Monday, January 23, 2012

APABILA SIANG MENJELMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah pun Isnin. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana kita semua masih lagi diberi nikmat menghirup udara bumi pada hari ini.

Seperti yang telah dinyatakan semalam, hari ini siang telah pun selamat menjelang. Bukan hanya menjelang hari raya sahaja, tahu?

Saya kongsikan bersama anda gambar yang sama seperti semalam tetapi diambil pada waktu siang. Jom cuci pandangan. Bukan selalu kolej sunyi sebegini rupa.



Cantikkan? Hijau sahaja. Damai dan menenangkan. Untuk makluman, burung merpati akan bersiar-siar di padang ini juga. Waktu pagi dan petang biasanya. Nanti saya kongsikan bersama anda.




Pemandangan dari sebelah kanan melalui tingkap. Nampak tak atap biru itu? Bangunan biarlah rahsia, semalam. he...he...




Pandangan dari atas. Inilah tempat bergosip ataupun merenung insan yang sedang berlari-lari di trek. Tiada penghawa dingin mahupun kipas yang disediakan. Maka, waktu petang atau malam biasanya ada insan yang berkunjung ke sini.




Kubah hijau yang tidak kelihatan pada waktu malam. Inilah kawasan perumahan dalam kampus.



Kubah masjid universiti.




Disebabkan saya menggemari awan dan langit, inilah pemandangan yang cantik di mata saya. Senyum, tidak perlu kata apa-apa.




Pandangan dari sisi kiri. Bangunan fakulti saya. Bukan saya yang miliki, tetapi saya menuntut ilmu di sini.



Mengapa terdapat bukit yang digondol? Oh, itulah kawasan jirat Cina. Sudahlah kadangkala saya suka mengintai dari jendela kamar pada waktu malam. Fuh, semangat.




Kiosk yang ditutup. Tidaklah banyak makanan yang dijual di sini. Pada semester ini, hanya sekali sahaja saya berkunjung ke sini. Harga? Secara kesimpulan, agak mahal.




Kawasan perumahan yang mengingatkan saya kepada kawasan perumahan saya. Saya bukan taukeh, tetapi saya akan ke jawatan itu. Boleh? Boleh, selagi usaha yang bersungguh-sungguh untuk jaminan masa hadapan. Rezeki yang dicari dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil, semuanya dengan restu Allah Ta'ala.



Terima kasih kerana membaca. Tampalan ini untuk kenangan. Oh, tinggal satu semester lagi yang perlu diharungi dengan bersungguh-sungguh. Pemandangan dipotretkan dengan menggunakan kuasa sihir. Sila rujuk tampalan semalam untuk kefahaman yang lebih jelas.

Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: