Friday, December 23, 2011

KANAK-KANAK DAN HAIWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Oh, petang ini di Serdang kesejukan melanda disebabkan hujan baru sahaja turun sebentar tadi. Kini, dah reda pun. Mata mengantuk hebat tetapi hati dan akal menyangkal untuk berehat di petang Jumaat ini kerana pasti tidur di malam hari kelihatan tidak mujarab kesannya nanti. Sekarang tengah simpan mengantuk untuk dinikmati di malam hari. Boleh? he...he....

Tampalan ini sekadar meluahkan isi hati. Saya kini lebih gemar berdiam diri daripada berkata-kata kerana laman peribadi ini, pada saya, sudah cukup untuk saya mencoretkan kata-kata dalam bentuk tulisan dan menggantikan lisan. Selain itu, penat untuk melayan kerenah insan sekeliling pun benar juga. Oh, isu ini adalah sekadar di sini. Noktah. Nanti ada yang terasa hati. Manalah tahu, suatu hari nanti, saya menjadi penulis laman maya yang tersohor dan ada insan yang mengenali diri ini, tidak kah terasa hati dengan saya? Noktah. Titik.

Berbalik kepada isu kanak-kanak dan haiwan, serius, isu yang menarik sebenarnya. Persamaan antara kedua-duanya adalah diungkapkan dengan satu perkataan iaitu comel! Comel! Ya. Comel!

Tanpa mengulas dengan panjang lebar dan semestinya belum tentu anda baca dengan meletakkan fokus ditahap yang tertinggi, melainkan anda adalah peminat misteri saya (eh, ada ke?), saya bawakan anda untuk menikmati video yang menghubungkaitkan antara kanak-kanak dan haiwan. Oleh itu, mari kita saksikan video tersebut.






Macam mana comel ke tidak? Kanak-kanak, semua benda maahu dianggap mainanan. Ya, kita kan pernah menjadi kanak-kanak, tidak begitu?

Saya tinggalkan anda dengan satu contoh yang berlaku terhadap adik bongsu saya.

Pada suatu tengah hari, ketika di kampung halaman opah saya, kelihatan seekor kucing sedang berbaring-baring sambil mempamerkan aksi comelnya. Maka, datanglah seorang hamba Allah (saya pasti anda tahu siapa orangnya) mendekati kucing tersebut. Terhasillah adegan antara kanak-kanak dan kucing tersebut.

Secara tiba-tiba, kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa dia mengantuk dan ingin tidur. Secara tiba-tiba. Spontan. Dia menekupkan mukanya dengan tangan dan kejadian tidur pun berlaku.

Saya merasakan sesuatu yang aneh lagi pelik yang telah berlaku. Apabila di buka tangan yang ditekup ke mukanya, maka ternampak satu luka yang terdapat di tepi mata. Oh, hadiah cakaran kucing rupanya. Bukan cakar harimau, tahu?

Patutnya tiba-tiba terasa ingin tidur. Tiba-tiba rasa mengantuk. Mengantuk dikaitkan dengan mata. Bijak rupanya insan tersebut. Lucu dan kelakar apabila diimbas kembali.

Berakhirnya, kisah tersebut, maka berakhirlah coretan dari saya pada kali ini. Itulah salah satu kisah antara kanak-kanak dan haiwan yang berlaku dalam hidup saya. Sebenarnya, banyak lagi. Untuk pengetahuan, insan tersebut sampai sekarang pun masih menyukai kucing. Saya tidak berapa gemarkan kucing. Bukanlah takut. Tetapi, entah, tanpa alasan kukuh, kurang gemar. Boleh?


Ketulusan hati: Tahun hadapan bakal menjelma. Kanak-kanak tersebut pun masuk ke tahun satu. Selamat belajar, adikku. Kepada anda, yang jauh di mata tetapi dekat di hati, andalah, sang pembaca, terima kasih kerana membaca. Kliklah iklan di bawah untuk tumbesaran. Boleh? he...he...

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: