Wednesday, December 21, 2011

JAUH BERJALAN LUAS PEMANDANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus bersemangat mengharungi hari-hari anda.

Jauh berjalan luas pemandangan. Pepatah yang tidak asing lagi didengari.


*Yahoo*
Tanah Tinggi Cameron Highland. Tempat yang sesuai sekiranya anda mahu bercuti.


Saya pernah ke sini ketika lawatan sambil belajar sebanyak dua kali sepanjang saya berada di pengajian kampus. Tetapi bagi anda yang tidak menyukai laluan yang bengkang-bengkok dan akan berasa tidak sedap badan di dalam perjalanan, dinasihatkan agar tidur di dalam kenderaan. Tidak lupa juga, sediakan apa yang patut seperti minyak angin dan jeruk misalnya untuk mengubati alahan perjalan jauh anda itu. Oh, secara tiba-tiba teringat kembali peristiwa ke sini, ada rakan yang muntah dan ada juga yang sebenarnya riuh tiba-tiba menjadi senyap kerana tidak biasa berjalan jauh dan ditambah lagi keadaan yang bengkang-bengkok ibarat ular yang dipalu. Manusia yang lalu di jalan tersebut, ular yang kena palu. Biasalah ular, kan berbisa. Eh?



*Yahoo*
Saya sendiri tidak pasti tempat ini di mana. Tetapi, saya mengidamkan untuk bercuti sambil berjalan-jalan di tempat yang sedemikian. Ditambah pula pemandangan yang menarik perhatian. 


Selain awan, saya juga menggemari pemandangan yang kehijau-hijauan walaupun sebenarnya hijau itu bukan warna kegemaran saya. Tarik nafas, sambil merasai kenikmatan menghirup udara yang segar, oh, hanya ilusi minda rupanya.



*Yahoo*
Air Lata Kinjang yang terletak di Tapah, Perak.


Semasa saya kecil, di sinilah tempat saya dan keluarga akan pergi sekiranya kami pulang ke kampung halaman. Indah bukan? Kalau dahulu, tiada langsung tempat menjual makanan, tetapi sekarang sudah disediakan. Kalau dahulu, kawasan ini bersih, tetapi kini sebaliknya. Kalau dibuat perbandingan antara dahulu dan sekarang, saya tetap memilih pemadangan dahulu. Tetapi, perubahan tidak boleh diputar waktu, hanya boleh ditambah baik dengan kemudahan dan kebersihan di kawasan ini di jaga rapi. Dahulu, kawasan ini adalah tempat orang asli dan sekarang masih lagi tetapi tidak banyak bilangannya seperti dahulu. Sekiranya anda mahu menggunakan tandas, teringat kembali di waktu kecil dahulu orang asli yang menjaga kawasan ini.

Berjalan sememangnya seronok. Dapat nafas baru di tempat baru serta menikmati pemandangan yang semestinya dapat menenagkan jiwa sekiranya ketenangan yang terlaksana.

Tadi, ya, sebentar tadi, akibat jauh perjalanan, saya kelehahan. Bayangkan, sudahlah berjalan kaki, pusing-pusing kampus yang besar semestinya, membuatkan saya ketiduran apabila sampai di bilik dan bangun semata-mata mengerjakan tuntutan Allah Ta'ala. Solat tiang agama.

Pepatah saya yang baru adalah jauh berjalan luas pemandangan serta kepenatan juga menjadi rakan. Boleh? Tidur, bangun, tidur, bangun, tidur, bangun, tidur, bangun, dan membersihkan diri. Banyakkan aktiviti saya? Oh, sekadar berkongsi aktiviti hari ini.

Saya dan rakan menjangkakan kami setabah dan sekuat Badang mahu berjalan dan mengambil barang untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA), tetapi tidak tercapai dek kederat kami kerana jauhnya tempat tersebut adalah sangat-sangat jauh. Agak sukar bagi insan yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke menjalankan PITA. Untuk meminta tolong dari rakan-rakan yang lain pula, entahlah. Oh, mungkin memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah yang mencabar ini. Mencabarlah sangat kan? Mungkin bagi saya, tidak bagi para pembaca sekalian. Senyum tidak perlu kata apa-apa.



*Yahoo*
Fuh, fuh semangat datanglah seperti angin yang menderu menerkam mangsanya tanpa jemu. Semangat ribut teruslah, baru mengancam, tidak begitu?

Ketulusan hati: Terima kasih kerana membaca. Ya Allah, kuatkanlah semangatku menempuhi ujian dariMu. Kuatkanlah semangatku dan rasionalkan diriku. Amin.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: