Sunday, December 25, 2011

MINGGU KAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda tersenyum simpul untuk memahami sepenuhnya apa ertinya minggu kajian tersebut.

Sebenarnya, minggu kajian itu merujuk kepada "study week". Dengan menggunakan khidmat terjemah dari Google maka, terciptalah frasa tersebut.

Minggu kajian merupakan minggu yang mencelarukan akal fikiran saya. Perasaan untuk menerapkan semangat belajar itu tipis. Otak pun nipis. Serba tidak kena.

Saya merupakan seorang yang memerlukan ketenangan yang hadir dengan sendiri dalam diri. Ada saat datangnya perasaan ingin belajar, saya akan bersungguh-sungguh. Kalau dahulu, saya menginap sebilik dengan rakan yang sama kursus, lagi lah tidak tenang dibuatnya. Kini, syukur Ya Allah. Saya bersama dengan rakan yang tidak sama kursus dan yang paling penting tidak sama kelas.

Ya. Saya di sini satu kursus, satu kelas. Lebih kurang lima puluh orang dalam kursus ini. Bayangkan perasaan bercelaru melihat rakan belajar tetapi hati saya langsung tidak boleh terima.

Pastinya, setiap insan, cara belajar mereka adalah lain. Oleh itu, jangan membandingkan diri anda dengan insan lain kerana tahap kefahaman dan kepantasan untuk memahami sesuatu perkara itu adalah berbeza-beza.

Pernah, salah seorang junior saya dan juga rakan sebilik saya pada semester lepas bertanyakan, saya hanya bersahaja (rileks) tanpa belajar. Kebetulan, kami adalah sama kursus dan saya adalah seniornya. Beza kami adalah setahun sahaja tahap pengajian. Inilah yang ingin saya coretkan tadi, bukan mudah mempunyai rakan yang sama kursus dan berada di bilik yang sama. Saya seperti biasa, tersenyum sahaja.

Untuk makluman, saya tidak gemar menjawab atau bertekak mengenai perkara yang saya kira (satu, dua, tiga, eh, banyak pula nak kira) terlalu remeh untuk difikirkan. Otak saya ruangnya perlu diisi dengan ketenangan diri. Itu sahaja.

Secara kebetulan juga, pada semester lepas, bilik saya kerap dikunjungi oleh rakan-rakan junior tadi. Kecoh dan riuh, sudah semestinya. Tetapi, Alhamdulillah, minggu kajian yang ada saya manfaatnya seadanya kerana pada ketika itu semua rakannya menginap di kampung untuk menyegarkan minda. Tenang dan damai sekali di rasa tatkala itu.

Jadi, saya belajar dengan seadanya. Tolong, jangan jadikan ini tabiat anda. Kerana cara saya tidak sama dengan anda. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana mengurniakan ingatan yang baik kepada saya untuk meneruskan mengutip sisa-sisa ilmu dalam minggu kajian ini.

Saya tidak gemar melihat insan lain belajar dengan penuh tekun di hadapan saya. Bukan kerana cemburu. Tetapi, itulah saya.

Kepada si bakal jodoh (Mungkin kita ketemu di laman maya. Boleh?), sekiranya anda membaca coretan saya ini, terimalah saya seadanya. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih bijak dan pandai sebenarnya. Segala ilmu sama ada di langit mahupun di bumi ini adalah kurniaan Allah Ta'ala. Tidak perlu menunjuk-nunjuk benda yang bukan milik kita. Semuanya milik Allah Yang Esa.

Pasti ada yang berasa jelik dan akan meluahkan rasa tidak senang dengan coretan ini. Ini adalah luahan isi hati saya. Sukar untuk saya menjaga isi hati anda semua kerana pendapat dan pandangan hidup kita berbeza.

Kepada hati, tenteramlah.

Kepada diri, berusahalah.

Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
Sudah mahu masuk tahun hadapan,
Apa lagi yang perlu di tunggu?

Ini merupakan semester kedua terakhir sebelum melabuhkan tirai sebagai mahasiswa.

Kepada keluarga tercinta, anakanda sememangnya merindui kalian. Tetapi anakanda dan kekanda tiada pilihan untuk pulang kerana hati tidak tenteram di sini. Dan yang paling penting, anakanda tidak mahu pulang dengan hati yang lara dan menunjukkan muka yang "menyamar" kekusutan di hati dengan kecomelan di wajah ini. he...he...

Bak kata pepatah, setenang-tenang air, jangan di sangka tiada buaya. Eh?

Caraku dan caramu berbeza, maka hargailah diri sendiri seadanya.

Ada insan gembira dalam duka, ada pula yang duka dalam gembira.

Tetapi, sukar untuk melihat insan yang berduka atau bergembira memanjang. Kerana apa? Kita punyai naluri untuk mengecap setiap nikmat perasaan yang kita ada.

Kita semua berada. Kerana kita ada Allah yang sering menjadi pendamping kita.



*Yahoo*
Selain awan, pepohon, saya juga menyukai air terjun. Boleh digambarkan semua pemandangan yang indah adalah ciptaan Allah yang wujud untuk manusia merasai kenikmatan ketenangan di sebalik kejadian.


Ketulusan hati: Saya akan mencoretkan tampalan tidak kira masa kerana idea yang kadangkala jiwang entah ke mana asal-usulnya. Saya mencoret sekadar idea sahaja dari tampalan pertama sehinggalah kini. Saya coret, anda baca. Yang baik dijadikan sandaran dan yang sebaliknya dijadikan pedoman untuk terus melangkah ke masa hadapan.

Saya manusia biasa yang turut punya cacat cela,
Kepada kalian, terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: