Saturday, October 15, 2011

SELAMAT PAGI DAN SELAMAT HARI-HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda-anda sekalian? Di harap agar tenaga anda pada hari ini adalah di tahap yang maksimum kerana esok adalah hari Ahad. Maka, hari tersebut merupakan hari minggu. Hari untuk berehat seMalaysia bukan sedunia. Ini tidak termasuk negeri Kelantan dan Terengganu. Tidak, begitu?

Hari yang penuh nyaman. Anda baru bangun dari tidur?

*Yahoo*
Anda sedang menguap? Tutup mulut anda sekarang. Biasa lah adat, nanti syaitan nirrojim masuk dalam mulut maka, hari ini akan menjatuhkan semangat anda.

*Yahoo*
Masih menggosok-gosokkan mata? Tidak mengapa yang penting anda telah pun bersiap sedia berdiri untuk melangkahkan kaki anda ke tandas. Bagus. Ada peningkatan dari katil ke tandas.

 
*Yahoo*
Kalau masih dalam keadaan begini, terpulang lah kepada anda. Tidak mengapa bagi manusia yang bercuti pada hari ini.

*Yahoo*
Bagus. Teruskan aktiviti membersihkan diri. Ada temu janji, mungkin? Atau bersemangat menguruskan rumahtangga. Itu yang bersemangat seperti gambar di atas. Tidak mengapa. Janji apa yang kita buat, pahala dari Allah menati kita. InsyaAllah.

Selamat pagi, selamat tengah hari mahupun selamat petang adalah ungkapan yang seringkali diucapkan. Untuk makluman, selamat malam hanya boleh diucapkan apabila saat ingin tidur sahaja.

Tetapi, ucapan selamat pada masa -masa tertentu adalah untuk mendoakan keselamatan pada waktu -waktu tertentu sahaja. Oleh itu, selamat sejahtera adalah digalakkan untuk orang bukan Islam manakala bagi orang Islam, kalimah istimewa yang perlu diucapkan adalah dengan kalimah "Assalamualaikum". 

Mudah bukan dengan satu kalimah sahaja, kita secara automatik telah mendoakan seseorang. Mudah, ringkas, dan padat. Tambahan pula, ganjaran pahala diperuntukkan. Apabila kita berbuat baik dengan orang lain serta menyenangkan orang lain, ganjaran pahala daripada Allah akan diberikan kepada kita.

"Tapi, saya tidak mengenali dia. Tak kan lah tiba-tiba nak ucap "Assalamualaikum". Ish, segan lah saya." Ya. Terdapat segelintir insan yang mempunyai sifat sebegini. Jadi, kita boleh menggunakan cara yang paling mudah sekali.

Cuba lah teka?

                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :

*Yahoo*
Senyum lah kerana ia merupakan satu sedekah. Otot muka juga dapat dilatih untuk bergerak dan sekaligus membuat kita menjadi awet muda. Siapa yang tidak mahu kelihatan muda, bukan?


Mudah, bukan? Senyuman itu selalunya membuatkan aura-aura positif sentiasa menyelubungi diri kita. Tetapi harus diingatkan, senyuman yang ingin diberi itu haruslah bertempat. Ini bermaksud, senyuman itu perlu disedekahkan kepada orang tertentu sahaja dan bukan niat untuk menggoda. Senang cerita senyum lah anda pada kaum yang sejantina anda. Ini dapat mengelakkan fitnah. Nanti, tidak fasal-fasal ada yang terperasan.

 
*Yahoo*
Mahu tidak terperasan jika sebegini senyuman yang dilemparkan? Oh, ayu nya.

*Yahoo*
Ingat senyum pada sesama jantina sahaja. Suami isteri tidak termasuk dalam golongan ini. Mereka kes istimewa. Boleh, faham? Bagus. Teruskan pembacaan.

Baiklah, sekalian sahaja dari saya. Bertemu kita pada tampalan yang lain. InsyaAllah jika penulis bersemangat dan diberi semangat, saya akan kupas mengenai isu-isu yang lain pula. Ingin diingatkan bukan tampalan untuk mengajar anda semua mengenai cara-cara mengupas buah. Sekian dan kesian.

Ketulusan hati: Penulis tidak berjanji tetapi jangan biarkan janji hanya tinggal janji. Teringat ketika waktu kanak-kanak dahulu, jari kelingking yang berpaut untuk menoktahkan janji. Tersenyum sendiri dibuai kenangan lalu. Jasa masa, hiasi peribadi dan  lontarkan senyuman.

Friday, October 14, 2011

RINTIHAN HATI IKHLAS DARI SAYA KHAS BUAT AWAK

video
Kesillapanku Keegoanmu. Sila dengar dan hayati ketika membaca tampalan ini untuk mendapat kesan khas. Harap maklum.

 
Awak,
Saya rindukan awak,
Rindu sangat-sangat,
Tiada yang terluah dengan kata-kata,
Tetapi,
Mengapa awak sudah tidak seperti dahulu lagi?

Awak,
Saya tahu,
Saya silap,
Mungkin awak juga silap,
Kerana manusia itu tidak dijadikan Allah begitu sempurna,
Melainkan nabi dan rasulNya.

Awak,
Berterus-terang lah kepada saya,
Kerana,
Saya tidak tahu apa kesilapan saya,
Awak terus menghukum saya,
Saya akui,
Mungkin kesilapan itu saya tidak sedar atau mungkin di luar kawalan,
Kesilapan yang mungkin menggores perasaan awak.

Awak,
Walaupun apa yang awak buat terhadap saya,
Saya sedikit pun tidak menyalahkan awak,
Bahkan saya berjaya memujuk hati saya,
Untuk tidak sesekali berdendam kepada awak.

Awak,
Saya rindukan gelak tawa awak,
Saya rindukan  keletah awak,
Saya rindukan kata-kata semangat dari awak,
Saya rindukan doa-doa dari awak,
Serta,
Saya rindukan segala-galanya,
Tentang awak,
Ya,
Semuanya.

Awak,
Jika awak membaca coretan hati saya,
Walaupun saya tahu,
Itu adalah musykil,
Tetapi,
Mungkin apabila saya tiada lagi di dunia ini,
Saya pasti awak akan membaca,
Warkah coretan hati saya ini.

Awak,
Pada masa itu,
Saya ingin katakan pada awak,
Yang hanyalah awak di hati saya,
Saya harap awak juga memaafkan saya,
Kerana bagi saya,
Tiada sekelumit dendam pun yang tersisa,
Di hati sanubari saya ini,
Kerana saya telah memaafkan segala-galanya,
Perbuatan awak terhadap saya,
Ikhlas dan jujur dari hati nurani saya yang tidak seberapa ini.



video
Rindu seringkali diibaratkan dengan Purnama Merindu. Purnama juga ada perasaan, ini kan pula manusia.



video
Lagu ini pun sesuai juga untuk melayan perasaan. Jom layan.



Ketulusan hati: Kadangkala kita perlu menghargai lagu-lagu yang lama. Kerana lagu-lagu tersebut, maka terhasil lah tampalan ini. Terima kasih kerana sudi singgah.

INGAT-MENGINGATI DAN NASIHAT-MENASIHATI SERTA TEGURAN YANG BERHEMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para sahabat yang dikasihi sekalian. Apa khabar anda di sana? Saya berdoa agar anda dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja dan fikiran serta emosi yang stabil untuk melayari hari-hari yang ingin dilayari. Tiba-tiba penulis terimaginasi untuk berlayar menggunakan kapal layar. Oh, angin yang mendamaikan serta ombak yang menderu-deru.


*Yahoo*
Alangkah indahnya jikalau dapat peluang bersantai di atas kapal layar dan menikmati hari dengan tenang jauh dari kesibukan duniawi. Kadangkala akal fikiran serta tubuh badan perlu direhatkan secukupnya untuk memaksimakan penggunaan akal. Bila agaknya dapat peluang sebegini?


*Yahoo*
Tetapi jikalau tidak dapat bersantai di atas kapal layar, di pantai yang ada jeti pun boleh, bukan? Oh, fikiran saya perlukan rehat kerana minggu ini sahaja tiga ujian peperiksaan yang telah saya tempuhi. Tiga ujian lagi pada minggu akan datang. Terasa kotak akal saya penat dan letih. Oh, tubuh badan saya juga begitu. Ada sesiapa yang ingin menaja saya untuk merehatkan diri? Tidak mengapalah.


*Yahoo*
Ya. Saya menyukai pantai. Ada rezeki lebih, saya nak beli sebuah pulau boleh? Berangan biar lebih, berusaha biar lebih-lebih. Adil, bukan?

  
Berdasarkan tajuk tampalan yang agak begitu panjang, sebenarnya saya ingin berkongsi dua video dari Ustaz Azhar Idrus.

Facebook. Saya ingin menggelarkannya sebagai buku wajah. Boleh? Oh, ini tampalan saya, anda adalah pembaca. Saya amat menghargai anda yang sudi singgah ke laman peribadi yang tidak seberapa ini.

Telah menjadi satu budaya untuk setiap insan mempunyai buku wajah. Ia seolah-olah satu budaya dalam masyarakat seantero dunia. 

Tetapi kepada para gadis dan wanita di luar sana perlu berhati-hati dengan wadah buku wajah ini. Hukum tetap hukum. Hukum itu sendiri adalah berlainan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, pendekatan yang berlainan perlu diketengahkan.

Saya ingin mengajak anda untuk menonton video yang diketengahkan kerana video tersebut semestinya berada di tengah-tengah kedudukan tampalan pada kali ini.

Sila abaikan lawak itu dan teruslah menonton video yang diketengahkan.


video



Bagaimana penerimaan para gadis dan wanita sekalian? Tepuk dada tanya iman. Kadangkala kita sebagai manusia adalah lebih baik melakukan sesuatu perubahan itu secara perlahan-lahan mengikut satu langkah demi langkah agar kita dapat menilai erti kebaikan daripada sesuatu perubahan. Tidak, begitu?

Lagi sebuah video yang diketengahkan kepada anda daripada Ustaz Azhar Idrus juga. Mari kita saksikan.


video



Apa pandangan anda? Apa? Nak buang semua gambar anda? Sekarang? Bagus untuk semua para gadis dan wanita di luar sana. Boleh jadi calon untuk dijadikan isteri. Cepat, bertindak lah sekarang untuk buang semua gambar yang tidak sepatutnya. Simpan gambar yang hanya ada wajah anda satu inci sahaja di dalam wajah buku anda. Satu inci jangan lebih. Harap maklum.

Mesti ada di antara anda yang berkata "Ala, tak best lah macam ni. Kita nak update semua aktiviti kita. Entah apa-apa lah penulis ni. Sibuk je".

Tanggungjawab. Ini merupakan salah satu tanggungjawab saya untuk ingat-mengingati, nasihat-menasihati serta saya merasakan teguran saya adalah dengan menggunakan pendekatan yang berhemah.

Memang kita nanti tidak akan di kuburkan bersama. Tetapi kita semua bersama-sama akan di bangkitkan di Padang Mahsyar kelak.

"Ala, nak tegur-tegur kita pulak. Dia tu (penulis) baik sangat ke?". Jujur saya akui tidak lah baik sangat tetapi saya akan mencuba untuk jadi yang terbaik kerana saya ingin menjadi insan hebat.

Mari kita berubah bersama-sama untuk menuju ke jalanNya. Jalan yang diredhai Allah. Itu yang lebih baik.

Ketulusan hati: Berubah secara perlahan-lahan adalah lebih baik daripada tiada perubahan yang ingin diubah. Tidak, begitu? Tepuk dada, tanya iman. Tepuk iman, tanya Islam. Islam itu indah. Indah itu Islam.


Thursday, October 13, 2011

LAKARAN KEHIDUPAN OLEH CHOMEL

video


Oh tuhan berilah petunjuk
Agar dapat aku terima segala
Dugaan darimu yang kau hadiahkan untukku
Hingga kini tak mampu ku tempuh

Diriku masih lagi menunggu
Cahaya bahagia ku
Yang tk mampu disentuh
Mana harus ku tuju
Arah yng menentu
Agar terisi ruang dihatiku

Aku berdoa padamu Tuhan
Kabulkan lah kehendakku
Terangilah jiwaku
Yang diulit keresahan

Diriku yang terdampar kesepian
Mungkin kah ini lakaran kehidupan
Harus ku jalani pelbagai rintangan
Apakah ini semua ditakdirkan

Diriku yang sering menjadi mangsa
Cukupku kenali erti sengsara
Tak terasanya nikmat bahagia
Inginku jalani
Hidup yang bermakna

Aku berdoa padamu Tuhan
Kabulkan lah kehendakku
Terangilah jiwaku
Yang diulit keresahan

Diriku yang terdampar kesepian
Mungkin kah ini lakaran kehidupan
Harus ku jalani pelbagai rintangan
Apakah ini semua ditakdirkan

Diriku yang sering menjadi mangsa
Cukupku kenali erti sengsara
Tak terasanya nikmat bahagia
Inginku jalani
Hidup yang bermakna

Oh Tuhan lindungilah diriku
Dari segala seksa didunia
Aku terima segala suratan
Tertulis kisah
Lakaran kehidupan


Ketulusan hati: Lakaran kehidupan. Lagu yang cukup ringkas tetapi memberi erti yang cukup bererti.

KEJINGGAAN MATAHARI YANG TERBENAM

Kepekatan langit yang berwarna kejinggaan yang tidak berapa pekat kejinggaannya.  


Warna kejinggaan yang ingin membuka tirainya.


Konsentrasi warna yang semakin menunjukkan taring kejinggaan.


Ya. Semakin kejinggaan.


Kejinggaan maksima bukan untuk mempromosikan filem Impak Maksima. Tiada kaitan.


Warna langit kejinggaan yang semakin memudar untuk memberi ruang warna malam menggantikannya.


Assalamualaikum dan salam sejahtera makhluk-makhluk Alllah sekalian. Pada tampalan kali ini, pasti anda mengerutkan dahi untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Kejinggaan bagai. Kepada sesiapa yang menghargai warna jingga mungkin menyukai tampalan ini tetapi kepada yang tidak berkenan di hati faham-faham lah sendiri. Semua gambar adalah daripada sekitar tingkap bilik saya sahaja. Penulis tiada masa yang mencukupi untuk menjadi jurugambar yang merayau-rayau dan mencari-cari tempat yang sesuai untuk mendapatkan gambar tema untuk setiap tampalan. Harap maklum.

Perenggan pengenalan sahaja sudah panjang. Ini belum lagi masuk kepada babak penceritaan. Tidak mengapa yang penting anda, pembaca kesayangan saya masih lagi membaca apa yang saya coretkan. Terima kasih. 

Sejak kebelakangan ini, saya gemar meluangkan masa memerhati pemandangan. Adakah ini penangan hati ini terasa kekosongan? Jauhi spekulasi. Tingkatkan jati diri. Boleh?

Baiklah, pembaca yang baik-baik sekalian, bagaimana pula aktiviti anda sejak kebelakangan ini. Saya berjaya mengubah sedikit tabiat saya yang selama ini sering membaca dan berjalan secara alam maya kepada perkongsian pandangan saya terhadap pemandangan ciptaan Ilahi. Sudah lah cantik, tenang, damai serta mendamaikan kotak fikiran. Saya berasa selesa dengan perasaan menghargai ciptaan Illahi. Allah menciptakan pemandangan untuk umatNya berfikir, menenangkan fikiran serta menaakul setiap kejadiaanNya. Tidak begitu?

Syukur, Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah. Kadangkala apabila kita tenang, lapang, kita lupa untuk mengingatiNya tetapi apbila kita tersungkur, terjatuh, dan terasa kehilangan dan kesakitan, kita mula untuk menyedari dan mendekatkan diri kita kepadaNya.

Itulah sebab Allah turunkan ujian kepada kita. Bukan ujian peperiksaan itu lah. Tetapi ujian peperiksaan itu pun uijian juga, bukan?

Ujian hidup lebih mematangkan manusia sebenarnya daripada ujian yang dihadapi ketika peperiksaan. Kerana biasanya ujian dalam peperiksaan itu adalah untuk mendapatkan gred sama ada lulus atau gagal.

Tetapi tidak ujian dalam kehidupan. Kerana apa? Kerana ujian tersebut kita akan bawa untuk ke destinasi yang seterusnya agar kita dapat belajar dan memahami erti kehidupan itu sendiri. Penuh onak dan ranjau.

Tiada kehidupan yang mempunyai jalan yang lurus dan mudah. Mungkin ada manusia yang bertuah sebegitu, tetapi hidup mereka pasti hambar tanpa ujian kerana mereka tidak dapat memaksimakan perasaan yang mereka punya. Benar, bukan? 

Sebelum melabuhkan tirai tampalan pada kali ini, saya hidangkan anda dengan lagu dari Misha Omar dan Saiful yang bertajuk Tak Ku Duga. Ini hidangan pendengaran bukan hidangan makanan.

Ujian yang diberikan kepada kita sebenarnya tidak akan kita duga. Ini adalah benar. Ujian datang sama ada kita bersedia untuk menghadapinya atau sebaliknya. Tetapi selagi kita ada Allah, kuatkan semangat kerana Allah tidak akan menguji makhlukNya melainkan makhlukNya itu mampu untuk menghadapinya. Semangat yang kuat perlu dipupuk dan dicanai. Maka, untuk ujian yang akan datang, pupuk dan canailah semangat itu dari sekarang. Satu, dua, tiga. Pupuk dan canai. Sekarang juga.


video


Tak pernah ku duga satu saat jatuh cinta
Pada saat suram menyapa di hati ku
Mungkinkah masih ada oh cinta indah buat ku
Sedangkan sepi menemani ku

Buangkanlah sepimu menjadi sekuntum rindu
Aku akan mengisi ruang hatimu kasih
Cinta ini buatmu hati ini buatmu
Di sini ada cinta buatmu

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki

Pintaku pada mu jujurlah oh ke akhirnya
Agar asmara kekal abadi dalam hati
Kekasih ku berjanji menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki

Aku hanya mampu berdoa
Takdir ini buat kita
Menuju bahagia
Kita miliki cinta

Kekasih ku berjanji
Menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki
Kita miliki



Ketulusan hati: Lagu ini tidak semestinya ditujukan oleh pasangan bercinta tetapi kepada insan-insan yang berada di sekeliling kita. Kebahagiaan itu adalah hak milik setiap insan. Tidak, begitu?

Wednesday, October 12, 2011

JAWAPANMU OLEH MISHA OMAR

                                        video


Kamu selalu buatku tersenyum sendiri
Ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
Jawapan dari kamu

Aku selalu terkenangkan kamu
Bila kamu jauh dari diriku
Kamu selalu yang ku rindu
Jawapan rinduku kamu

Terleka bila berbicara denganmu
Pastiku terbang tinggi ke awan biru
Bermain dengan kata-kata
Dari bibirmu itulah impiku selalu

Kerap kali kau muncul di ruang minda
Denganku kini kian sempurna
Bilaku terjaga kau di depan mata
Katakan saja apa yang di rasa

Kamu selalu buatku tersenyum sendiri
Ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
Jawapan dari kamu

Aku selalu terkenangkan kamu
Bila kamu jauh dari diriku
Kamu selalu yang ku rindu
Jawapan rinduku kamu

Nyata berbeza cara kau berbicara
Ku terasa diriku istimewa
Mahuku bertanya tapi ku tak berdaya
Dah ku dekat denganmu kelu lidah membisu

Masih lagi ku tercari-cari
Dari mimpi ke mimpi hari ke hari
Nyata mulanya dari kamu
Katakan saja apa yang di rasa

Kamu selalu buatku tersenyum sendiri
Ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
Jawapan dari kamu

Aku selalu terkenangkan kamu
Bila kamu jauh dari diriku
Kamu selalu yang ku rindu
Jawapan rinduku kamu

Selalu aku mendoakan
Agar kita disatukan
Dan kita akan
Ke akhirnya

Kamu selalu buatku tersenyum sendiri
Ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
Jawapan dari kamu

Apa yang kau mahu
Itu yang ku mahu
Janganlah kau pergi
Tinggalku sendiri
Ku cari jawapan pasti

Kamu
Kamu selalu buatku tersenyum sendiri



Tuesday, October 11, 2011

TERLEPAS DARI BELENGGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu moment kegembiraan saya kepada anda semua. Ya. Anda kan salah seorang sahabat saya, jadi berlandaskan nilai persahabatan ini, saya kongsilah dengan anda semua.

Adakah anda dapat meneka apa yang saya gembirakan? Apa? Anda tahu? Pelik. Anda peramal masa hadapan kah? Juga bukan? Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Sabar dahulu. Sabar itu separuh daripada iman, tahu? Apa? Anda sudah tahu? Bagus. Tahu sahaja tanpa amalkan tidak berguna juga. Benar? Terasa? Oh, maafkan penulis.


*Yahoo*
Alangkah comelnya penulis apabila gembira sebegini.


Hari ini merupakan hari yang bermakna dalam hidup saya kerana saya telah habis persembahan latihan industri saya. Kepada sesiapa yang tidak mengerti saya bawakan anda untuk menyelak kembali tampalan ini.

Terima kasih Ya Allah. Tahu kah anda? Mesti lah anda tidak tahu kerana penulis sekali lagi cuba bermain dengan menguji kesabaran anda. Lagi sekali cuba amalkan sikap untuk bersabar.

Baik. Tarik nafas dengan perlahan, tahan dan lepaskan perlahan-lahan. Buka minda anda untuk membaca apa yang cuba disampaikan oleh saya.

Pertama sekali. Pertama mestilah sekali. Eh, penulis ni bergurau lagi. Jangan cuba untuk mengubah haluan anda ke petak tanda pangkah pada sisi kanan. Kalau bukan anda yang membaca, siapa lagi. Oh, tidak mengapa. Tampalan ini tetap menjadi arkib bagi halaman ini.

Baiklah. Kini serius. Allah menetapkan saya dan rakan-rakan untuk mempersembahkan persembahan kami hanya di dalam bilik pensyarah pelawat itu sahaja. Anda bayangkan lah persembahan dalam keadaan santai dan harmoni. Formal tetapi tidak terlalu formal. Saya suka keadaan begini. Kerana apa? Kerana ruang boleh mempermainkan perasaan seseorang manusia itu.

Saya berikan satu contoh kepada anda. Anda pasti boleh bayangkan saya dan sahabat saya, kami berempat sepatutnya melakukan persembahan dalam bilik yang agak luas. Bayangkan hanya kami berempat sahaja tetapi ruang yang luas diperuntukkan kepada kami. Ini dinamakan pembaziran ruang. Tidak baik membazir. Allah tidak suka kepada umat Muslim yang membazir.

Jadi, Allah telah mengubah tempat persembahan kami. Terima kasih, Ya Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk makhlukNya. Kami telah melakukan persembahan dengan santai sambil duduk di kerusi empuk dan hanya menghadap komputer riba yang berjenama Acer dan ini sungguh cool. Eh, terlepas pelat English lah pulak. Santai kan? Anda tidak perlu terlalu cemburu. Pendingin hawa di bilik pensyarah itu sungguh nyaman. Sila lah jangan cemburu buat kali kedua.

Maka, dengan berakhirnya persembahkan yang telah kami persembahkan, maka berakhirnya persembahan latihan industri yang selama ini memendungkan perasaan saya.

Terlepas dari belenggu. Itu yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan di hati ini. Rasa mahu hebahkan pada dunia. Tetapi dengan teknologi di era globalisasi ini, saya sebenarnya pun telah berkongsi perasaan saya bersama manusia lain di seantero dunia. Statistik halaman SECRET IN THE HEART telah menunjukkan manusia yang berada di negara luar dari Malaysia telah membaca tampalan saya ini. Terima kasih daun keladi, jangan malu dan segan untuk berkunjung lagi.




*Yahoo*
Terima kasih. Sila lah berkunjung lagi.


Ketulusan hati: Awan mendung tidak habis berarak sepenuhnya. Tetapi cukuplah sekadar Allah memberikan kelapangan hati buat masa ini. Duhai hati, bergerak lah.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

AWAN NANO OLEH HAFIZ

video



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

TERIMA KASIH ANDA






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang sudi berkunjung ke laman peribadi saya yang tidak seberapa ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat yang sudi menjadi pengikut, yang sudi membaca dalam diam, mahupun yang sudi secara tiba-tiba mengintai laman ini secara tidak sengaja. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Pada tampalan kali ini penulis ingin meluahkan rasa sukacita kepada anda kerana sudi membaca, mengulas serta mencuci pandangan mata ketika berkunjung ke sini.

Secara dasarnya, bukan niat di hati ingin mewujudkan laman ini. Kepada sahabat yang ingin mengetahui, sila lah membaca tampalan terdahulu yang menyebabkan laman peribadi ini berdiri. Ia bukan berdiri dengan sendiri kerana tanpa saya, siapakah laman ini dan sebaliknya. Benar, bukan? Cuba bayangkan jikalau laman ini berdiri dengan sendiri, siapakah yang menaip setiap tampalan? Siapakah yang mencontengkan idea di dalamnya? Saya rasa ini tidak cukup seram. Anda pula bagaimana?

Terima kasih juga kepada adik saya yang banyak berkongsi ilmu membuat laman peribadi ini. Dia insan yang cukup saya sayangi kerana sentiasa memberi pendorong kepada saya. Terima kasih adik-adikku. Oh, saya sudah nampak tubir mata adik saya bergelinangan dengan air mata. Itu pun jikalau adik saya membacalah. Kalau tidak, tidak mengapa kerana saya pasti sahabat saya sedang membaca sekarang. Ya. Anda yang membaca adalah sahabat saya. Atau anda juga berdiri dengan sendiri. Oh, ini sudah seram. Betul, penulis tidak mengespretasikan perasaan yang tidak wujud. Oh, ayat ini sudah terlalu maju. Maju? Abaikan lah wahai pembaca sekalian.

Terima kasih kepada anda, anda dan anda. Anda yang sudi memanfaatkan masa anda untuk laman yang tidak seberapa ini. Terima kasih sekali lagi.


Terima Kasih



Ketulusan hati: Terima kasih sekalung budi, jangan segan untuk berkunjung lagi.

Monday, October 10, 2011

BAGAI AWAN DENGAN LANGIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih Ya Allah kerana masih mengurniakan kesihatan yang baik dan hari yang cerah pada hari ini.

Pada tampalan kali ini, saya ingin mengajak anda menjelajah koleksi awan yang terdapat di sekeliling saya. Semua gambar yang diambil adalah masih segar kerana penulis baru sahaja menjadi jurugambar ketika ketiadaan rakan sebilik. Semua gambar adalah hasil kekreatifan jurugambar tanpa mengikut rentak mana-mana jurugambar yang ada pada masa kini. Harap maklum.

Sila lah menjamu mata anda kerana apabila percakapan yang banyak menjadi sia-sia. Koleksi awan ini hanyalah dari sudut pandangan bilik penulis sahaja.


Indah. Dari sudut kaca mata penulis. Anda pula bagaimana?


Cantik bukan?

Awan berarak membawa perintah daripada PenciptaNya. Tidak pernah lalai. Tetapi kita sebagai hambaNya seringkali mengabaikan perintahNya.

Langit yang terbentang luas.

Angin yang bertiup. Sila lihat pada pokok yang condong ke kanan tersebut.


Langit yang membiru. Biru yang melangit. Eh, silap sudah.


Lagi langit biru.


Langit dan awan yang merupakan sahabat sejati bagai isi dengan kuku.


Ketulusan hati: Indahnya nilai persahabatan sekiranya mereka bagaikan awan dengan langit. Tidak pernah mengeluh, saling memahami dan saling melengkapi.