Saturday, October 8, 2011

KETENANGAN

Ketenangan,
Yang Kau berikan Ya Allah,
Menyentap hati sanubari ini,
Biar pun ku tahu,
Ianya tidak berkekalan,
Tetapi,
Cukuplah dahulu,
Pada saat ini.

Ketenangan,
Yang ku dambakan,
Menyeliputi debu-debu halus,
Kota kesibukan duniawi,
Yang pasti tidak akan berhenti dengan sendiri.

Ketenangan,
Satu proses mengenali diri,
Merehatkan minda,
Mematangkan hati,
Memujuk akal fikiran,
Merealisasikan impian,
Mendekatkan hamba dengan PenciptaNya.

Ketenangan,
Selagi denyut nadi ini bernafas,
Menghirup udara ciptaan Ilahi,
Akan pasti ku cari,
Walaupun dalam di lema ini.

Ketenangan,
Telah ku temui,
Dengan Islam yang bertakhta di hati,
Bukan hanya diwarisi,
Terima kasih Ya Ilahi,
Dengan pemberian ini.


*Yahoo*
Kehidupan yang setenang air itu adalah indah tetapi berwaspadalah kerana air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya. Jangan biarkan setiap ujian yang menimpa kita mematahkan semangat untuk terus berada di jalan Allah.


*Yahoo*
Tenang. Bayangkan angin yang bertiup dan menyapa diri anda ketika berada di atas sampan tersebut. Oh, nyamannya.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita diberi rahmat dan keberkatan dalam menjalani kesibukan duniawi yang tidak akan berhenti dengan sendiri melainkan ajal yang menanti.

Apa khabar sahabat sekalian? Saya merasakan telah sekian lama saya tidak mencoretkan warna-warni kehidupan saya secara benar-benar membuatkan akal fikiran saya ingin melontarkan apa yang tersirat mahupun apa yang tersurat.

Ketenangan. Manusia sebenarnya sentiasa sibuk menguruskan dunia sehinggakan kadangkala tidak sempat untuk merasai nikmat ketenangan. Tetapi, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita di kurniakan nikmat Islam dan Iman serta nikmat-nikmat yang hanya diistimewakan oleh Allah untuk umat Muslim sahaja.

Biarpun sesibuk mana sekalipun kita, antara perkara urusan kesibukan itu, pasti ada ketenangan yang diberikanNya.

Solat. Ia merupakan salah satu medium ketenangan yang bakal melenyapkan hakikat kesibukan. Solat siap hari lima waktu yang diamanahkan kepada umat Muslim ada hikmahnya.

Perasan kah para sahabat sekalian, setiap kali kita selesai menjalankan perintahNya yang merupakan rukun Islam yang kedua ini, kita pasti akan berasa tenang. Ini kajayaan kita dalam mencapai ketenangan itu.

Tetapi, pasti ada segelintir yang tidak bersetuju dengan hakikat ini. Manusia rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Mengapa solat tidak berjaya menenangkan saya? Selidiki dahulu solat kita. Khusyuk kah kita semasa melaksanakannya? Benarkah hati kita diletakkan seratus peratus kepada Allah semasa melaksanakannya? Jawapan itu ada pada anda. Dan terpulang lah kepada anda untuk menilainya.

Saya juga tidak lah sesempurna mana. Tetapi tidak salah sekiranya kita sesama manusia saling ingat-mengingati dan saling berpesan-pesan. Insan hebat itu pasti menjaga solatnya. Dengan solat yang merupakan asas dalam kehidupan kita, InsyaAllah, pasti Allah akan memberikan ganjaran yang merupakan ketenangan dalam kehidupan kita.

Sebelum penulis melabuhkan tirai tampalan pada kali ini, terimalah sebuah lagu yang bertajuk PadaMu Ku Bersujud oleh Afgan. Terimalah.




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu


Friday, October 7, 2011

MENGHITUNG HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang sudi membaca tampalan saya pada hari ini.

Menghitung hari. Jantung berdegup kencang. Takut berbaur gementar.




Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari

Padamkan saja kobar asmaramu
Jika putik itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri

Padamkan saja kobar asmaramu
Jika putik itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri

Oh...pergi saja cintamu pergi
Bilang pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri
Diri ku kini sendiri




 Ketulusan hati: Berdebar-debar untuk persembahan (presentation) latihan industri. Harap maklum. Tersenyum apabila menggunakan aplikasi carian terjemahan daripada *Google*.

Wednesday, October 5, 2011

HATI YANG DISENTUHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah berjalan-jalan dan merantau mencari bahan, saya terjumpa video di bawah dan di harap agar para sahabat mengikuti video tersebut dari permulaan sehingga pengakhiran.

Jiwa itu lembut sebenarnya. Jika anda berjaya menyentuhnya, bermakna anda masih mempunyai nilai perikemanusiaan yang tinggi. Jangan sia-siakannya. Bentuklah ia menjadi satu medium yang dapat mengajar erti kasih sayang, rindu dendam serta erti bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Kasih sayang Allah tidak terbatas kepada makhlukNya.





Apa perasaan anda setelah menonton video ini? Menangis, ternangis, atau saja-saja tidak menangis kerana malu atau segan dengan insan yang berada di sekitar anda? Tetapi tunggu dahulu. Kesat air mata anda kerana anda perlu membaca tampalan ini sehingga ke penghujungnya. Jikalau anda menangis, siapa yang ingin membaca coretan saya ini? Nah, ambil tisu. Kesat air mata anda. Sekarang.

*Yahoo*
Saya tahu anda berkata "Comelnya, pemilik laman ini. Eh, kotak tisu ini lah". Jangan buat-buat terlupa. Kesat hingus anda juga.


Hargailah mereka sebaik-baiknya walaupun berkemungkinan mereka tidak menganut agama yang sama dengan kita serta berkemungkinan kita bukan anak yang mereka harapkan. Kerana jauh di sudut hati setiap manusia itu Allah limpahkan mereka dengan sifat saling kasih-mengasihani sesama makhluk. Mungkin mereka tidak sedar kewujudan kita, tetapi layanilah mereka selayaknya. Kerana mereka ibu dan bapa kita.

Tiada dua, tiada tiga, serta tiada pengganti sampai bila-bila. Terimalah mereka seadanya. Jangan berdendam walaupun mereka mempunyai sikap yang menyakitkan hati kita mahupun terdapat segelintir ibubapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka seperti mana yang Allah amanahkan. Biarkanlah, itu perihal mereka dengan Allah. Kita sebagai anak hanya mampu berdoa agar di lembutkan hati mereka supaya ikhlas menyayangi kita dan sedar akan tanggungjawab yang diamanahkan. Kerana setiap manusia itu tidak sempurna. Berdoalah kerana doa itu merupakan senjata orang-orang mukmin. Jangan berhenti berdoa.

Ikuti video kedua di bawah ini pula.




Setelah menyelami jiwa ibubapa, kini kita cuba merenangi gelora anak-anak pula. Manusia, tiada yang sempurna. Dalam menangani masalah, satu perlu saya ingatkan. Masalah yang dihadapi, jangan cuba menunding jari kepada siapa yang bersalah dan siapa yang menyebabkan sesuatu masalah itu berlaku.

Tidak perlu mengungkit akan sesuatu perkara yang telah terjadi. Biarkan ia menjadi salah satu sempadan dalam hidup kita.

Selesai secara baik, hati tidak sakit.

Selesai secara baik, itu menandakan seseorang manusia itu berfikiran matang dalam kehidupannya.

Selesai secara baik, anda adalah pemenangnya.

Kerana anda berjaya mengawal sekeping hati itu berlandaskan akal, bukan nafsu.


Ketulusan hati: Jiwa bergelora, akal rileks sahaja. Mana satu yang perlu diutama? Tanya iman di dada, mungkin itu penyelesaiannya. 

FUH...TARIK NAFAS LAJU-LAJU DAN LEPASKAN PERLAHAN-LAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tampalan ringkas untuk ambil berkat.


*Yahoo*
Fuh...tarik nafas laju-laju dan lepaskan perlahan-lahan.

Tampalan ringkas ini adalah untuk menaikkan semangat diri sendiri yang semakin susut tetapi tidak sesusut tubuh badan tuannya. Ish, degil betul lah lemak tepu ini. Lihat, penulis telah terpesong ke laluan yang terpesong. Maafkan penulis.

Semangat. Datanglah. Fuh, semangat. Tanjat Boboy. Oh, ini merupakan tampalan semangat bukan tampalan untuk Boboy. Saya bukan peminat Boboy. Peminat BoboiBoy adalah. Terpesong untuk kali kedua.

Sebagai tanda maaf daripada penulis, terimalah lagu yang bertajuk HambaMu yang merupakan lagu tema Imam Muda.




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Ketulusan hati: Lagu semangat. Bak kata salah seorang sahabat saya. Semangat dah naik, jom pergi ke kelas pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Fuh, semangat. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.

Tuesday, October 4, 2011

SEBULAN LIMA HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Diam tak diam dan bising tak bising secara senyap-senyap merisik khabar ingin mempunyai laman peribadi, kini telah hampir sebulan lima hari, saya menakhlukinya.

Di sini, saya mencoretkan isi hati, walaupun tidak secara langsung untuk merujuk kepada sesuatu perkara yang pernah dan telah terjadi dalam hidup saya, saya berasa tenang untuk menulis, melukis dan mantaksir bait-bait kehidupan yang telah banyak mengajar erti berdikari kepada saya.

Selain itu, saya dapat bertukar-tukar pandangan melalui perantaraan sahabat-sahabat yang sudi menjengah laman peribadi saya ini. Walaupun jumlah pengikut laman peribadi saya ini tidaklah menunjukkan jumlah yang besar, tetapi sekurang-kurangnya ada yang membaca. Walaupun sata halaman. Terima kasih diucapkan. Saya hargai kunjungan anda ke rumah isi hati saya ini. Dan jangan lupa untuk menjengah ke sisni setiap hari sambil menderma. Eh, kaitan apakah ini? Oh, hanya bergurau secara tersurat mahupun tersirat. Barangkali.


*Yahoo*
Bukan bertukar pandangan sebegini yang dimaksudkan oleh penulis.

Melalui laman peribadi saya ini, saya dapati diri saya tidak lagi kusut-masai seperti sebelumnya. Kusut-masai fikiran yang selama ini membelenggu, kini tidak lagi. Tekanan. Semua insan pasti melaluinya. Tetapi terpulang kepada individu itu sendiri untuk keluar daripada belenggu tersebut.


*Yahoo*
Tekanan, nyah kau dari sini.Fuh...fuh...fuh...Ditiup kepada pembaca juga agar tidak terkenan dengan tekanan. Apa? Tidak kelakar? Oh, tidak mengapa.


*Yahoo*
Binatang juga tahu stress, tahu?

Belenggu saya kini ada di sini. Di simpan rapi untuk saya berkongsi rasa hati dan melepaskan tekanan itu kepada anda, sang pembaca. Ada yang telah terasa tempias tekanan saya apabila membaca tampalan daripada laman peribadi ini? Oh, itu adalah tanggungjawab anda untuk melepaskan diri anda daripada tekanan senyap sunyi hasil daripada laman peribadi ini. Atau anda juga boleh mengeluarkan tekanan yang tersimpan di kotak idea barangkali. Barangkali bukan barangtambah, barangtolak, barangbahagi mahupun barang-barang peribadi. Izinkan penulis bergurau untuk menceriakan sebentar suasana daripada belenggu tekanan anda. Ingat, senyuman itu merupakan salah satu sedekah.



*Yahoo*
Manis kan apabila tersenyum. Cabut lari stress kalau setiap hari sebegini rupa.

Ketulusan hati: Terima kasih cikgu fizik, Cikgu Jieja yang merupakan sahabat terbaru saya. Harap maaflah, cikgu. Laman peribadi saya ini tiada satu pun menyentuh prinsip-prinsip fizik. Prinsip kehidupan tu adalah. Terima kasih juga kerana anda merupakan insan pertama yang mencatat sejarah dalam laman ini yang mengideakan sedikit ulasan. Terima kasih. Saya rasa ingin menamakan laman peribadi saya ini. Sesiapa ada cadangan? Jangan angkat tangan anda kerana saya tidak dapat melihat. Cukuplah sekadar memberi idea di kotak idea yang disediakan.

PERMATA YANG DICARI HANYA TUHAN YANG TAHU

Permata Yang Dicari oleh Dehearty

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya supaya kita dipermudahkan urusan dari sudut beribadah kepadaNya dan memudahkan kita menguruskan urusan duniawi yang tidak kekal abadi. InsyaAllah.

Bagaimana perasaan anda apabila mendengar lagu di atas? Lagu tersebut merupakan sebuah lagu yang berjaya menyentuh lubuk sanubari saya. Ya. Berjaya. Anda pula bagaimana?

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang benar-benar dapat menerima kita seadanya. Mungkin lebih mudah untuk biarkan Allah yang aturkan segalanya kerana rentetan kehidupan yang masih panjang dengan di penuhi ranjau berduri yang kadangkala tidak dapat dikenalapasti.


                                                                   *Yahoo*
             Tidak perlu membelek jari-jemari itu. Hanya fokus pada permata itu sahaja. Permata.


                                                                             *Yahoo*
Indah hanya di luaran. Alangkah indahnya jika keindahan dalaman juga adalah seperti di luaran.

                                 
Permata,
Memang indah,
Menjadi rebutan,
Menjadi pujaan,
Kepada sesiapa sahaja,
Tetapi,
Hanya yang benar-benar mampu sahaja layak menerimanya.

Permata,
Apabila insan disamakan dengannya,
Menunjukkan insan itu mempunyai nilai pekerti,
Yang benar-benar tulus ikhlas,
Setulus sanubarinya.

Permata,
Tidak jemu dipandang,
Kilauan dan kerdipan,
Menyapa pandangan,
Setiap yang memandang.

Permata,
Di hati ini,
Masih belum ketemu,
Bukan tidak mencari dan meneliti,
Tetapi,
Sukar untuk difahami.



Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC.


Di hati ini hanya Allah yang tahu. Saya kini tidak banyak berkomunikasi. Mungkin kerana terlalu membiarkan akal memikirkan mengenai ranjau cabaran di dunia ini. Tetapi kadangkala diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata kerana rugi sekiranya berkata-kata mengenai perkara yang lagha. Bagaimana pula dengan para sahabat saya sekalian?

Ketulusan hati: Setelah sekian lama tidak berkarya, akal seolah-olah menunjukkan kuasa manjanya. Akal perlu ditajamkan supaya dapat berfikiran secara kritis dan kreatif. Secara tiba-tiba teringat semasa di sekolah rendah dahulu, di mana setiap buku latihan pasti ada tertulis KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif). Rindu zaman sekolah.


Sunday, October 2, 2011

BERSANGKA BAIK AMALAN MULIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoda dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini hendaknya.

Saya masih tidak memahami sikap manusia yang sedalam-dalamnya. Mereka kadangkala bersikap seperti api dalam sekam dan tiba-tiba berubah sikap bagaikan aur dengan tebing.


*Yahoo*
Api dalam sekam yang kadangkala membuatkan kita perlu berhati-hati ketika bergaul dengan golongan sebegini. Jangan sampai kita makan dalam. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Kesakitan dalaman itu lebih perit daripada kesakitan fizikal.


*Yahoo*
Ini adalah sekam padi. Penulis ingin membantu sesiapa yang tidak pernah melihatnya.


*Yahoo*
Sikap bagai aur dengan tebing yang hanya kepura-puraan adalah salah satu sikap yang perlu dihindari. Cantiknya gambar ini. Subhanallah.


Mengapa Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa bersangka baik? Pertama, adalah supaya kita berasa tenteram dan damai ketika bersama-sama manusia yang diciptakanNya. Tidaklah kita sentiasa berasa tidak tenang dan keluh-kesah untuk sentiasa memikirkan segala nilai-nilai negatif yang ada dalam diri manusia tersebut. Benar, bukan?

Selain daripada itu, kita juga dapat mendidik hati kita supaya menjadi bersih. Hati yang kotor, berkeladak dan hitam merupakan hati yang sukar untuk diubati. Antara banyak-banyak penyakit, penyakit hati adalah antara yang sukar diubati. Mengapa? Kerana manusia yang sebegini rupa sentiasa berprasangka tidak baik kepada insan lain. Jadi, marilah kita bersama-sama menyucikan hati kita agar kita dapat menghayati kehidupan yang telah diberikan oleh Allah sebaik-baiknya.


*Google*
Saya bersetuju dengan pernyataan ini.


*Google*
Tak cantik lah ada hati yang berwarna hitam. Sudahlah tak sihat memenatkan diri pulak tu.


*Google*
Apabila kita sentiasa mebersihkan hati kita...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

*Google*
Inilah hasilnya. Cantik kan apabila hati kita berwarna kemerah-merahan. Rasa segar dan menyegarkan.


Allah menciptakan setiap manusia itu dari pelbagai latar-belakang dan pelbagai saiz dan rupa untuk kita berkenal-kenalan. Oleh itu, kita perlu tambahkan sikap bersangka baik ketika proses ini. Tidak sukar, bukan? Cubalah sedikit demi sedikit dahulu, lama kelamaan pasti menjadi bukit.

Setelah kita bersangka baik, cuba kenali peribadinya. Selepas itu, terpulangkah sama ada untuk meneruskan ikatan persahabatan ataupun tidak kerana tidak semua manusia boleh menerima sikap sesetengah manusia lain. Benar, bukan?

Jika ditakdirkan kita memperolehi sahabat yang tidak molek akhlaknya, salah satu cara yang perlu dipraktikkan adalah memberi teguran secara berhemah. Sedikit kupasan mengenai perkara ini ada di dalam tampalan ini. Membaca adalah amalan yang mulia. Kita juga dapat menambah sedikit pengetahuan.



Ketulusan hati: Saya pernah berhadapan dengan dugaan sebegini rupa. Tetapi sehingga sekarang manusia tersebut tetap bersangka tidak baik terhadap saya. Dia masih lagi menjaja keburukan saya yang saya kira tidak pernah wujud dan saya tidak pernah melakukan seperti mana yang dijajanya. Allah Maha Mengetahui. Siapa lah saya untuk menidakkan ujianNya ini. Saya adalah salah satu makhlukNya yang diuji. Di luar sana, pasti ada insan yang diuji dengan ujian yang lebih berat daripada saya. Terima kasih Ya Alllah di atas ujianMu ini. Saya masih kuat untuk mengharunginya. Allah tidak akan menguji makhluknya melainkan makhlukNya itu mampu untuk menghadapi ujian tersebut. Duhai hati, bertabah lah dikau. Saya mahu hati saya berwarna kemerah-merahan kerana ia menunjukkan bahawa hati saya adalah hati yang segar. Sakit. Sangat-sangat. Itu adalah perasaan orang yang menjadi manusia yang terpilih untuk menduduki ujian Allah ini.