Thursday, December 1, 2011

TERASA INGIN TERBANG MENGEJAR AWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda ceria sahaja pada hari ini dan semoga keceriaan ini mewarnai hari-hari yang mendatang dalam hidup anda.

Mengapa saya terasa ingin terbang mengejar awan?

Kerana awan sering berarak dengan bantuan angin dan ini menandakan saya mahu bercuti. Ya. Mahu.

Sudah lama saya tidak berjalan-jalan menikmati keindahan alam dengan perasaan yang damai sepenuhnya. Saya akui bukan mudah untuk berjihad dalam pelajaran sebagai seorang pelajar. Tetapi, di sini lah titik tolak perjuangan saya dalam mendalami ilmu Allah. Terasa rugi jika tidak dapat memanfaatkannya.


Alangkah gembiranya menjadi awan,
Angin bertiup,
Awan berarak,
Segerombolan,
Bersuka-ria,
Bersama-sama teman,
Hilang duka nestapa.

Alangkah indahnya sekiranya diri ibarat awan,
Menyusuri segala macam kawasan,
Melihat keindahan lautan dan daratan,
Bayu sejuk meniup pipi,
Menghembus sanubari,
Mendamaikan hati yang rawan,
Mencuci pandangan mata yang telah lama kurang diwarnai keceriaan.

Alangkah indahnya awan,
Langit berkawan,
Angin menjadi sahabat,
Matahari dan bulan sebagai rakan.

Alangkah indahnya menjadi awan,
Sekiranya tiada hujan,
Kerana hujan,
Membantutkan perjalanannya,
Menuju ke angkasa.

Seindah perasaan menjadi awan,
Akan jatuh juga ke bumi,
Untuk menyeimbangkan ekologi.

Awan itu,
Perlukan pengorbanan untuk menghasilkannya,
Perlukan sokongan untuk bersatu menjadi hujan,
Dan akhirnya turun membasahi bumi,
Tidak jemu untuk terus mengikut perintah Ilahi.

Awan,
Itulah kisahnya,
Sebuah kitaran yang cukup indah,
Ciptaan Tuhan.


Awan dan langit itu bersahabat. Oh, ini adalah gambar awan yang saya ambil ketika lawatan ke Jengka tempoh hari. Masih segar di ingatan, sememangnya lawatan tersebut adalah pengubat kepada kepenatan akal berfikir mengenai pelajaran. Oleh itu, saya mahu bercuti. Oh, tidak boleh. Esok saya ada ujian. Ya. Ujian dua. Jangan lupa doakan saya. Terima kasih daun pisang, lain kali sila lah datang.

"Sila lah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: