Saturday, November 19, 2011

MENTALITI ATAU CARA PEMIKIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai saya. Apa khabar anda hari ini? Oh, kini sudah masuk waktu makan tengahari. Selamat makan dan selamat kenyang diucapkan. Semoga makanan yang dimakan memberi keberkatan kepada kita dalam melakukan aktiviti seharian. InsyaAllah. Jangan lupa solat Zohor juga.

Cara pemikiran. Mentaliti.

Sesuatu yang boleh diubah sama ada dipengaruhi oleh orang lain secara sedar mahupun tidak.


*Google*
Andai bisa mentaliti itu diubah sebegini rupa, oh pasti mudah, bukan?


Tetapi, tidak dinafikan terdapat jua insan yang mempunyai mentaliti yang sukar untuk dipengaruhi. Untuk memudahkan pemahaman, hanya dia sahaja yang betul dalam setiap perkara yang dilakukannya. Tidak boleh membangkang sedikit pun. Oh, terasa gerun pula untuk meneruskan perdebatan mengenai sesuatu perkara dengan insan yang tidak reti bahasa sebegini. Insan yang tidak boleh menerima pendapat atau pandangan orang lain.



*Google*
Pasti terasa tekanan yang hebat untuk memperbetul mentaliti yang tidak sewajarnya kepada insan yang langsung tidak dapat menerima mentaliti insan lain.


Mentaliti orang kita selalu dikaitkan dengan ketidakpuasan hati. Manusia itu sendiri tidak pernah puas dengan apa yang mereka punya dan selalu membandingkan mereka dengan insan lain, ini jawapan yang sewajarnya.


*Yahoo*
Kita tidak akan tahu sedalam mana kekuatan kita sehingga kita dapat membuat keputusan dari apa yang kita ada.


Ini adalah beberapa contoh mentaliti masyarakat kita:

     1. Apabila membujang, ditanya masih tiada peneman?
  •  Secara logiknya, sebenarnya kita yang mencorak masa hadapan kita. Bukan orang lain. Tetapi apabila sering ditanya soalan sebegini, mesti hati kecil kita akan terasa cuak, bosan, atau mendidih juga. Ingin ditarik muka, nanti dikata lagi. Oleh itu, lebih baik berdiam diri serta memberi senyuman palsu semata-mata menjaga hati.
  • Apabila kita membalas, Allah tidak pertemukan kita dengan jodoh kita, pasti akan dibalas jodoh itu perlukan usaha. Usaha untuk mencari katanya.
  • Lihat, manusia itu hanya tahu bertanya. Tetapi kita yang menyelesaikannya. Kita sendiri, bukan mereka. Apa yang mereka tahu, hanya bertanya dan mungkin jua menyibuk untuk menjaga tepi kain orang. Yang anehnya, anak mereka yang sudah lanjut usia atau anak mereka yang masih lagi tidak mempunyai ikatan yang sah, tidak pula mereka rungkaikannya. Aneh ke? Entah lah.
     2. Setelah berkahwin pula, ditanya lagi tidak teringin menimang cahaya mata ke?
  • Secara logiknya, setiap pasangan yang sudah bernikah, mesti mempunyai objektif yang sedemikian rupa.
  • Jika tiada rezeki, mahu buat macam mana? Rezeki itu urusan Allah. Ada pasangan yang telah berumahtangga setelah sekian lama, baru Allah kurniakan cahaya mata, Alhamdulillah. Ada juga pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan, terus diberi rezeki menimang cahaya mata oleh Allah. Juga Alhamdulillah. Rezeki yang diberikan Allah tiada siapa yang tahu. Ianya milik Allah sepenuhnya. Cepat atau lambat, itu bukan urusan kita untuk mempertikaikannya.
     3. Setelah mempunyai anak pula, ditanya lagi tidak mahu menambah apa yang ada?
  • Dalam membentuk sesebuah keluarga, tahap kemampuan itu juga perlu diambil kira. Perancangan dalam membentuk keluarga itu tidak dinafikan kepentingannya.
  • Jangan bandingkan sesebuah keluarga itu dengan keluarga yang lain. Tidak adil namanya. Pendapatan mereka berbeza, tahap kemampuan perbelanjaan jua berbeza. Jadi, apa masalahnya untuk membanding-bandingkan sesama keluarga?
     4. Bagi keluarga yang sudah mempunyai anak yang cukup dewasa, ditanya lagi anak mereka jurusan apa?
  • Setiap anak itu, kebolehan mereka berbeza-beza. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memahami tahap kecenderungan anak mereka di tahap mana supaya mudah dibentuk.
  • Kejayaan setiap insan itu, tidak boleh dinilai hanya dengan ukuran akademik semata-mata. Akademik bagus tetapi akhlak ke laut, tidak berguna juga.
  • Di tanya lagi, jurusan apa? Hanya jurusan perubatan, kejuruteraan, undang-undang, akauntan dan seangkatan yang dikatakan gah tidak dipertikaikan. Tetapi, apabila anak tersebut mengambil jurusan yang jarang didengari atau tidak terlalu disebut-sebut, mula lah mahu mengambil tahu dan seterusnya memberikan nasihat yang tidak membina.
  • Ada ke peluang pekerjaan jika mengambil jurusan sedemikian? Jadi, buat apa universiti, kolej atau tempat menuntut ilmu itu mengadakan kursus tersebut sekiranya tiada peluang pekerjaaan? Ingin menambahkan ilmu tanpa mempraktikkannya, kah? Atau sekadar mencurah air ke daun keladi. Tiada manfaat tetapi hanya sia-sia.
  • Oleh itu, bagi pelajar yang mengambil jurusan yang tidak sebegitu gah menurut pandangan masyarakat kita, buktikan bahawa anda juga boleh berjaya dan semestinya ilmu anda itu ada kebaikannya. Betul, tak?
  • Bagi insan yang tidak berjaya atau tidak berpeluang dalam bidang akademik, teruskan mencari rezeki dengan apa yang anda punyai. Rezeki itu ada untuk kita dan ianya pasti ada di mana-mana kerana rezeki itu Allah yang beri dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Untuk mereka yang selalu memperlekehkan anda, jangan ambil hati kerana mereka sememangnya tidak tahu apa yang anda tahu.
  • Minah kilang, tukang sapu, mengutip sampah dan pekerjaan di sektor pembersihan, jika tiada pekerja yang bekerja, jangan ingat sampah itu akan berjalan kaki dengan sendiri untuk ke tempat sampah. Bayangkan, jika tiada insan yang bekerja dalam sektor perkilangan, tiada televisyen, radio, komputer riba untuk anda kerana tidak semua benda elektronik itu mesin yang hasilkan. 
  • Oleh itu, kagumlah dengan keupayaan diri anda kerana anda mampu untuk melakukan pekerjaan yang tidak mampu dilakukan oleh insan yang memperlekehkan anda. 

   
*Google*
Pernah tonton filem Puteri Impian? Kisah gadis yang bekerja kilang yang memburu impian menjadi puteri. Saya sudah tonton, anda bagaimana pula?


*Google*
Puteri Impian Satu.


*Google*
Puteri Impian Dua.


Kesimpulannya, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Usah terlalu menjaga hati orang lain sehingga mengabaikan hati kita sendiri. Ikut kata hati selagi mana ia tidak salah di sisi agama Isalam yang tercinta.

Untuk insan yang suka membanding-bandingkan insan lain, satu yang anda perlu ingat, setiap kita yang dijadikan oleh Allah adalah berlainana sifat dan sikap. Anda juga tidak sempurna.

Untuk insan yang diperlekehkan, jangan ambil hati dengan insan yang memperlekehkan anda. Asalkan anda tahu apa yang anda lakukan itu adalah tidak salah di sisi agama dan anda perlu ceriakan hati anda dan abaikan mereka yang sedemikian rupa.

Biar apa orang kata,
Mentaliti orang lain sukar dijangka.

Semoga kita berjumpa di tampalan yang akan datang. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Friday, November 18, 2011

MENGADU MANJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda, insan yang berkunjung ke sini. Buat insan yang pertama kali singgah, selamat berkenalan diucapkan.

Secara terus kepada tajuk tampalan, saya sebenarnya baru perasan yang tampalan ini, semua gambar yang dikongsikan sebelum ini telah hilang.

Untuk lebih tragis lagi, gambar yang saya kongsikan tiada lagi dalam simpanan saya kerana saya telah pun memadamkannya!!! Sedih sangat.

Menangis pun tidak berguna,
Nak buat macam mana?




*Yahoo*
Ini yang terasa mahu mengalirkan air mata. Eh, comel kan kalau menangis sebegini rupa. Tapi, air liur itu tidak mahu lah. he..he...


Kepada anda yang sempat membaca tampalan tersebut berserta gambar yang ada sebelumnya, tahniah diucapkan. Sebaliknya, kepada sesiapa yang tidak berkesempatan, mungkin ini bukan rezeki anda.




*Yahoo*
Trofi penghargaan kepada anda yang sempat menyaksikan gambar yang telah menjadi sejarah tersebut. Terimalah dari penulis. he...he...



 
*Yahoo*
Tiada perasaan tapi comel, kan?


Ketulusan hati: Sebagai pengajaran, saya tidak akan membuang gambar sewenang-wenangnya kerana bukan mudah untuk mengikuti lawatan sebegitu rupa. Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat saya. Oh, sedihnya, gambar sudah hilang. Terima kasih kerana datang. sob...sob...


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

BERKARYA

*Yahoo*
Berkarya sekadar memenuhi tuntutan idea yang dianugerahi Allah.


Berkarya,
Tidak perlukan nama,
Tidak perlukan siapa-siapa,
Hanya sekadar cetusan rasa.

Bila rasa itu datang,
Karya jadi matang.

Bila rasa itu pergi,
Karya jadi mati.

Bila akal menderas,
Semua idea jadi bernas.

Bila akal membeku,
Idea jadi kaku.

Bila ditenung,
Akal jadi bingung,
Minda jadi terpesong,
Hati jadi kejung.

Berkarya,
Ada masa naik,
Ada masa jatuh menjunam.

Berkarya,
Ada hati yang suka,
Ada hati yang sebaliknya,
Kerana pendapat kita berbeza.

Berkarya,
Sekadar menajamkan akal,
Meluahkan idea yang mendatang,
Tidak dapat disangkal.

Berkarya,
Bukan sekadar fantasi,
Malah turut jua mencoretkan realiti.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Thursday, November 17, 2011

SEKADAR SELINGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang masih lagi sudi singgah ke sini, semoga urusan kita dipermudahkan pada hari ini, InsyaAllah.

Kejadian ini, berlaku baru sebentar tadi. Sebelum saya menceritakan kejadian tersebut, saya ingin kongsikan sedikit gambar pemandangan yang mencuit hati saya.




*Yahoo*
Indahnya pemandangan yang disajikan.


Baiklah, setelah saya menyimpangkan anda dengan gambar di atas, kini, saya sajikan anda dengan kejadian yang menbuatkan hormon adrenalin saya memuncak dengan kencang.


Sila jangan ketawakan kemahiran saya yang baru bermula untuk mengedit gambar,
Kerana saya budak baru belajar.


Ini adalah kisah benar. Sebagai pelajar, persediaan itu adalah amat penting sebelum memasuki kelas yang ingin dihadiri.

Sebagai manusia juga, kita perlu bersedia dengan apa jua halangan dan dugaan yang bakal mendatang dalam kehidupan kita.

Terima kasih kerana membaca,
Kerana saya hanya insan biasa.

Ketulusan hati: Saya baru berjnak-jinak memggunakan perisian PhotoScape. Ini adalah percubaan kedua saya setelah percubaan pertama membuat pengepala di atas.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Wednesday, November 16, 2011

SELESAI SUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat sahaja hendaknya.

Oh, hujan lebat baru sahaja selesai mengalirkan air matanya. Secara tidak langsung mata terasa berat ketika berada di dalam kelas sebentar tadi.




*Yahoo*
Hujan lebat membasahi bumi, apa khabar anda hari ini?



*Yahoo*
Asal hujan, mengantuk. Asal mengantuk, hujan. Eh?


 
Hari ini merupakan kelas yang paling lama dari segi masa yang saya hadiri, dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Masa berehat saya adalah pada pukul 1.15 tengahari tadi sehingga pukul 2.00 petang. Penat? Usah cakaplah. Memang, sebnenarnya. Tetapi, untuk berjaya, ini salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan.




*Yahoo*
Untuk berjaya jangan pandang ke arah nilai-nilai negatif kerana secara tidak langsung akan terhakis nilai-nilai positif. Oleh itu, positifkan diri selalu dan tingkatkan prestasi.


Hari ini juga merupakan hari kelegaan bagi saya kerana saya telah pun membentangkan projek ilmiah tahun akhir saya pada pukul 12.50 tengahari sehingga 1.03 petang tadi. Perasan sangat-sangat-sangat-sangat lega kerana walaupun saya adalah pelajar akhir yang membuat pembentangan pada hari ini.

Seramai enam orang sekaligus membuat pembentangan yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan hanya empat pelajar sahaja yang sempat membentangkan projek mereka. Pembentangan bersambung lagi pada pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 1.03 petang kerana kami mempunyai kelas pada pukul 11.00 pagi. Pada waktu ini, hanya saya dan seorang rakan saya yang membentangkan projek kami ditemani dengan empat orang pensyarah.

Perasaan lega itu adalah lebih terasa istimewanya. Berdebar jangan cakaplah. Tetapi, demi kejayaan di masa yang akan datang, InsyaAllah, semoga dugaan akan ditempuhi dengan tenang.

Demi kejayaan, usaha itu penting.

Demi kejayaan, semua dugaan akan ditempuhi dengan cekal.

Demi kejayaan, fokus itu diletakkan sewajarnya.

Demi kejayaan, ikhlaskan hati menuntut ilmu.



*Yahoo*
Biarpun kita tidak tahu apa masa hadapan kita, tetapi kita bertanggungjawab menentukan masa hadapan kita sendiri.



*Yahoo*
Usaha ke arah kejayaan itu adalah payah tetapi pandanglah kepayahan itu sebagai titik permulaan ke arah kecemerlangan.


Kejayaan itu bukan dari sudut akademik sahaja. Tetapi bagaimana kita menguruskan diri untuk lebih mempunyai nilai-nilai murni di mata masyarakat dan sensitif mengenai isu-isu semasa. Tidak lengkap pandai, bijak ataupun cerdik, tetapi akhlak entah ke mana.

Sekian, sahaja dari saya. Terima kasih, kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Tuesday, November 15, 2011

12 - 1 = 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai yang masih lagi berkunjung ke laman peribadi saya.




*Yahoo*
Saya mulakan tampalan saya dengan senyuman.

Bukan apa. Secara tiba-tiba saya terpandang senarai sahabat saya, saya mendapati bahawa telah kurang seorang sahabat yang 'melarikan diri' dari mengikuti laman ini. Dua belas tolak satu sama dengan sebelas. Oh, tidak mengapa. Saya bukanlah seorang yang akan terasa kecil hati dengan perkara tersebut.





*Yahoo*
Berkecil hati, melarikan diri? Oh, itu bukan sikap saya. 


 
Saya tahu laman ini bukanlah laman yang memberi maklumat yang berguna tetapi ini adalah laman hati saya di kala datang perasaan mahu berkarya, berkongsi pandangan dengan anda serta segala apa yang saya rasa akan saya luahkan dalam laman ini. Sewajarnya dan sekiranya tidak sependapat dengan anda, sila maaafkan saya kerana manusia adalah berlainan sikapnya.

Pandangan. Setiap insan itu pandangan mereka adalah berbeza. Maka, apabila pandangan itu diambil kira, tiada yang benar sepenuhnya atau sebaliknya. Dengan itu, keserhanaan itu adalah paling utama dalam membentuk peribadi kita.



*Yahoo*
Kecil hati itu tidak. Makan hati lagi lah tidak.


Kepada anda semua yang sudi membaca isi hati yang bercerita melalui tangan yang mencoretkan apa yang ingin diperkata, terima kasih diucapkan. Kesibukan duniawi masih menyelubungi saya. Oleh itu, saya jarang meninggalkan jejak saya di laman yang lain sejak sekian lama. Oh, kepada anda terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya sehingga kini. Tidak lupa, terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

Monday, November 14, 2011

ANDAI DAPAT DIUNDUR SAAT ITU

*Yahoo*
Andai dapat diundur sebelum saat itu.


Waktu,
Jika dapat diundur,
Semuanya mahu diperbetul.

Waktu,
Mustahil untuk diundur,
Tidak mustahil untuk diperbetul.

Waktu,
Sentiasa bergerak,
Tetapi hatinya masih berkerak?

Waktu,
Biarlah Allah yang tahu,
Selama mana kebenaran itu bakal diberitahu.

Waktu,
Ku telah berikan waktu ku untuknya,
Tetapi sukar rupanya,
Perubahan itu dilakukannya.

Waktu,
Cepat,
Lambat,
Seperti tiada impak,
Mungkin ianya masih belum nampak.

Waktu,
Hatiku telah berjuang deminya,
Semoga perjuangan ini tidak sia-sia.

Waktu,
Andai dapat ku undur waktu,
Jika sukar diubah,
Akan tiada hasil jua.

Waktu,
Allah kuatkanlah hambaMu ini,
Dengan kekuatan sanubari.

Waktu,
Biarkanlah waktu jua penyembuhnya.



Ketulusan hati: Sekadar berkarya mengubat tekanan di jiwa. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

KESEIMBANGAN TERMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita dalam tampalan yang seterusnya. Terima kasih kerana anda masih lagi sudi bertandang ke rumah jiwa hati nurani saya ini. Terima kasih diucapkan.




*Yahoo*
Ladang hati. Cantik, kan?


 
Berbalik kepada tajuk tapalan pada kali ini, apa yang bermain di lubuk fikiran anda?

Keseimbangan dari segi suhu antara dua objek. Inilah definisi keseimbangan terma. Bukan apa, akal ini secara tiba-tiba terkenangkan kopi panas yang sudah lama tidak dinikmati. Mungkin di lain kali dan di lain kesempatan barangkali.


 
*Yahoo*
Aromanya tidak dapat disangkal oleh deria bau. Menenangkan serta mengasyikkan. Saya gemar kopi. Anda pula, bagaimana?


 
 Serdang menunjukkan tanda-tanda hujan sejak petang tadi. Secara tidak sengaja, terlelap penulis dibuatnya dalam keadaan hujan yang tidak berapa lebat tetapi mampu membuatkan mata ini tertutup dengan sendirinya. Atau hujan tersebut terlampau lebat tetapi penulis yang tidak sedar? Entahlah. 

Ajaib kan hujan tersebut? Mampu melenakan mata yang mengantuk. he...he... Oh, sebenarnya, keletihan ini juga disebabkan kelas saya yang bermula pada pukul 8.00 pagi berlarutan sehingga pukul 3.00 petang. Terasa seperti  budak sekolah pula mempunyai jadual waktu pembelajaran yang sebegini.

Setelah terlampau banyak mengarut yang entah apa yang dikarutkan, sebenarnya saya terfikir mengenai keseimbangan terma dalam kehidupan kita seharian.

Waktu panas, minuman sejuk lebih mendapat tempat di hati. Manakala pada waktu sejuk, minuman panas pula mendominasi. Benar, bukan?



*Yahoo*
Oh, inilah yang dinamakan keseimbangan terma. Ais kacang pada waktu panas, pasti mengancam jiwa. Sedapnya.




*Yahoo*
Air kelapa disajikan di saat kepanasan melanda tidak kurang mengancamnya, kan? Oh, terlupa pula saya, nadieyamira tidak menggemari air ini. Jangan marah ye, nadieyamira. Sekadar gurauan.


Tetapi makanan yang lazat, pasti mahu dinikmati pada waktu bila-bila masa sahaja, kan? Tidak sedap rasanya apabila menikmati makanan sejuk pada waktu panas mahupun makanan sejuk pada waktu panas. Tetapi, sebagai pelajar seperti saya yang tidak berpeluang memantapkan serta mempraktikkan kemahiran memasak, makanan yang sejuk pun dirembat juga kerana perut sudah tidak dapat menahan lapar. he...he...


*Yahoo*
Nyum...nyum...Kelihatan sedap, bukan?




*Yahoo*
Dalam menikmati santapan, buah-buahan jangan lupa.


 
Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian makanan pada kala ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke noktah akhir. Maafkan saya sekiranya gambar-gambar di atas mengancam deria rasa anda. Harap maaf dari penulis.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

IKHLAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat handai saya sekalian? Semoga anda diberi kesihatan dan rezeki yang baik hendaknya oleh Allah Ta'ala.




 *Yahoo*
Didiklah hati supaya sentiasa melakukan segala kerja dengan ikhlas.


 

Ikhlas,
Satu perkataan,
Seribu pengertian.

Ikhlas,
Sukar dimengerti,
Bukan sekadar luahan hati.

Ikhlas,
Didik,
Pupuk,
Semoga ia datang sendiri,
Menyerah diri.

Ikhlas,
Setulus budi,
Seikhlas hati nurani.

Ikhlas,
Bukan paksaan,
Tapi relakan.

Ikhlas,
Bukan sekadar ucapan di pinggir bibir,
Jikalau hati sekadar menafi.

Ikhlas,
Saya ikhlas,
Anda ikhlas,
Dia ikhlas,
Mereka ikhlas,
Kita ikhlas,
Sekadar memberi balas.

Ikhlas,
Dalam hati,
Tidak perlu dikatai.



 
*Yahoo*
Ganjaran hati yang tenang adalah sudah mencukupi dengan termeterainya ikatan ikhlas dalam diri.



 

Ikhlas,
Tanamkan ia perlahan-lahan,
Supaya kita akan perlahan-lahan,
Mengakui kewujudannya di hati kita.

Ikhlas,
Ikhlaslah dalam apa jua pekerjaan,
Agar jiwa tenang sepanjang perjalanan.

Ikhlas,
Jangan ucapkan,
Tetapi lakukan,
Cukuplah sekadar kita yang menjadi tuan.



 *Yahoo*
Keikhlasan hati yang datang dengan sendiri adalah lebih afdhal dari suruhan sesuatu secara paksaan.


"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.