Saturday, December 31, 2011

KITA

Kita,
Jaga hati,
Bukan untuk kita sahaja,
Untuk sejagat insan semua.



*Yahoo*
Berhati-hati ketika memberi teguran. Bukan takut meluahkan kebenaran, tetapi dalam diam tanpa sedar menghiris perasaan. Jaga hati insan lain sebagaimana kita menjaga hati kita, pasti kehidupan lebih harmoni.



Kita,
Jaga peribadi,
Bukaan untuk pujian,
Kerana kekalnya tidak perlu kepura-puraan.

Kita,
Buat baik berpada-pada,
Bukan untuk mendabik dada,
Abaikan jika itu niatnya.

Kita,
Memaafkan itu menjadi santapan diri,
Mudah dihadam,
Tiada dendam.



*Yahoo*
Tahun baru, azam baru, mulai dengan hati baru dan peribadi yang baru juga. Mulakan secara asas untuk mendapat manfaat yang tiada timbang tara nilainya.



Kita,
Usirkan perasaan meletakkan kesalahan ke atas bahu insan lain,
Selesai secara baik hikmahnya berganda,
Maruahnya terpelihara.



*Yahoo*
Jangan cari kesalahan insan lain, kerana kita sememangnya tidak sedar kesilapan diri. Baiki diri adalah lebih indah dari mencari kesalahan. Manusia tidak dapat lari dari kesilapan tetapi kita dapat memperbaikinya dengan mencari alternatif seiring untuk mendapat ketenangan hidup ini.


Ketulusan hati: Mari perbaiki diri dengan mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala. Mudah-mudahan dengan cara sebegini kehidupan kita dipermudahkan dan mendapat keberkatan dan keredhaan yang hakiki dari Ilahi. Tidak lupa, kepada anda, terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: