Sunday, January 22, 2012

TANGGUNGJAWAB SEORANG ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian untuk anda dan juga ilmu untuk saya supaya kita bersama-sama saling berpesan-pesan ke arah kebenaran.

Sila saksikan dengan mata hati dan saya pasti akan ada pengajaran di dalam video ini.

Gabungan mantap dari Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal.








Semoga dengan video tersebut, kita bersama-sama mempersiapkan diri mempelajari ilmu untuk menguruskan ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang semasa ketiadaan mereka.

Manusia pasti akan mati. Tetapi, alangkah indahnya sekiranya anak yang menguruskan ibu bapa mereka sendiri sebelum ibu bapa mengadap Ilahi.

Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak yang tahu selok-belok menguruskan jenazah ibu bapa.

Bagi yang tidak tahu atau kurang ilmu mengenai pengurusan jenazah,bersama-samalah kita tuntut supaya kita dapat menguruskan jenazah ibu bapa kita kelak dengan sebaik-baik kaedah.

Bukan hanya baik tetapi terbaik. Perkhidmatan yang paling agung untuk ibu bapa kita sebelum sampai ke alam sana.

Tiada istilah terlambat dalam menuntut ilmu. Bersama-sama kita mempelajari ilmu Allah Ta'ala yang tidak akan pernah habis.

Untuk ibu bapa, sayangilah anak anda. Tegurlah anak anda tentang kesilapan mereka dan didiklah anak anda dengan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Islam itu indah. Tetapi, terlalu banyak remaja kini tersungkur dari laluan kebenaran itu.

Buat remaja di luar sana, walaupun anda terpesong jauh dari landasan Allah, ingatlah ibu bapa anda. Anda juga yang bakal menguruskan mereka kelak.

Konklusinya, marilah bersama-sama menuntut ilmu pengurusan jenazah agar kita dapat mempersiapkan diri untuk bertemu Allah dan berbakti kepada kedua ibu bapa kita.

Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: