Thursday, September 8, 2011

AKAL NAKHODA HATI


Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat....


HATI,
Hati yang kosong perlu berhati-hati.


HATI,
Hati yang bersih itu,
Hati yang tenang,
Setenang air di lautan,
Setenang air yang tidak dipengaruhi hatta apa jua medium.

HATI,
Hati-hati dengan kata hati.


HATI,
Hati yang garang,
Hati yang tenang,
Hati yang keras,
Hati yang cair,
Hati yang hilang pertimbangan,
Hati yang dikawal,
Hati yang disakiti,
Hati yang dikoyak,
Hati yang dirabak,
Hati yang dirobek,
Hati yang perlu berhati-hati.


HATI,
Hati itu kita yang membuatkannnya garang,
Hati itu kita yang membuatkannnya tenang,
Hati itu kita yang membuatkannnya keras,
Hati itu kita yang membuatkannnya cair,
Hati itu kita yang membuatkannnya hilang pertimbangan,
Hati itu kita yang membuatkannnya dikawal,
Hati itu kita yang membuatkannnya disakiti,
Hati itu kita yang membuatkannnya dikoyak,
Hati itu kita yang membuatkannnya dirabak,
Hati itu kita yang membuatkannnya dirobek,
Hati itu kita yang membuatkannnya rasa apa yang terasa.


HATI,
Kita yang mengawal hati kita,
Maka,
Berhati-hatilah.


HATI,
Bersihkanlah ia,
Dari segala sangka buruk,
Sangka yang tidak elok,
Sangka yang boleh merosakkan hati.


HATI,
Hati kita,
Kita yang membentuk,
Kita yang mengawal,
Tidak orang lain,
Kerana akal kita adalah nakhoda hati kita.

 

Ketulusan hati: Berhati-hati dengan hati. Biar akal yang mengawalnya. Jangan biarkan ia sendiri tanpa akal yang menjadi nakhodanya.



SUMPAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



*Google*



 

SUMPAH,
Satu perkataan yang memberi maksud yang mendalam,
Menyakitkan hati,
Menghiris kalbu...



*Google*


SUMPAH,
Saya tak tahu sampai bila kau nak menilai diri ini...

SUMPAH,
Memang semua insan tak sempurna TETAPI saya rasa tak payahlah nak main SUMPAH bagai...


SUMPAH,
Sebagai manusia saya rasa kita tiada hak nak SUMPAH orang lain...


SUMPAH,
Kau dah berjaya sakitkan hati saya...




*Google*




SUMPAH,
Terima kasih atas segalanya....


SUMPAH,
Walau apa pun saya dah maafkan kau kerana memaafkan lebih mendamaikan saya,
Hati tenang, jiwa tak serabut...




*Google*


Ketulusan hati: Bersabarlah duhai hati atas ujian Allah ini.....

Monday, September 5, 2011

FILEM HANTU BONCENG

Assalamualaikum...

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa luahan hati mengenai filem Hantu Bonceng. Kiranya ini merupakan sambungan daripada segmen BERSANTAI DI KENNY ROGERS ROASTERS lah.



Poster Hantu Bonceng yang diambil oleh kamera handset adik saya.

Hantu Bonceng mengisahkan Amran (Zizan Raja Lawak) yang digelar Raja Atas Tar yang sering memenangi perlumbaan motosikal haram. Kisah bermula apabila dia terlibat dalam kemalangan yang turut melibatkan 'habuannya' pada malam itu iaitu lakonan dari Juliana Evans. Kematian gadis tersebut menyebabkan Amran sering didatangi hantu gadis tersebut. Dengan bantuan sahabat karibnya, Kunyit, mereka bersama-sama menyelesaikan misteri tersebut. 


Berbalik kepada luahan hati mengenai filem tersebut, saya mendapati terdapat beberapa perkara yang agak aneh bagi pandangan saya lah kan... Tapi tak tahu pulak bagi sahabat-sahabat yang lain. Tiba-tiba teringat luahan perasaan adik saya yang tak senang dengan bunyi ketawa yang terlalu kuat daripada insan yang disebelahnya....sabar je lah...he...he...Biasalah, kita kan dekat pawagam....

  • Saya perasan sepanjang adegan merempit yang disajikan, tiada kenderaan lain yang berada di atas jalan  tersebut. Entahlah, mungkin saya salah tengok kot...Anda pula bagaimana? Secara rasionalnya, takkanlah kenderaan lain tak melalui jalan raya semasa adegan merempit tersebut? Kalau tak ada tak mencabarlah skill insan -insan yang merempit...Betul tak atau saya yang khilaf?

  • Kenapa tak ceritakan macam mana sihir yang dikenakan oleh Ayu terhadap Amran dilupuskan? Anda ada jawapan tak? Atau mungkin pengarah nak sambung filem Hantu Bonceng 2 kot? Kalau ada saya nak booking awal-awal tiket...Boleh? he...he...

Sekian sahaja daripada saya. Tapi filem ini serius lawak. Dan jangan lupa untuk ketawa kerana ketawa itu kan boleh hilangkan stress. Jangan asyik stress dengar orang sebelah ketawa je....he...he...


Ketulusan hati: Rindunya nak keluar jalan-jalan dengan adik-adik lagi. Bila lagi lah agaknya. Dah semua sibuk dengan pelajaran masing-masing. Allah menguji seseorang insan itu kerana DIA MAHA MENGETAHUI bahawa insan tersebut adalah HEBAT untuk menempuhi segala UJIAN dariNYA. Berfikir secara positif adalah lebih baik daripada bersangka buruk. Lakukan yang terbaik untuk diri, biar insan lain memandang hina, TETAPI kita sendiri tahu siapa DIRI SEBENAR KITA.... Jaga diri, jaga peribadi...


*Google*

*Google*

Ketulusan hati: Jangan berhenti berdoa kerana doa merupakan senjata orang mukmin.

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada halaman kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan. Tiada manusia yang sempurna tetapi tidak salah sekiranya kita melengkapkan diri kita ke arah kesempurnaan.



*Yahoo*

Saya menyusun 10 jari,
Selamat Hari Raya Aidilfitri...



*Yahoo*

Kad raya pengganti diri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Ketulusan hati: Memaafkan lebih baik dari berdendam. Oleh itu, wahai sahabat marilah kita membersihkan hati nurani supaya mendapat keredhaan daripadaNYA. Dengan memaafkan hati jadi tenang, jiwa jadi lapang.

BERSANTAI DI KENNY ROGERS ROASTERS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai yang sudi menjengah ke halaman peribadi saya ini. Semoga dipermudahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat sentiasa supaya mudah untuk beribadah kepadaNYA.

Pada hari Sabtu yang lalu, 1 September 2011, saya dan adik-adik kesayangan saya berjalan-jalan di sekitar Taiping Sentral (TS). Pada jam 3 petang setelah mencari dan membeli apa yang dihajati oleh hati, tibalah masa yang dinanti-nanti. Apalagi kalau bukan segmen mengisi perut yang lapar.

Setelah tinjauan dibuat di sekeliling TS, kami bersepakat untuk menjamu selera di Kenny Rogers ROASTERS. Pertama kali saya tiba di tempat tersebut, saya telah tertarik dengan dekorasinya yang memikat hati saya.




Cantik bukan? Saya menggemarkan susunan kayu-kayu yang sebegitu rupa.


 

Selain itu, lampu yang digantungkan menggamit perhatian saya.



 
Semangat patriotik yang tidak dilupakan.



 
Selain dekorasi yang memikat hati saya, saya juga menyukai makanan yang dipesan. Disebabkan ini merupakan kali pertama saya menjamu selera di sini, saya tak tahu nak pesan macam mana. Terima kasih kepada adik saya yang menghuraikan segala kekusutan untuk memesan makanan. he...he...




1/2 black pepper chicken with the side dishes: garlic parsley potato, aromatic rice dan fruit salad.



 
2 Fizzy Winter, 1 Fizzy Autumn dan chocolate muffins yang menjadi pilihan hati.



 
Bayangkanlah, kami telah memesan 2 pinggan 1/2 black pepper chicken with the side dishes, maka kami adik-beradik sebenarnya telah memesan seekor ayam. Memang, hari ini dalam sejarah. Rasanya tak pernah dibuat oleh orang lain.he...he...

Seekor ayam dimakan oleh 3 orang manusia yang terasa tak cukup nak makan kalau order sedikit, maka alhamdulillah kami telah menghabiskan kesemuanya dalam masa 30 minit. Nasib baik habis, tapi tak lah betul-betul habis. Kalau tak habis kan dah jadi membazir. Membazirkan amalan syaitonirrojim...Tak nak lah jadi kawan syaitonirrojim..


                                    Inilah hasilnya setelah berhempas pulas selama 30 minit.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Malu lah nak tunjuk...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Terimalah... 
:
:
:
:
:
:
:


Alhamdulillah di atas rezeki yang diberikan kepadaku Ya Allah. Nantikan sambungan program santai kami adik-beradik selepas segmen menjamu selera ini.

Ketulusan hati: Diam itu lebih baik daripada berkata-kata...