Friday, November 25, 2011

SEKADAR PERKHABARAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai yang masih lagi membawa minda anda untuk melayari laman saya ini. Sempena hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat, marilah kita memperbanyak amal jariah kita supaya mendapat keberkatan dari Allah Ta'ala. InsyaAllah hendaknya.

Sebelum meneruskan apa yang ingin diteruskan apa kata kita mulakan dengan senyuman. Senyuman? Ya. Senyuman dengan penuh keikhlasan.



*Yahoo*
Sebab untuk memulakan senyuman.



*Yahoo*
Kucing pun tahu senyum, tahu?



*Yahoo*
Terlebih senyum sudah.


Pasti anda tertanya-tanya apa kaitan senyuman dengan tajuk tampalan pada hari ini. Bukan apa, setelah sekian lama tidak meluahkan idea, saya terasa kekok pula untuk mula mencanai sepatah dua idea. Mungkin nanti, setelah idea tumbuh dan pulih dari ujian peperiksaan yang melanda ditambah pula dengan projek ilmiah tahun akhir, idea itu akan datang dengan sendiri serta dari Allah jua asalnya.

Idea oh idea. Ia datang tidak dijemput, pulang tidak disuruh. Bila-bila ia akan wujud. Jadi, jangan mempertikaikan masa idea akan terus subur dan mekar dari ingatan.

Oleh itu, sementara menanti idea, itulah sebab penulis menyuruh anda untuk senyum kerana tampalan ini adalah sekadar perkhabaran dari penulis untuk anda. Semoga anda tersenyum membaca tampalan ini. Oh, senyum kambing pun tidak mengapa.


*Yahoo*
Inilah yang dikatakan senyum kambing. Kambing yang tersenyum.



 
*Yahoo*
Jangan marah sekiranya anda terasa tampalan ini adalah sekadar menyatakan khabar. Cool and steady lah. he...he...



*Yahoo*
Cukuplah sekadar memberi senyuman sekiranya tidak tahu berkata apa-apa.


Sekian sahaja dari saya untuk kali ini. Penulis masih lagi menunggu idea datang sendiri dengan ikhlas untuk jari-jemari melakarkan apa yang dapat diilhamkan dengan minda.

Terima kasih kerana membaca,
Walaupun tampalan pada kali ini tidak seberapa.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Monday, November 21, 2011

TAMPALAN YANG KESERATUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang sudi singgah ke laman peribadi saya ini. Selamat berkenalan juga diucapkan kepada anda yang baru pertama kali menjejakkan diri di laman ini. Terima kasih kepada kalian.

Ini merupakan tampalan yang keseratus. Duduknya saya di sini (saya sekarang sedang menaip sambil duduk) kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada para sahabat saya yang sering berkunjung ke sini. Tidak lupa juga, terima kasih kepada anda semua yang turut menyumbang idea di kawasan idea anda. Terima kasih sekali lagi.

Untuk meraikan tampalan yang keseratus ini, secara kebetulan juga saya telah mengikuti lawatan bagi subjek pemprosesan tanaman ladang saya. Lawatan ini memang dirancang tetapi saya baru ketahui pada malam tadi. he...he...

Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput anda untuk melayari pandangan mata anda untuk menikmati keindahan ciptaan Allah Ta'ala. Saya bertolak pada pukul 8.45 pagi dan sampai pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki kereta rakan saya. Seperti berkonvoi pula rasanya.

Kami hanya melawat kawasan ladang yang seluas 3.5 hektar yang terletak hanya di dalam kawasan universiti di mana saya melanjutkan pengajian pada kala ini. Tanpa membuang masa, marilah saksikan apa yang saya dapat potretkan untuk anda semua setelah habis sesi penerangan yang sewajarnya oleh kakitangan yang berkenaan.


Ladang getah. Pokok getah ini berusia 18 tahun kalau tidak silap saya. Menurut kakitangan yang berkenaan, getah kini berharga RM10 sekilogram. Harga yang menarik, bukan?


Banyaknya 'luka' pada pokok getah, tu kan? Bukan 'luka', tapi itu susu getah atau latex. Kalaulah pokok boleh bercakap, mesti dia akan kata "Sakit. Siapalah makhluk yang tidak pandai menoreh aku ini?" Tetapi, yang pastinya bukan saya. Bukan sayalah. Sila percaya.


Walaupun saya kurang menggemari warna hijau, tetapi saya menyukai pemandangan pepohon yang kehijauan.


Pisau yang digunakan untuk menoreh pohon getah.


Habis saya kerjakan pokok getah ini. Tetapi, tidak mengapa kerana ini adalah pokok universiti.


Bakal jurutera sebagai bakal peladang moden? Mungkin akan difikirkan kemudian. Sebenarnya, tidaklah sukar untuk menoreh, tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi untuk meneruskan pekerjaan ini. Mungkin memerlukan mesin untuk menoreh pada masa hadapan? Tetapi perlu ada yang menjaga untuk mengelakkan kes kecurian. Manusia pada masa sekarang, macam-macam ada.

Setelah aktiviti menoreh, kami melawat ladang pula. Seronok. Serius seronok. Sebab dapat melihat kehijauan dan berkenal-kenalan dengan pokok-pokok yang terdapat di kawasan ladang tersebut. Jikalau pokok boleh berkata-kata, mesti riuh, kan? Oh, agak aneh bunyinya. Riuh di kawasan ladang? Oh, ini tidak seronok. Serius tidak seronok.


Cuba teka, buah apakah ini? Cepat teka. he...he...


Inilah pokok kepada buah di atas. Cepat, teka, pokok apakah ini? Yang paling pasti, ini bukan pohon ajaib. he...he...


Pohon yang menjadi teka-teki secara lebih dekat untuk anda meneka dengan lebih tepat. Eh, macam pantun pula.


Pohon misteri yang menutup namanya sendiri. Mungkin malu barangkali.
Baiklah, sebenarnya buah yang terdapat di atas adalah buah dari pokok yang bernama pokok kopi. Coffee Arabica secara lebih mendalam. Oh, buah itu rasanya tidak terlalu manis, hanya manis yang biasa-biasa sahaja. Bijinya boleh dibuat kopi setelah dipanggang dan dikisar.


Teka-teki yang seterusnya. Pohon apakah ini?  Tolonglah jawab.


Tak adil. Anda telah meneruskan pembacaan tanpa meneka. Jika ada yang berjaya meneka pohon petai, sememangnya anda pandai. Tahniah diucapkan. Jika sebaliknya, sila kembali ke gambar di atas kembali untuk meneruskan penekaan anda sehingga berjaya. Boleh ke macam tu? Entah.


Pohon ini aneh, sebenarnya. Jika anda mempunyai mata kumpuan seperti lalat, anda pasti dapat meneka pohon aneh apakah ini? Jawapannya, adalah...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Anda benar, tidak tahu?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Apa, sudah penat meneka? Baiklah, pohon tersebut adalah pohon kopi yang di celah-celahnya tertumbuh pohon cili. Tertumbuh. Ini pasti burung yang punya kerja, kan?


Inilah kakitangan yang saya katakan seperti di atas. Peramah orangnya. Seperti mak saya. Oh, rindunya saya kepada beliau.



Pokok getah yang dikhaskan untuk pelajar jurusan pertanian menyelenggarakan. Eh, saya rasa tidak sesuai pula ayat ini. Pelik pun ada apabila menyebutnya.


Kenapa hanya ada satu sahaja buah mangga itu? Kenapa? Sudahlah tumbuh tinggi pula. Kalau tidak, saya dah boleh makan mangga dah pada hari ini. he...he...


Saya masih ingat lagi, satu peristiwa di mana ketika itu saya berada di tahun satu. Disebabkan saya selalu menghadiri kelas yang terdapat di kampus utama, saya sering pulang berjalan kaki kerana malas mahu menunggu bas untuk pulang ke kolej. Agak jauh sebenarnya dengan berjalan kaki ke kolej kediaman. hu...hu...Tetapi, tidak mengapa sebab seronok dapat berjalan bersama rakan. Kini, saya merindui saat itu. Kini, kesibukan duniawi yang membelenggu. Tidak mengapa, demi masa depan juga.

Kita sambung ke kisah yang disebutkan tadi. Ada satu musim itu, kebetulan adalah musim rambutan, dengan menggunakan kemahiran melompat, dapatlah saya dan rakan rambutan tersebut. Walaupun tidak banyak, tetapi puas. Puas kerana berjaya mengambil rambutan tersebut dengan hasil usaha sendiri. Mahu panjat pokok, tidak berani. Maka, kami melompatlah. Dapat buah rambutan, masukkan ke dalam beg galas. Sambil itu, tergelak-gelak. Takut pun ada sebab dekat dengan pondok pengawal keselamatan kampus utama. Tetapi, tidak mengapa. Kerana universiti yang punya. he...he...Universiti tidak kisah pelajar nak makan buah-buahan yang ditanam. Baik kan universiti saya? he...he..Ini bukan promosi tetapi ini adalah kenyataan.


Macam ilusi optik, kan?


Pohon rambutan yang baru dicantas.


Teratai layu di tasik madu. Eh, itu kan nama lagu? Teratai ini tidak layu sebenarnya.


Pokok durian dan pokok dokong pun ada.

Banyak lagi pokok sebenarnya. Disebabkan lawatan kami habis sekitar pukul 11.00 pagi, hanya ini yang sempat dirakamkan. Selebihnya, mungkin di lain waktu. Di lain waktu lawatan, mungkin.

Kakitangan yang lain ada berseloroh supaya apabila ingin datang lagi ke sini, bawalah teman. Kalau boleh jangan berseorangan kerana berdua lebih baik. Eh, tajuk lagu lagi. Kawasan tersebut keras katanya kerana terdapat kawasan perkuburan yang terletak berhampiran. Saya tidak pasti beliau melawak atau apa tetapi mimik muka beliau tidak menunjukkan sebegitu rupa. Entahlah.


Pepohon hijau lagi. Cantik, kan? Rakan kata ada buah durian yang masih lagi berada di atas pokok. Tetapi, saya tidak pula dapat melihatnya. Teringin mahu makan durian pula. Tahun ini saya masih tidak dapat makan durian. Tahun lepas adalah. Nak durian. Ada sesiapa yang ingin memberi. Bukan gambar, boleh? he...he...


Sekian sahaja dari saya, SECRET IN THE HEART melaporkan kejadian lawatan sebentar tadi. Terima kasih kerana membaca.


Saya makan dahulu. Dan habis pun sebenarnya. Makan dahulu, baru dapat buat tampalan ini dengan perut yang tenang. he...he...Sebenarnya, kelas saya berakhir pada pukul 5.00 petang. Saya sempat berehat sebentar pada pukul 2.00 petang sehingga 3.00 petang. Penat, semestinya. Tetapi, seronok pun ada. Biasalah sudah tugas saya sebagai pelajar. Tidak begitu?


Makan petang ditemani buah kopi. Oh, asyik. Bukan mudah untuk didapati. Tiba-tiba terasa bertuahnya diri. Saya sempat membawa pulang dua biji sahaja. Kerana saya lihat tidak ramai rakan saya yang teruja untuk membawa pulang. Saya? Saya semestinya teruja.


Ketulusan hati: Esok, saya mempunyai ujian. Doakan saya, wahai sahabat saya sekalian. Oh, saya nak minta pertolongan boleh? Tolong promosikan laman saya ini. Eh, saya melawak sahaja. Sila jangan ambil hati. Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk singgah lagi di lain kali.

Anak tikus makan kuaci,
Makan kuaci dengan gigi,
Sila rajin singgah ke sini,
Untuk membaca tampalan lagi.

Walaupun pantun tidak menjadi,
Asalkan ada penyeri.

Oh, pantun ini pun tidak berseri,
Jumpa lagi di lain kali,
Kerana saya ingin studi.

Boleh, ke? Sesuai tak?

Terima kasih kerana membaca,
Sila doakan saya.

Assalamualaikum.


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Sunday, November 20, 2011

PENDAM OLEH SHAHIR

video


Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

KECERIAAN ITU MILIK SEMUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda ceria untuk menguruskan setiap aktiviti anda pada hari ini. Tentu seronok jika kita dapat melakukan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.

Untuk lebih mendapat perasaan yang sewajarnya, sila baca dengan nada suara dalaman.

Anda pernah menonton cerita Dunia Khayalan di mana watak haiwan mempunyai suara yang comel. Kepada yang pernah menonton, selamat mempraktikkan apa yang ditonton. Selamat mencuba.


 photos of smiling baby pictures
*Yahoo*
Ceria sepanjang hari adalah penawar yang mujarab untuk meneruskan kehidupan.


Image Detail
*Yahoo*
Ceria sepanjang hari? Boleh ke? Amboi muka, mencabar nampak.


*Yahoo*
Boleh lah ceria sepanjang hari tetapi kita kena tahu menguruskan perasaan kita sewajarnya. Kalau kita ceria, sama ada semasa ada masalah atau tidak, sekurang-kurangnya kita boleh menguruskan otot muka ke arah awet muda. he...he...


*Yahoo*
Lihat, saya pun pandai senyum.


*Yahoo*
Tetapi kalau ketawa, kawal lah sedikit. Sukar sebenarnya mengawal ketawa jika kita bersama sahabat yang sudah biasa memahami kerenah kita, bukan?


Image Detail
*Yahoo*
Guinea pig: Awak ketawakan saya? Bukan nak tolong.
Kucing: Saya tolong ketawa pun cukup, kan? Ini pun tolong juga. he...he..


Image Detail
*Yahoo*
Hai, kawan-kawan, nama saya hamster. Betul kata penulis, ceria itu penting, itu sebab lah saya ketawa.


Image Detail
*Yahoo*
Saya dah senyumlah wahai penulis. Kerana senyum itu adalah sedekah.

Pasti anda tertanya-tanya apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Sebenarnya, saya ingin mengajak anda untuk menguruskan tekanan dengan menjadi ceria sentiasa. Tidak lupa juga, terima kasih kerana membaca dengan nada suara comel untuk watak haiwan di atas. Oh, anda sungguh comel. Anda baca dalam hati, kan? Apa, anda baca secara lisan? Oh, tahniah, anda memang bersemangat waja.

Image Detail
*Yahoo*
Kepada anda, terimalah sekuntum bunga sebagai penghargaan bagi suara comel anda.


*Yahoo*
Kalau sekuntum tidak mencukupi dengan usaha anda, terimalah sejambak bunga. Untuk makluman, zaman elektronik kini semuanya diberi secara atas talian. Contoh paling mudah adalah ucapan hari lahir. Setuju?


*Yahoo*
Alang-alang ingin memberi secara atas talian, terimalah sekebun bunga dari penulis untuk anda.

Ketulusan hati: Oh, minggu ini dan minggu hadapan adalah minggu ceria yang perlu saya hadapi kerana ujian kedua telah bermula. Peperiksaan akhir saya dijangka akan berlangsung pada bulan Januari 2012 selama dua minggu. Doakan saya, ya sahabat handai sekalian. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.