Monday, December 19, 2011

PERLUKAH MENGHEBAHKAN PERTUNANGAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Senyum, tidak perlu kata apa-apa. Ringkas perbuatan untuk mendapat pahala yang memudahkan. Senang bukan?


*Yahoo*
Senyum.



*Yahoo*
Copy, senyumlah macam Paste. Comel, bukan?


Tampalan ini, mungkin akan menyinggung perasaan anda dan mungkin sebaliknya tidak. Lain manusia, berbeza pandangan kita.

Di Buku Wajah kini, isu pertunangan yang dihebahkan menjadi isu bagi sang penulis.





Menurut, Ustaz Saiful Islam, dalam tampalan beliau yang telah dipautkan oleh sang penulis (sila klik pautan yang berwarna kuning tersebut), pertunangan tidak perlu dihebahkan.


Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.


Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.


Selain itu, sang penulis kongsikan juga video dari Ustaz Azhar Idrus, mengenai isu bertunang ini. Ilmu untuk dituntut dengan lebih berkesan, semua sudut perlu diambil kira, barulah mendalam kefahaman mengenai ilmu tersebut. Tidak begitu?



Ustaz Azhar Idrus.


Pendapat penulis, wajarlah isu pertunangan tersebut didiamkan dan tidak perlu dihebah-hebahkan. Mungkin perasaan riak dan menunjuk-nunjuk kepada masyarakat boleh terbit di sudut hati secara tidak sengaja dengan perhubungan yang tidak halal selain pernikahan.

Pertunangan bukan tiket halal dalam sesebuah perhubungan. Oleh itu, jaga batasan, jaga pergaulan.

Ketulusan hati: Kan penulis sudah coretkan sebentar tadi, mungkin ada yang setuju, ada yang sebaliknya. Utamakan tuntutan agama daripada tuntutan hati. Tidak begitu? Oh, sekadar mencoret rasa di hati. Penulis meneruskan tuntutan ilmu lagi. Kelas pada pukul 2.00 petang ini menuntut hati sanubari untuk mengutamakan ia daripada perkara lain. Kepada kalian, terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: