayat best tersebut?

Ketulusan hati: Rindunya zaman persekolahan. Tetapi, sebagai manusia, kita perlu brergerak ke hadapan menempuhi alam kehidupan. Jom kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: