Wednesday, January 25, 2012

APABILA AKU JATUH CINTA

Apabila aku jatuh cinta.

Adakah 'gedebuk' bunyinya?

Dup dap dup dap kah?

Serba tak kena?



*Yahoo*
Cinta itu indah. Yang paling indah, cinta halal dalam ikatan suci perkahwinan.




Apabila aku jatuh cinta.

Adakah minda mengawal perasaan?

Atau perasaan menimbus akal?

Logik akal entah ke mana?

Berterbangan di angkasa raya.



*Yahoo*
Apabila aku jatuh cinta, beginikah caraku?




Apabila aku jatuh cinta.

Perlukah dipertikaikah dengan siapa?

Hartanya?

Pangkatnya?




*Yahoo*
Sebaik-baik percintaan adalah kerana Allah Ta'ala. Bercinta selepas bernikah, itulah yang paling bagus sebenarnya.




Apabila aku jatuh cinta.

Tiada syarat dan perjanjian dunia.

Tiada sebab untukku berbuat demikian.

Kerana cinta itu tiada hadnya.

Kekurangan dan kelemahan kita saling lengkap-melengkapi.

Berlandaskan ajaran Islam yang suci murni.



*Yahoo*
Kalimah aku cinta kamu, bukan sekadar di pinggir bibir. Perlunya ia pengertian yang mendalam untukmu melunaskan janji kita bersama agar kita bercinta sehingga ke syurga Allah Ta'ala yang keindahannya tiada tara.



Apabila aku jatuh cinta.

Pimpinlah aku dengan cinta yang halal.

Bertemankan restu dari Ilahi.

Agar kita tidak akan terus hanyut dengan nikmat dunia yang tidak pasti.




*Yahoo*
Anda jatuh cinta? Mengadulah dengan Allah Ta'ala supaya diberi petunjuk bahawa dia adalah tercipta untuk kita. Istikharah dan istiqomah dengan ibadah, besar ganjaran ketenangan dari Ilahi.



Fenomena bercinta sebelum bernikah terlalu banyak.

Bercinta tidak salah. Ianya fitrah manusia.

Tetapi cara menyatakan cinta itu yang membuatkan saya terfikir bahawa remaja kini hanya mempermainkan ilmu yang mereka ketahui.

Bergambar berdua itu salah, tetapi masih diambil juga.

Sudahlah bergambar, ada adegan yang tidak sepatutnya.

Bukan mereka tidak tahu, tetapi cinta yang tidak halal itu membutakan hati dari menilai apa yang baik dan sebaliknya.

Diberi teguran, nanti dikatakan cemburu pula.

Setakat ini, hanya satu sahaja yang saya lakukan iaitu tidak menekan butang 'suka' terhadap gambar tersebut.

Kini, saya kongsikan satu pengalaman saya sendiri memberi teguran kepada rakan saya.

Saya bertanyakan fasal adegan suap-menyuap.



*Yahoo*
Menyuap bayi tidak mengapa, jangan menyuap pasangan yang bukan muhrim sudahlah.



Kata rakan saya, si kekasih gemar bermesra dengannya.

Saya bertanya "Pernah disuapkan?"

"Pernah," katanya.

Rakan saya menambah lagi "Tidak mengapa kerana menggunakan sudu"

Oh, selepas diberi teguran mengenai perkara tersebut tidak perlu, spontan wajah masam dipamerkan.




*Yahoo*
Wajah yang masam. Masam ke marah? Entahlah.



Wahai sahabat, saya menyayangimu.

Ketahuilah, sayang yang bukan hanya di dunia sahaja.

InsyaAllah, sekiranya kita bertemu di alam sana, ingin sekali ku mendakapmu.

Bersama-sama kita menjadi ahli syurga.




*Yahoo*
Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, jadikanlah si dia kekasihku yang halal dengan secepatnya agar hatiku tenang dan tidak lagha dengan maksiat hati.




Ya Allah,

Bukakanlah hati-hati kami dengan kebenaran.

Jauhkanlah hati kami dengan terlalu mengagung-agungkan kemaksiatan.


Ya Allah,

Kau berikanlah hidayahMu kepada kami,

Tegurlah kami sekiranya apa yang kami lakukan itu merupakan kemaksiatan.


Terima kasih kerana membaca.

Sedikit kisah yang berlaku dalam hidup saya tetapi terlalu banyak yang boleh diambil ikhtibar oleh kita semua.

Ketulusan hati: Idea yang datang tanpa diundang. Maka, jari-jemari menari-nari menukilkan apa yang dihajati. 

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: