Saturday, December 17, 2011

DEMI CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tampalan yang entah ke berapa hanya dalam masa sehari sahaja. Idea bukan datang menyerah diri secara selalu. Jadi, tampalan ini adalah untuk melunaskan rasa di hati.

Demi cinta. Tampalan ini dicoretkan ketika mendengar lagu Demi Cinta Suci dari In-Team. Eh, bukan, Unic lah. Pasti ada yang tersentap, maklumlah anda kan peminat nasyid.

Seperti berjanji pula. Tetapi lagu ini adalah terbaik dilayan di halwa telinga. Mahu lagu tersebut? Ya, saya kongsikan untuk anda. Silalah dengar dan hayati bait-bait kata di sebaliknya. Mahu karaoke pun boleh kerana memang versi karaoke pun.



Demi Cinta Suci oleh Unic.



Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.

Jangan serahkan seratus-peratus kepercayaan terhadap orang yang dicintai. Kerana apabila gagal dalam perhubungan, sakitnya tidaklah terlalu parah.

Cinta itu tidak salah, tetapi berpasangan yang tidak mempunyai ikatan yang halal, itu yang salah.

Segmen cinta, mungkin. Pada masa kini, di mana-mana sahaja, remaja tanpa segan-silu, berpegangan tangan dan melakukan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh insan yang belum menikah.

Pahit untuk ditelan. Tetapi inilah realiti yang berlaku di hadapan kita. Ibu bapa pula, ada segelintirnya yang terbuka minda membiarkan anak-anak untuk keluar berdua-duaan dengan kekasih hati. Tidak dinafikan, terdapat juga ibu bapa yang mengongkong anak-anak mereka dari perkara-perkara yang sebegini rupa. Tetapi, apabila ibu bapa tiada di hadapan mata, anak-anak yang dikongkong tadi, masih juga mrelakukan perkara yang dikekang tadi.

Untuk menyalahkan ibu bapa seratus-peratus adalah tidak wajar. Remaja kini, kelakuan mereka kadangkala di luar jangkaan. Hebat cara penipuan mereka selaras dengan cara didikan dari ibu bapa, pengaruh dari rakan-rakan dan juga insan sekeliling mereka.

Ya, sang penulis juga pernah remaja. Dan sekarang, masih remaja belia. Untuk makluman, belia, dikategorikan sebagai insan yang berumur kurang dari empat puluh tahun.

Terlalu sukar untuk mengubah nasib sesuatu kaum itu sendiri melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.

Sebagai seorang manusia biasa, hanya berpesan-pesan, nasihat secara berhemah yang boleh dilakukan. Bukan memberi nasihat dengan cara membentak-bentak ataupun ugutan untuk insan lain berubah dengan cepat. Berubah dengan hanya takutkan insan lain tidak ke mana jawabnya. Berubah kerana Allah Ta'ala besar ganjarannya. Ketenangan jiwa yang pasti.



*Yahoo*
Cinta tidak salah, tetapi insan yang merealisasikan cara bercinta itu yang perlukan definisi yang nyata. Cinta halal itu yang dicari, bukan sekadar pengisian hati, tetapi pengisian akhirat yang pasti.



*Yahoo*
Puisi cinta.



*Yahoo*
Cinta boleh membuatkan seseorang itu menjadi kanak-kanak semula. Tersenyum sendiri membaca ungkapan ini.



Cinta boleh membuatkan insan itu buta.

Buta hati kerana menyerahkan segala-galanya.

Buta mata kerana kebenaran yang sewajarnya dilindung oleh nafsu cinta yang entah apa-apa.

Buta akal kerana tidak tahu yang mana satu halal dan haram.

Buta minda kerana seringkali memikirkan si dia sepanjang masa.

Buta sebegini yang parah.

Kerana mereka pasti marah.

Diberi teguran tidak mahu terima.

Dikata dengki kerana tiada pengalaman cinta.

Entah apa-apa.

Tetapi, setelah tersungkur di jalan cinta, mula berakal semula.

Ya lah, selama bercinta kan buta?



*Yahoo*
Cinta membutakan segala-galanya.


Sang penulis memotretkan cinta yang haram di sisi agama. Cinta yang belum menikah. Cinta yang entah berapa jenis. Sesama jenis? Janggal bunyinya, bukan? Geli geleman.

Manusia yang dijadikan Allah adalah sesempurna ciptaan. Disebabkan nafsu yang terlalu diturutkan oleh akal (ya lah kan buta? ), cinta di bolehkan sahaja walau dengan siapa-siapa. Diserahkan jiwa dan raga segala.

Persetankan dengan naluri anda yang sesama jenis. Persetankan nafsu anda yang terlampau diturutkan dan kembalilah ke jalan Allah.

Cinta sejati, ajaran Islam dituruti.

Bahagia di hati, pasti dirasai.

Marah nampak, sang penulis? Oh, anda tidak dapat melihat saya, bukan? Oh, sekadar gurauan.

Sang penulis sekadar meluahkan apa yang terpamer di hadapan mata yang semestinya tidak dapat menyerang mereka secara berhadapan. Bosan melihat kerenah insan sekeliling yang miangnya lebih gatal dari miang buluh barangakali. Bosan, tahu? Tidak perlulah bermesra di kawasan awam. Orang sekeliling tidak pandang anda, mengutuk perbuatan anda adalah.



*Yahoo*
Janganlah buta ketika bercinta.



Pesanan khas dari sang penulis untuk anda, kawal marah. Paling mudah, palingkan wajah anda sekiranya adegan yang tidak sepatutnya di jadikan tayangan perdana secara percuma.

Cinta kerana Allah, itu lah hakikat cinta yang menenangkan hati. Bukan turutkan nafsu semata-mata. Tidak perlu menunjukkan cinta anda di tempat awam. Rasional ketika bercinta. Profesional pun bagus jaga.


Ketulusan hati: Bosan melihat pemandangan yang menyemakkan pandangan yang semakin berleluasa semenjak kebelakangan ini dan menjadi-jadi pula perangai remaja pada masa kini. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

MANUSIA BISA BERUBAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda ceria selepas makan tengah hari hendaknya walaupun sebenarnya hampir masuk masa untuk makan petang pula. Makan, makan juga, solat perlu sentiasa dijaga. Barulah peribadi tidak hanya seindah fantasi. he...he...


*Yahoo*
Ais pun boleh berubah fizikalnya, apatah lagi manusia. Walaupun fizikal manusia yang berubah, tetapi hati, siapa yang dapat menjangkakan detik perubahan itu.


Perubahan atau perkataan yang lebih gah lagi disebut transformasi. Bukan revolusi mahupun demokrasi. Nanti, secara tidak langsung isu politik pula yang dipertikaikan. Disebabkan ini adalah laman peribadi, jadi isu politik tolak ke tepi. Boleh dicoretkan tetapi sang penulis lebih gemar menyimpan isu sebegini seorang diri kerana isu sensitif sebegini pasti mengundang kenaikan trafik tinggi di luar jangkaan kelak. Boleh?



*Yahoo*
Hati wanita seringkali dikaitkan dengan kerak nasi. Oh, ini bunga kerak nasi. Tersalah pula, ingatkan kerak nasi tadi. Boleh?



*Yahoo*
Ini baru betul gambar kerak nasi. Sang penulis kurang pasti sebenarnya kaitan kerak nasi dengan hati wanita. "Hati wanita ibarat kerak nasi. Lama-lama lembutlah", ayat drama televisyen. Ya, lembut setelah dibiarkan rendam di dalam air, tetapi tidak boleh dimakan lagi kerana nasi tadi sudah rosak. Basi barangkali. Mahu buat nasi goreng pun tidak boleh. Bedak sejuk lagilah. Jauh panggang dari api.



Apa pendapat pembaca sekalian? Formula baru barangkali:

Hati wanita = Kerak nasi

Boleh gunakah formula sebegini? Mungkin ya, mungkin tidak. Kerana hati wanita tidak sama. Ada wanita mudah memaafkan, tetapi setelah berkali-kali di sakiti, minta maaflah. Tiada maaf bagimu. Ayat drama televisyen lagi. Biasalah.

Perubahan yang baik amatlah digalakkan. Tetapi penghijrahan ke nilai yang negatif adalah tidak sewajarnya.

Pasti tuan hamba iaitu pembaca sekalian berasa pelik dan berasa aneh mengenai tampalan ini. Bukan apa, sang penulis sebenarnya ingin melakarkan cerita rakan-rakan lama yang dahulunya di sekolah kelihatan ganas, kini, setelah matang dari segi usia, kelihatan lebih baik akhlaknya. Alhamdulillah. Teruskan penghijrahan tersebut, wahai sahabat.

Ada juga yang sentiasa melakarkan madah-madah dakwah di Buku Wajah, tetapi realitinya tidak seindah penulisan fantasi. Manusia bisa berubah. Mungkin apa yang disampaikan tidak menusuk kalbu rakan tersebut, tetapi menusuk kalbu insan lain pula. Paling kurang pun rakan tersebut, berpesan-pesan walaupun sepotong ayat. Semoga berhijrah ke lapangan yang lebih baik sahabatku.

Baik kita, seringkali tidak dipandang walaupun sebelah mata. Tetapi, apabila kejahatan yang belum tentu dilakukan oleh kita pasti membuka mata-mata insan lain untuk terus mengutuk kita. Tidak begitu? Bukan setakat sebelah mata sahaja, terjojol juga lagaknya.



*Yahoo*
Saudara, Ariff Alfian Rosli, berubahlah ke jalan Allah selagi ada peluang untuk berbuat demikian. Ada insan yang menegur di dunia ini, jadi insaflah. Jikalau anda tiada belas ihsan, paling minimum pun kasihanilah kedua ibu bapa anda. Pengorbanan mereka terlalu besar untuk anda dan berhijrahlah ke landasan agama Allah, Islam selamanya. Berubahlah sebelum anda ditarik dari peluang itu dari Allah Ta'ala. Keseronokan di dunia bukanlah lambang kebahagiaan di akhirat.


Ketulusan hati: Sekadar teguran dari sang penulis yang tidak lah sempurna akhlaknya. Tetapi, sentiasa berusaha untuk menyempurnakan diri ke jalan Allah yang satu. Terima kasih kerana membaca. Dan saudara di atas, tidak fasal-fasal terkenal di laman ini. Sila jangan ambil hati, sekadar gurauan di petang hari. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

MENKONFIGURASI PENGATAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perasaan rajin datang menyinggah kembali, maka terhasillah pengepala yang baru. Lebih segar dan lebih menyumbangkan ketenangan ilusi. Barangkali.

Semoga ilusi ingin bercuti dapat didefinisi apabila melihat pengepala yang baru. Oh ilusi, bawalah minda dan akal sang penulis ke daerah ketenangan yang sebegitu.

Terima kasih kerana membaca, wahai para sahabatku.



Oh, inilah karya terbaru dari saya. Sila kenyit mata untuk mengiakan kecantikan pemandangan di atas. Terima kasih kerana berbuat begitu. Oh, anda comellah. he...he...

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

MUSLIHAT MATEMATIK DI PAGI HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga keceriaan dan kesihatan yang baik dikurniakan kepada anda pada hari ini.

Di kala waktu pagi ini tatkala sang matahari memacakkan bahang mentarinya, sang penulis ingin mengajak anda untuk menyelami muslihat matematik di dalam video di bawah.

Semoga anda memdapat sedikit manfaat dari video ini. Bukan apa, otak kita seharian dilayan dengan menggunakan matematik asas sahaja yang kurang mencabar. Sila layan muslihat yang bakal membuatkan anda tersenyum gembira bagi insan yang memahami, dan sedikit kekusutan minda bagi yang sebaliknya. Mungkin.


Muslihat pertama.




Muslihat kedua.




Muslihat ketiga.


Ketulusan hati: Bagaimana? Best tak muslihat matematik di atas? Jurutera pasti tidak dapat melarikan diri dari matematik. Oh, itu saya. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Friday, December 16, 2011

PENERANG HATI OLEH SAUJANA DAN SIXTH SENSE



Mencinta Mu tenangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

KITA SATU OLEH SPIDER




Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Satu

Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

APABILA ADAB DIPANDANG RINGAN, BELUM TENTU ORANG AKAN PANDANG KITA BERHEMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman ini. Semoga anda dikurniakan kesihatan yang baik dan ketenangan untuk menempuhi hari ini dan seterusnya hari-hari yang mendatang.

Panjang bukan, tajuk tampalan pada kali ini? Ya, penulis juga akui (sambil mengangguk kepala tanda setuju) perkara ini.

Adab. Sedikit perkongsian hidup dari insan yang bergelar sahabat menyatakan ketidakpuasan hati mengenai adab seorang insan yang lain. Lihat, sememangnya penulis adalah pendengar yang baik. Oh, pujian untuk diri sendiri sekali sekala. Boleh?

Alkisahnya, terdapat seorang insan yang menumpang di bilik rakan saya. Menumpang. Tanpa tahu apa objektif insan tersebut berbuat begitu sedangkan insan tersebut menyewa di luar kawasan kampus.

Ya, apabila seseorang insan menumpang, adab sebagai tetamu dan tuan bilik haruslah di hormati. Nilai mulia idaman kalbu apabila adab yang asas tetapi selalu dipraktikkan. Barulah keikhlasan hormat-menghormati itu akan menjadi lebih jitu dan padu.

Tersebutlah kisah, sang penulis sekali-sekala memartabatkan bahasa dahulu kala dan diharapkan tuan hamba sebagai pembaca tidaklah mengambil hati mahu pun jantung akan cara penulisan yang sebegini.

Kita sambung kisah ini. Insan yang menumpang itu tadi melampaui batas, lebih kuah dari sudu. Harta benda sahabat saya digunakan seperti dia yang punya. Anda sendiri pasti boleh bayangkan dengan lebih jelas sekiranya anda yang berada pada tempat sahabat saya tadi. Menyirap darah dibuatnya.

Perkakasan mandi, makanan adalah antara yang diambil secara sewenang-wenangnya. Bayangkan, apabila sahabat saya masuk ke bilik, insan tadi yang berada di tengah-tengah kawasan bilik beliau. Untuk makluman, insan tersebut adalah langsung tidak rapat dengan sahabat itu tadi. Bertegur sapa adalah jauh sekali walaupun berada di kelas yang sama. Dahsyat, bukan? Selain itu, insan tersebut juga mempunyai raut wajah yang sukar untuk melemparkan senyuman dan setiap kali memandang wajah tersebut, wajah masam yang seringkali menjadi tatapan.

"Tadi, kita dah makan makanan itu. Awak tak makan ke makanan tersebut? Kalau kita, pasti makanan tersebut akan dihabisi", lebih kurang ucapan insan tersebut berdasarkan apa yang diceritakan oleh sahabat saya kepada saya.

Kasihan. Kasihan kepada sahabat itu tadi dan juga kepada tetamu yang tidak diundang tersebut. Di sinilah peri pentingnya adab dalam kehidupan seharian.

Beritahu sebelum mengambil barang insan lain. Bawalah keperluan sendiri jikalau berhijrah ke tempat lain. Senyum itu perlu.

Untuk memberi teguran kepada insan sebegini adalah kurang berkesan kerana dia merasakan dirinya sahaja yang betul. Entahlah.

Secara konklusinya, andai anda mahu orang beradab dengan anda, perlulah amalkan adab dahulu. Walaupun anda telah beradab dan insan lain yang tidak beradab dengan anda, mungkin ini adalah ujian dari Allah untuk anda. Ujian untuk insan yang terpilih.

Ada orang, kita langsung tidak boleh sentuh atau perbetul akhlaknya, ada insan tegur sekali akan terus ambil teguran sebagai panduan. Manusia, rambut sama hitam, tetapi, hati lain-lain.


Ketulusan hati: Sahabat saya juga diberi ceramah percuma mengenai produk pelangsingan badan yang dijual oleh insan tersebut. Penulis tidak mahu promosi di laman peribadi ini. Untuk makluman, sekiranya meminum produk tersebut, perut perlulah dikosongkan tiga jam sebelum dan tiga jam selepas produk itu diminum. Mana tidak kurus, makanan tolak tepi, air yang menjadi pengganti. Bagus, buat dua kerja dalam satu masa. Menumpang dan memberi ceramah percuma. Macam-macam kan, kerenah manusia? Kepada kalian, terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Thursday, December 15, 2011

APABILA IDEA MENDERU

Apabila idea datang menderu,
Jari-jemari rasa tidak tentu,
Mengulas kata,
Merantai ayat,
Mencoret rasa,
Menjadi kepingan karya yang belum tentu jitu.

Apabila idea datang menderu,
Ungkapan dan coretan itu perlu,
Kerana ia tidak datang selalu.

Apabila idea datang menderu,
Setenang hempasan ombak di pantai minda,
Biarkan ia mengalir,
Dan jari-jemari mengungkapkan apa yang dirasa.


*Yahoo*
Indahnya ciptaan Ilahi. Tatkala ini terasa ingin bercuti untuk keluar sebentar dari kepompong ilusi yang memenatkan akal ini.


Apabila idea datang menderu,
Kepenatan itu ditolak dahulu,
Keutamaan itu dipegang satu,
Menjadi karya yang tidak begitu merapu.


Ketulusan hati: Manusia kadangkala tidak dapat mengawal perasaan mereka dan begitu juga idea yang membelenggu akal penulis buat masa ini. Terima kasih kerana membaca. Seperti biasa, sebagai tanda penghargaan, silalah klik iklan berkenaan.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

ADA ORANG

Ada orang,
Ragamnya seragam.

Ada orang,
Ragamnya bermacam-macam.

Ada orang,
Bila senyum manis.

Ada orang,
Bila raut wajah masam pun manis.

Ada orang,
Apabila ada masalah senyum.

Ada orang,
Apabila ada masalah melantun.

Ada orang,
Suka makan.

Ada orang,
Suka jalan.

Ada orang,
Mengata belakang.

Ada orang,
Mengata hadapan sampai tidak berani berpaling ke belakang.

Ada orang,
Suka wang.

Ada orang,
Suka beruang.
Eh?


*Yahoo*
Walau siapa pun kita, paling utama kita tahu bezakan apa yang terbaik untuk diri kita. Boleh?


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.


Ketulusan hati: Nasib baik, ada orang, tidaklah hidup sorang-sorang. Boleh kah hidup tanpa insan lain di sisi? Tiada peneman tatkala kehilangan hati sanubari. Terima kasih kerana membaca.

KARYA TERULUNG

Karya terulung,
Akalnya bergulung,
Tentunya teragung.

Karya terulung,
Nilainya menggunung,
Tetapi cukupkah sekadar dinilai?
Sekiranya ianya hanya diusung?
Tanpa musabab yang membusung.


*Yahoo*
Karya teragung yang keagungannya paling teragung.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Wednesday, December 14, 2011

KEIKHLASAN CINTA

Aku mencintanya,
Kerana dia bukan siapa-siapa,
Bukan kerana hartanya,
Tetapi kerana agama Islam yang di peliharanya.

Aku mencintainya,
Kerana akhlaknya,
Sopannya,
Kelembutannya,
Dalam bertutur,
Dalam menjaga tingkahlakunya.

Aku mencintainya,
Kerana dia menjaga rukunnya dengan Allah Ta'ala,
Dengan Rasul Allah,
Dengan ikatan sesama manusia.

Aku mencintainya,
Kerana dia menjadi dirinya.

Aku mencintainya,
Kerana senyumannya menenangkanku,
Suaranya mengalunkan ayat suci Kalamullah menusuk kalbuku,
Kelembutannya mempersonakan pandanganku,
Riak wajahnya menghambarkan keikhlasan hatinya.

Aku mencintainya,
Sepenuh jiwa dan ragaku,
Sepenuh tadahan hatiku,
Tidak terluah dengan kata-kata,
Sehinggakan kata-kata menjadi lafaz yang terpendam dari bibirku.

Aku mencintainya seadanya,
Tidak perlu berpura-pura di hadapanku,
Tidak perlu menjadi luar biasa di kalangan yang biasa,
Semata-mata ingin menarik minatku,
Kerana dia telah lama memegang hatiku.

Aku mencintainya,
Berlandaskan aturan Allah Ta'ala untukku,
Bukan berlandaskan nafsu syahwatku,
Yang enggan mengenal erti kepuasan,
Dalam hubungan percintaan.

Aku mencintainya,
Dengan sejujurnya,
Sejujur keikhlasan cintaku terhadapnya.

Aku mencintainya,
Seadanya,
Kebaikan dan keburukannya,
Bersama kebaikan dan keburukanku,
Saling melengkapi,
Saling diperbetul,
Kerana Ilahi.

"''Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

BIAR JIWA OLEH FYNN JAMAL



Kau bikinku gigit bibir sendiri
Lamakah lagi kita sepi
Kau bikinku renung sinar mentari
Lamakah lagi kita begini

Alangkan bulan terang
Hilang nyawa tanpa bintang
Apalagi aku

Alangkan bunga kembang
Pudar warna tanpa siang
Bayangkan aku

Berkaliku mintakan dari dulu
Usah kau tunggu ucap itu
Berkaliku bisikkan pada kamu
Usah kau buntu aku milikmu

Alangkan bulan terang
Hilang nyawa tanpa bintang
Apalagi aku

Alangkan bunga kembang
Pudar warna tanpa siang
Bayangkan aku

Perlukah aku menyebut setiapnya
Yang indahku tidak akan ada makna
Bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
Separuh aku sudah pun mati

Tak mampukah kau percaya
Haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia
Tidak bisakah kita sekadar pejam mata
Biar jiwa bersuara

Biar
Biar
Biar jiwa
Bersuara

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Tuesday, December 13, 2011

OH, SANGAT TIDAK BAIK MEMPERTIKAIKAN MINAT SESEORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat saya yang cantik sekalian. Oh, sememangnya semua sahabat saya adalah wanita yang tidak dinafikan kecantikan mereka. Bukan selalu penulis mempunyai perasaan yang berbunga-bunga memuji para sahabat yang jelita sekalian. Tidak lupa, semoga kalian sihat sejahtera dan dilimpahi keberkatan dalam menjalani liku-liku kehidupan.


*Yahoo*
Minat?


Minat. Setiap insan minatnya berbeza. Tidak perlu menpertikaikan mengapa dan kenapa. Oleh itu, jalan paling mudah, adalah dengan menbiarkan mereka dengan minat mereka selagi mana minat tersebut tidak mempengaruhi ke arah keburukan dan yang paling penting adalah tidak menyalahi ajaran agama Islam.

Ya, saya sendiri mempunyai minat. Dan apabila minat itu berkurangan, akan beralih pula ke arah minat yang baru. Bagi segelintir insan, ada yang tidak pernah bosan dengan minat mereka dari awal minat itu timbul dalam diri sehinggalah minat itu tidak dapat beralih arah dari diri mereka. Manakala, ada manusia yang lain pula gemar menukar minat mereka selari dengan bergolakan perasaan mereka pada masa itu.

Minat, minat juga. Ada perkara yang datang kerana minat. Ada perkara yang lain datang secara spontan iaitu secara tiba-tiba dan akhirnya membawa diri mereka ke kancah minat.

Oleh itu, biarkanlah mereka dengan minat mereka dan kita dengan minat kita. Minat itu mungkin boleh menyatukan kita atau apabila diusik dengan cara yang tidak sepatutnya atau memperlekehkan minat insan lain, buruk padahnya.

Kerana mulut, badan binasa. Sebelum berucap mengeluarkan kata-kata adalah lebih baik berfikir dahulu. Memang mudah untuk meminta maaf apabila melakukan kesilapan. Tetapi, bukan mudah untuk membentengkan kepercayaan. Berfikir sebelum bertindak melambangkan kita seorang yang bercakap menggunakan akal fikiran bukan otak.

Tampalan ini mungkin berunsur pergolakan perasaan. Ya, saya akui itu. Kapada para pembaca sekalian, penulisan saya kini adalah sekadar perkongsian dari pengalaman kehidupan. Selain itu, sabagai kenang-kenangan hidup saya dalam fasa yang masih lagi belajar memahami kerenah insan lain.

Kadangkala, saya sendiri mempertikaikan mengapa dan kenapa manusia itu boleh menjadi terlalu taksub akan sesuatau perkara. Tetapi, apabila difikir dengan logik akal, minat itu semestinya adalah tidak salah kerana apa? Kerana ia adalah minat. Kerja sampingan manusia sementara akalnya masih lagi tertarik akan perkara tersebut. Mungkin apabila waktu mendatang, minat itu masih lagi tidak relevent dengan usia seseorang. Mungkin.

Oleh itu, jangan sesekali kita mempertikaikan dan memperlekehkan minat orang lain. Tidak meriah dunia, jikalau kita semua mempunyai minat yang sama. Bayangkan, setiap kali ingin melempiaskan minat terhadap sesuatu perkara, asyik kelihatan wajah yang serupa sahaja yang berada di mana-mana. Ini yang boleh menyebabkan minat menjadi bosan dan tekanan pula mengambil alih.



*Yahoo*
Tekanan sehingga menggigit laptop. Tidak comellah sebegini rupa.



*Yahoo*
Ha, ini lagi satu. Macam mana ingin menghindari tekanan sekiranya semua buku berada di sekeliling? Untuk mendapatkan kenikmatan membaca, letakkan buku yang terasa tinggi peratusan pembacaan dahulu. Barulah tekanan dapat dikurangkan. Tidak begitu?


Tekanan lagi. Sedang elok minat boleh mengurangkan tekanan hidup, ditambah dengan peristiwa tadi, bertambah-tambahlah tekanan. Macam mana mahu kekalkan awet muda, kan para jelitawan sekalian? Ish, sudah tidak comel lagi. he...he...

Untuk itu, saya tinggalkan anda dengan pertanyaan, apa yang anda lakukan terhadap insan yang gemar memperkatakan mengenai minat anda di belakang anda dan kebetulan pula rakan anda yang menceritakan apa yang diperkatakan oleh insan tadi.

Saya yang mengalami perkara ini. Ya, saya. Tindakan saya adalah berdiam diri dan malas untuk menyemakkan fikiran dengan hal yang remeh-temeh seperti ini. Remeh sangat. Kenapa tidak masalah negara yang diperkatakannya dan memberi solusi terhadap masalah tersebut. Inilah manusia cakap tidak serupa bikin. Eh? Terlebih sudah.

Ya. Sebenarnya dunia ini kecil sahaja. Kerana apa yang diperkatakan cepat tersebar. Betul tidak? Tetapi dunia ini terasa besar apabila kes insan hilang sukar untuk dijumpai.

Ketulusan hati: Di sinilah tempat yang sesuai untuk saya meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati tanpa perbincangan yang menyakitkan hati. Saya akui, walaupun tidak semua insan menyukai, tetapi inilah saya seadanya. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

DIRI INI

Diri ini,
Jatuh,
Bangun,
Tersungkur,
Merangkak,
Tiada siapa peduli,
Kerana diri ini,
Lebih suka menyendiri.

Diri ini,
Bangun lagi,
Setelah jatuh tadi,
Melewati hari-hari yang entah bila pasti itu memunculi diri.

Diri ini,
Cemburu melihat insan lain,
Menuntut ilmu,
Di lokasi yang terulung,
Terunggul dan gah,
Tetapi perlu disedari,
Lokasi itu bukan penentu maju,
Kerana diri ini sebagai penentu.

Diri ini,
Sukar difahami,
Sukar dimengerti,
Tetapi,
Tiada lagi memahami,
Selain diri ini.

Diri ini,
Di dalamnya ada motivasi,
Terdapat semangat diri,
Tunjang kekuatan diri.

Diri ini,
Melangkah ke hadapan,
Dengan penuh pengertian,
Bahawa inilah kehidupan,
Yang tidak selamanya seperti yang diharapkan.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Sunday, December 11, 2011

ILMU

 *Yahoo*
Biarlah ilmu yang menjaga kita dari kita yang menjaga harta.


Ilmu,
Andai engkau terlayar di mata,
Pastinya engkau seindah bidadari,
Sekacak bidadara,
Menusuk sukma,
Menikam kalbu.

Ilmu,
Seandainya engkau seindah pelangi,
Pasti bosan tidak akan menyinggah diri ini.


*Yahoo*
Sesungguhnya sukar untuk menafikan keindahan sang penulis. Eh? Sang pelangi.


Ilmu,
Seandainya engkau seperti ribut,
Pasti mulutku menyebut,
Akalku menyambut.

Ilmu,
Walaupun ku tahu bukan mudah untuk menuntut,
Tetapi engkau tetap datang dari pelbagai sudut.

Ilmu,
Segala-galanya tentang engkau adalah yang terbaik,
Kerana engkau saling kait-mengait.

Ilmu, 
Datanglah engkau,
Hati, 
Sambutlah kedatangan ilmu dengan ikhlas,
Bukan kerana peperiksaan,
Bukan sebagai pertunjukan kepada insan,
Tetapi kerana hati yang sedang asyik mempamerkan keluhuran,
Menuntut ilmu pengetahuan.

Ilmu,
Tidak lengkap tanpa pengetahuan,
Dan itulah penyebab ia seringkali dipanggil ilmu pengetahuan.  



*Yahoo*
Biarlah diriku yang terbakar asalkan ilmu sanggup menerangi diriku.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

APABILA RAJIN ITU MENJELMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang sudi berkunjung ke laman peribadi saya ini. Ya. Ini adalah teratak hati SECRET IN THE HEART. Kepada para sahabat saya, anda tidak salah tempat kerana di sinilah tempat saya mencoretkan rasa sebagai menambah rencah dalam pembikinan karya saya.

Untuk makluman, apabila perasaan rajin itu menjelma dalam lubuk diri sang penulis, InsyaAllah, saya tidak akan jemu untuk terus memperbaiki dan menambahbaik apa yang perlu untuk laman ini. Bukan apa, setelah lama tidak menukar reka bentuk laman ini, terasa hati di garu-garu untuk berbuat demikian.

Kepada sesiapa yang perasan, semalam saya telah menggunakan pengepala yang lain dan hari ini yang lain pula. Terpulang pada kerajinan yang menuntut kesabaran sang penulis untuk terus berada di landasan kerajinan seadanya.

Ya. Bukan mudah untuk sentiasa berada di landasan kerajinan kerana perkara lain yang perlu diselesaikan yang memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Apa lagi, projek ilmiah tahun akhir yang memerlukan penulis untuk lebih memberi kasih sayang berbanding laman peribadi ini. he...he...

Kepada sesiapa yang tidak sempat melihat hasil karya semalam, saya sediakan khas untuk anda. Untuk saya juga pastinya sebagai kenang-kenangan di masa tua nanti. Eh? Sekarang pun tua juga. he....




Karya yang terhasil semalam. Walaupun tidak begitu menarik, ianya merupakan salah satu karya saya.



 

Hasil karya yang masih segar dari saya dengan bantuan sahabat baik iaitu Photoscape.


Sampai di sini sahaja pertemuan kita, jikalau kerajinan melanda pasti akan ada karya yang menyusul selepas ini. Terima kasih kerana membaca walaupun saya tahu mungkin tiada input yang anda dapati daripada tampalan ini. Seperti biasa, sebagai tanda sokongan karya terbaru saya, silalah klik iklan di bawah. Terima kasih.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

APABILA BUMI BERSEMBUNYI DI ANTARA MATAHARI DAN BULAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar iman, apa khabar kesihatan, dan apa khabar fizikal dan nurani anda pada hari ini? Semoga segala-galanya sihat terletak molek di bawah lembayung Allah Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Gerhana bulan. Riuh sebentar berita yang tersebar dengan begitu pantas di Buku Wajah dan segala medium media massa untuk merungkaikan perkhabaran ini. Pada 10 Disember 2011 (14 Muharam 1433 Hijrah) pada pukul 8.30 malam sehingga 12.00 tengah malam, berlakunya fenomena gerhana bulan penuh dan fasa penuh bulan adalah pada pukul 10.31 malam.





*Yahoo*
Kitaran gerhana bulan. Frasa yang seringkali di dengari, tidak kenal maka tidak cinta. Sesudah cinta, marilah melangkah ke alam pernikahan. Eh? Untuk meneruskan percintaan yang halal di sisi Allah. Penulis merepek lagi. Isunya adalah bulan, perkahwinan yang terbawa-bawa. Sila abaikan penulisan yang entah apa-apa. Boleh?




 
*Yahoo*
Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu. Indah, damai serta menenangkan fikiran insan yang memandang.



 

Bagaimana gerhana bulan berlaku?
Gerhana bulan terjadi di saat sebahagian atau keseluruhan penampang bulan tertutup oleh bayangan bumi. Hal ini terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan karena terhalangi oleh bumi. Sumber ini adalah dari sini.



*Yahoo*
Wajah bulan yang kelihatan seperti telur mentah yang kehilangan kulit.



Untuk makluman, sekiranya anda berminat untuk mencuba eksperimen membuang kulit telur tanpa memecahkannya, anda boleh mencuba kaedah ini. Dengan menggunakan cuka yang seringkali digunakan untuk tujuan memasak, rendamkan telur ke dalam cuka dan biarkan sehingga kulit telur itu terhakis dengan sendirinya. 

Dengan sedikit pengalaman membuat eksperimen ini, saya dengan tidak sabar, telah menggosok secara perlahan-lahan permukaan kulit telur untuk mempercepatkan proses penghakisan tersebut. Perlu diingatkan anda hendaklah berhati-hati kerana dikhuatiri kulit nipis atau membrane yang melindungi telur tadi akan terkoyak. Selain itu, anda digalakkan untuk memakai sarung tangan getah kerana sifat cuka adalah berasid dan sayangilah diri anda dengan mengambil langkah berjaga-jaga ini. Dan anda boleh lah mencuba dan lihat lah hasilnya seperti gambar bulan di atas. Menarik, bukan?

Beruntung kepada sesiapa yang dapat menatap pemandangan bulan sedemikian rupa. Dan lebih beruntung lagi, solat sunat gerhana bulan dilakukan sempena peristiwa ini.

Untuk membaca dengan lebih jelas lagi mengenai gerhana bulan dan solat sunat gerhana bulan, saya tinggalkan anda dengan perkhabaran ini dan ini.

Semoga dengan sedikit informasi tadi, bersama-sama lah kita meningkatkan ilmu di dada kerana tidak luak apabila kita saling berkongsi ilmu sesama kita.

Berkongsi ilmu amalan mulia,
Hidup mesti ceria.

Molek kah pantun tersebut? Terpulang kepada anda kerana pandangan kita adalah berbeda.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

Jangan lupa singgah lagi di lain waktu,
Teh tarik satu.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.