Sunday, January 22, 2012

SEGMEN MASAK-MEMASAK BERSAMA PERAHSIA HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjalani hujung minggu yang menarik bersama keluarga tercinta dan pastinya selamat bercuti sehingga ke hari Selasa. Semoga dengan percutian selama empat hari yang ditaja oleh diri sendiri memberi manfaat yang baik untuk anda dan keluarga.

Pejam celik, pejam celik, terasa pantas masa berlalu. Semester lapan pun semakin menghampiri. 19 Februari pendaftaran kolej dibuka bagi kemasukan semester baru. Sedih untuk meninggalkan alam kampus.

Tetapi, hidup ini perlu positif. Kalau diturutkan kata hati, saya mahu melanjutkan pelajaran saya sehingga ke peringkat tertinggi. Itu kata hatilah.

Saya imbas kata akal pula. Nanti sekejap, saya imbas.

Saya perlu mempraktikkan ilmu yang saya dapat di alam kampus ini dahulu ke dalam bidang kerjaya. Membantu keluarga itu subjek utama.

Tidak mengapa. Untuk melanjutkan pelajaran, pada bila-bila masa sahaja, pasti akan ada peluang kerana menuntut ilmu biarkan sehingga ke liang lahat. Selagi masih bernafas di bumi Allah, selagi itulah peluang untuk menuntut ilmu pengetahuan itu masih ada. InsyaAllah.

Apa? Coretan saya tidak mencoretkan kisah mengenai tajuk di atas? Sabar. Kerana sabar itu separah daripada iman.

Disebabkan saya masih lagi di kampus, sedangkan cuti semester pun saya masih lagi di sini menguruskan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) saya, dan saya perlu mengeluarkan sebanyak empat ringgat Malaysia, untuk menyewa bilik di kolej bagi setiap satu hari, maka dengan ini, saya berkongsi rancangan masak-memasak bersama anda.

Memasak makanan yang mudah sahaja. Sebenarnya, di kolej tempat saya menginap di alam kampus, tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa barangan elektrik seperti alatan memasak nasi dan seterika. Tetapi, demi perjuangan perut yang perlu diisi sepanjang ketutupan kafeteria kolej, terpaksalah memasak makanan sendiri.

Bukan apa, kadangkala urusan PITA, memerlukan saya berada di makmal sehingga pukul lima petang. Pada masa itu, badan sudah penat untuk berjalan-jalan menikmati makanan di luar.

Dengan adanya kemudahan yang di bawa masuk secara sembunyi-sembunyi dari rumah, sekurang-kurangnya dapatlah saya dan rakan-rakan tolong-menolong dan bantu-membantu dalam acara memasak bersama rakan-rakan. Kan menarik? Tolong-menolong antara satu sama lain itu adalah amalan mulia. Tidak begitu?

Baiklah, kita mulakan rancangan kita dengan pengenalan bahan-bahan masakan. Kaedah memasak ini merupakan cara-cara yang ringkas dan sesuai untuk insan yang masih belum mempunyai pasangan hidup. Orang bujang lah, senang cerita.



Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah kiub pati ayam Knorr, telur, lobak merah, bawang kecil, kacang botol yang tiba-tiba tersesat tetapi tidak mengapa yang penting khasiatnya, kacang buncis dan ikan bilis. Tidak perlu garam kerana kiub pati ayam Knorr tersebut melengkapkan segala rasa. Kurangkan gula dan garam dalam masakan, tingkatkan prestasi kemahiran memasak tanpa mereka berdua. Eh?



Sambil memotong bahan- bahan di atas, masaklah nasi. Tetapi sebelum acara memotong, basuhlah semua bahan-bahan tersebut. Tidak lupa, beras juga memerlukan tindakan yang sama.

Setelah panaskan minyak secukupnya, maka masukkanlah bahan-bahan di atas sehingga agak masak.

Mengikut kaedah perahsia hati, jangan menggoreng sayur yang berwarna hijau sehingga terlalu masak kerana cara ini secara tidak langsung telah mengurangkan khasiat semula jadi sayur itu tadi. Lain orang, lain cara. Tetapi, inilah caraku. Cara kita berbeza.

Yang paling penting, memasak biarlah ikut selera masing-masing untuk mengelakkan risiko makanan berhijrah ke tong sampah.Membazir amalan syaitan. Oleh itu, jangan membazir.

Setelah siap menggoreng bahan-bahan itu tadi dengan goreng-goreng manja kerana sayur berwarna hijau tidak perlu terlalu masak, maka, masuklah nasi yang telah ditanak tadi.

Dengan ini, terhasillah nasi goreng perahsia hati sebab saya yang masak. Jika anda yang masak, ubahlah perahsia hati kepada nama anda. Tidak salah sekiranya anda mahu menggunakan nama saya, maklumlah nama antarabangsa. Perasannya perahsia hati, kan rakan-rakan? Bergurau jenaka itu petua awat muda.



Inilah dia nasi goreng perahsia hati.




Bukan apa, gambar dekat atas tu macam sedikit. Tetapi, yang bawah ini nampak banyak pula. Ilusi kamera dan sudut mengambil gambar yang berbeza menghasilkan gambar yang dari sedikit menjadi banyak. Selain itu, sambil memasak amalkan selawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. InsyaAllah, keberkatan itu pasti ada.




Setelah dihidang ke dalam pinggan, untuk di makan seorang diri. Sedapnya. Sebenarnya, nasi goreng ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya yang langsung tidak pedas tetapi sedap. Cubalah sekiranya anda mahu masak untuk anak-anak anda mahupun bakal anak-anak anda pada masa akan datang. Telur goreng yang tidak kelihatan garing kerana menggunakan alatan menanak nasi. Harap maklum.




Lebih enak lagi dinikmati bersama air ChocCafe. Nama mahu yang komersial sahaja, bukan? Mari kita lihat apa bahan rahsia untuk membuat air ini.




Inilah dua merpati sejoli yang bergabung membentuk rasa yang mantap. Sedap tahu? Tersangat sedap. Marilah mencuba. Usaha tangga kejayaan. Tidak buat, tidak tahu kemahiran kita memasak. Tidak begitu?



Terima kasih kerana membaca. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan seperti saya, pastikan anda mempunyai kiub pati ayam Knorr. Inilah senjata utama sebelum berperang ke medan masakan.

Saya bukanlah seorang yang mahir memasak, tetapi antara masakan yang sama rasa dengan mak saya adalah kari. Kari merupakan makanan kegemaran saya.

Untuk makluman, saya memasak ikut kata hati. Kerana kadangkala, hati kita tidak tahu penipu kita, sang punya hati tersebut.

Untuk anda, hati-hati dengan kata hati. Kerana itu merupakan indicator atau petunjuk bagi kita dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa yang ingin menjadi yang luar biasa.

Assalamualaikum dan selamat menjamu selera.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: