Wednesday, December 28, 2011

HUJUNG TAHUN CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kehendak hati tidak boleh dipaksa, kerana itulah saya masih lagi mencoret rasa hati.

Seperti biasa, sudah mahu masuk tahun baru. Bagi insan yang berpasangan, sudah selamat diijabkabulkan. Bagi yang sudah berkeluarga pula, dengan kehadiran anak-anak kecil, cahaya mata  yang sudah ingin masuk ke sekolah pada tahun hadapan, bakal menuntut ilmu kewangan yang sewajarnya.

Walau apa pun keadaan anda, semoga tabah dalam menjalani kehidupan kerana itu kita dinamakan manusia. Dipenuhi tuntutan tanggungjawab demi memenuhi hal kehidupan duniawi yang bakal membawa kita jalan ke akhirat.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah Ta'ala hendaknya. InsyaAllah.

Ya Allah, permudahkan urusan kami di dunia ini. Sesungguhnya kami adalah hambamu yang lemah. Pimpinlah kami untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Memaafkan insan lain itu dalah lebih baik dari berdendam. Hati jadi tenang, jiwa jadi lapang.



*Yahoo*
Perkahwinan menuntut erti tanggungjawab yang besar dari diri. Maka, berikanlah ruang dalam diri untuk menyelami erti tanggungjawab itu dengan lebih mendalam.



Ketulusan hati: Bulan Disember merupakan bulan cinta kerana kebanyakan pasangan memilih bulan ini untuk meraikan cinta mereka dalam ikatan perkahwinan. Oleh tu, saya merangkumkan sebagai hujung tahun cinta. Buat rakan-rakan yang telah bernikah, selamat pengantin baru diucapkan. Semoga ikatan yang terbina membawa anda ke syurga Ilahi. Kepada pembaca yang disayangi sekalian, terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: