Thursday, December 22, 2011

INDAH LELAPKU




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar iman, fizikal dan biologikal tubuh dan emosi anda pada hari ini? Semoga segala-galanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Masih ingat lagi lagu di atas? Indah Lelapku yang dinyanyikan oleh Izwan Pilus.

Lagu yang sesuai untuk diri ini. Bukan bermimpi pun, tetapi bangun lambat juga. Bayangkan, kelas saya pada pukul 8.00 pagi tetapi disebabkan mendapat lelap yang indah dari Allah yang Maha Esa, saya ketinggalan untuk menghadiri diri ke lapangan jihad. Terasa rugi juga, tetapi tiada guna.

Setelah bersiap siaga, pada pukul 9.00 pagi bertolak ke kelas jua. Kelas yang kedua. Oh, sedikitnya insan yang berjihad sebenarnya. Ramai juga yang tidak hadir. Ada yang kurang sihat dan ada juga yang mendapat nikmat lelap yang indah seperti saya.

Masuk ke kelas pada waktu yang lewat adalah sangat tidak best. Sudahlah rugi tidak mendapat ilmu, selain itu, waktu juga ketinggalan. Sangat, sangat, sangat, sangat, tidak best. Oh, kalau taip banyak pun, asasnya adalah tidak best. Oleh itu, berhentilah setakat ini.

Pengalaman kedua masuk lewat ke kelas untuk semester ini. Tidak best perasaan tatkala itu. Sudah, jangan ulangi perkataan tidak best itu.

Mengimbau kembali pengalaman pertama dahulu, hampir 10 minit ketinggalan. Sebaik sahaja memasuki kelas, dengan dada berdebar-debar dan hati berdengup dengan tidak tentu (biasalah perasaan bagi insan yang tidak pernah lewat seperti saya dan lewat pada pertama kali), terpampang soalan kuiz di papan putih. Kelihatan semua insan memandang ke arah saya dan agak janggal rasanya. Saya bukan selebriti pun. hahaha...

Saya pun apa lagi, tanpa membuang masa, keluarkan kertas putih dan jawablah mengikut kata hati bukan kata akal kerana kebetulan semalam saya menduduki ujian untuk subjek lain dan pada malam hari, ulangkaji pun saya tidak lakukan! Tetapi, walaupun dengan menggunakan logik akal, saya tidak mampu untuk menjawab. Serius rasa seriau! hu...hu...

Belajar dari pengalaman dapat mematangkan kita. Tetapi, kalau tidak ambil ikhtibar pun, tiada guna jua.

Marilah bersama-sama saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Oh, setiap kejadian pasti ada hikmah dari Allah Ta'ala. Terima kasih kerana membaca.

Sedikit video, yang mungkin boleh membuatkan anda ceria pada hari ini. Sesungguhnya keceriaan dan kegembiraan itu adalah hak milik setiap insan. Tidak begitu?


SNSG = SaNtri SuwunG bukan SNSD tahu?

Ketulusan hati: Kreatif, kan? Selamat tersenyum. Hayati maksud lagu tersebut. Bagus, menutup aurah pulak tu. he...he... Muzik tidak haram, tetapi insan yang menyampaikan perlu tahu batas hiburan. Tidak perlu buka sana sini. Sekadar pendapat peribadi.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.


No comments: