Tuesday, December 13, 2011

OH, SANGAT TIDAK BAIK MEMPERTIKAIKAN MINAT SESEORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat saya yang cantik sekalian. Oh, sememangnya semua sahabat saya adalah wanita yang tidak dinafikan kecantikan mereka. Bukan selalu penulis mempunyai perasaan yang berbunga-bunga memuji para sahabat yang jelita sekalian. Tidak lupa, semoga kalian sihat sejahtera dan dilimpahi keberkatan dalam menjalani liku-liku kehidupan.


*Yahoo*
Minat?


Minat. Setiap insan minatnya berbeza. Tidak perlu menpertikaikan mengapa dan kenapa. Oleh itu, jalan paling mudah, adalah dengan menbiarkan mereka dengan minat mereka selagi mana minat tersebut tidak mempengaruhi ke arah keburukan dan yang paling penting adalah tidak menyalahi ajaran agama Islam.

Ya, saya sendiri mempunyai minat. Dan apabila minat itu berkurangan, akan beralih pula ke arah minat yang baru. Bagi segelintir insan, ada yang tidak pernah bosan dengan minat mereka dari awal minat itu timbul dalam diri sehinggalah minat itu tidak dapat beralih arah dari diri mereka. Manakala, ada manusia yang lain pula gemar menukar minat mereka selari dengan bergolakan perasaan mereka pada masa itu.

Minat, minat juga. Ada perkara yang datang kerana minat. Ada perkara yang lain datang secara spontan iaitu secara tiba-tiba dan akhirnya membawa diri mereka ke kancah minat.

Oleh itu, biarkanlah mereka dengan minat mereka dan kita dengan minat kita. Minat itu mungkin boleh menyatukan kita atau apabila diusik dengan cara yang tidak sepatutnya atau memperlekehkan minat insan lain, buruk padahnya.

Kerana mulut, badan binasa. Sebelum berucap mengeluarkan kata-kata adalah lebih baik berfikir dahulu. Memang mudah untuk meminta maaf apabila melakukan kesilapan. Tetapi, bukan mudah untuk membentengkan kepercayaan. Berfikir sebelum bertindak melambangkan kita seorang yang bercakap menggunakan akal fikiran bukan otak.

Tampalan ini mungkin berunsur pergolakan perasaan. Ya, saya akui itu. Kapada para pembaca sekalian, penulisan saya kini adalah sekadar perkongsian dari pengalaman kehidupan. Selain itu, sabagai kenang-kenangan hidup saya dalam fasa yang masih lagi belajar memahami kerenah insan lain.

Kadangkala, saya sendiri mempertikaikan mengapa dan kenapa manusia itu boleh menjadi terlalu taksub akan sesuatau perkara. Tetapi, apabila difikir dengan logik akal, minat itu semestinya adalah tidak salah kerana apa? Kerana ia adalah minat. Kerja sampingan manusia sementara akalnya masih lagi tertarik akan perkara tersebut. Mungkin apabila waktu mendatang, minat itu masih lagi tidak relevent dengan usia seseorang. Mungkin.

Oleh itu, jangan sesekali kita mempertikaikan dan memperlekehkan minat orang lain. Tidak meriah dunia, jikalau kita semua mempunyai minat yang sama. Bayangkan, setiap kali ingin melempiaskan minat terhadap sesuatu perkara, asyik kelihatan wajah yang serupa sahaja yang berada di mana-mana. Ini yang boleh menyebabkan minat menjadi bosan dan tekanan pula mengambil alih.



*Yahoo*
Tekanan sehingga menggigit laptop. Tidak comellah sebegini rupa.



*Yahoo*
Ha, ini lagi satu. Macam mana ingin menghindari tekanan sekiranya semua buku berada di sekeliling? Untuk mendapatkan kenikmatan membaca, letakkan buku yang terasa tinggi peratusan pembacaan dahulu. Barulah tekanan dapat dikurangkan. Tidak begitu?


Tekanan lagi. Sedang elok minat boleh mengurangkan tekanan hidup, ditambah dengan peristiwa tadi, bertambah-tambahlah tekanan. Macam mana mahu kekalkan awet muda, kan para jelitawan sekalian? Ish, sudah tidak comel lagi. he...he...

Untuk itu, saya tinggalkan anda dengan pertanyaan, apa yang anda lakukan terhadap insan yang gemar memperkatakan mengenai minat anda di belakang anda dan kebetulan pula rakan anda yang menceritakan apa yang diperkatakan oleh insan tadi.

Saya yang mengalami perkara ini. Ya, saya. Tindakan saya adalah berdiam diri dan malas untuk menyemakkan fikiran dengan hal yang remeh-temeh seperti ini. Remeh sangat. Kenapa tidak masalah negara yang diperkatakannya dan memberi solusi terhadap masalah tersebut. Inilah manusia cakap tidak serupa bikin. Eh? Terlebih sudah.

Ya. Sebenarnya dunia ini kecil sahaja. Kerana apa yang diperkatakan cepat tersebar. Betul tidak? Tetapi dunia ini terasa besar apabila kes insan hilang sukar untuk dijumpai.

Ketulusan hati: Di sinilah tempat yang sesuai untuk saya meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati tanpa perbincangan yang menyakitkan hati. Saya akui, walaupun tidak semua insan menyukai, tetapi inilah saya seadanya. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: