Saturday, December 17, 2011

DEMI CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tampalan yang entah ke berapa hanya dalam masa sehari sahaja. Idea bukan datang menyerah diri secara selalu. Jadi, tampalan ini adalah untuk melunaskan rasa di hati.

Demi cinta. Tampalan ini dicoretkan ketika mendengar lagu Demi Cinta Suci dari In-Team. Eh, bukan, Unic lah. Pasti ada yang tersentap, maklumlah anda kan peminat nasyid.

Seperti berjanji pula. Tetapi lagu ini adalah terbaik dilayan di halwa telinga. Mahu lagu tersebut? Ya, saya kongsikan untuk anda. Silalah dengar dan hayati bait-bait kata di sebaliknya. Mahu karaoke pun boleh kerana memang versi karaoke pun.



Demi Cinta Suci oleh Unic.



Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.

Jangan serahkan seratus-peratus kepercayaan terhadap orang yang dicintai. Kerana apabila gagal dalam perhubungan, sakitnya tidaklah terlalu parah.

Cinta itu tidak salah, tetapi berpasangan yang tidak mempunyai ikatan yang halal, itu yang salah.

Segmen cinta, mungkin. Pada masa kini, di mana-mana sahaja, remaja tanpa segan-silu, berpegangan tangan dan melakukan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh insan yang belum menikah.

Pahit untuk ditelan. Tetapi inilah realiti yang berlaku di hadapan kita. Ibu bapa pula, ada segelintirnya yang terbuka minda membiarkan anak-anak untuk keluar berdua-duaan dengan kekasih hati. Tidak dinafikan, terdapat juga ibu bapa yang mengongkong anak-anak mereka dari perkara-perkara yang sebegini rupa. Tetapi, apabila ibu bapa tiada di hadapan mata, anak-anak yang dikongkong tadi, masih juga mrelakukan perkara yang dikekang tadi.

Untuk menyalahkan ibu bapa seratus-peratus adalah tidak wajar. Remaja kini, kelakuan mereka kadangkala di luar jangkaan. Hebat cara penipuan mereka selaras dengan cara didikan dari ibu bapa, pengaruh dari rakan-rakan dan juga insan sekeliling mereka.

Ya, sang penulis juga pernah remaja. Dan sekarang, masih remaja belia. Untuk makluman, belia, dikategorikan sebagai insan yang berumur kurang dari empat puluh tahun.

Terlalu sukar untuk mengubah nasib sesuatu kaum itu sendiri melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.

Sebagai seorang manusia biasa, hanya berpesan-pesan, nasihat secara berhemah yang boleh dilakukan. Bukan memberi nasihat dengan cara membentak-bentak ataupun ugutan untuk insan lain berubah dengan cepat. Berubah dengan hanya takutkan insan lain tidak ke mana jawabnya. Berubah kerana Allah Ta'ala besar ganjarannya. Ketenangan jiwa yang pasti.



*Yahoo*
Cinta tidak salah, tetapi insan yang merealisasikan cara bercinta itu yang perlukan definisi yang nyata. Cinta halal itu yang dicari, bukan sekadar pengisian hati, tetapi pengisian akhirat yang pasti.



*Yahoo*
Puisi cinta.



*Yahoo*
Cinta boleh membuatkan seseorang itu menjadi kanak-kanak semula. Tersenyum sendiri membaca ungkapan ini.



Cinta boleh membuatkan insan itu buta.

Buta hati kerana menyerahkan segala-galanya.

Buta mata kerana kebenaran yang sewajarnya dilindung oleh nafsu cinta yang entah apa-apa.

Buta akal kerana tidak tahu yang mana satu halal dan haram.

Buta minda kerana seringkali memikirkan si dia sepanjang masa.

Buta sebegini yang parah.

Kerana mereka pasti marah.

Diberi teguran tidak mahu terima.

Dikata dengki kerana tiada pengalaman cinta.

Entah apa-apa.

Tetapi, setelah tersungkur di jalan cinta, mula berakal semula.

Ya lah, selama bercinta kan buta?



*Yahoo*
Cinta membutakan segala-galanya.


Sang penulis memotretkan cinta yang haram di sisi agama. Cinta yang belum menikah. Cinta yang entah berapa jenis. Sesama jenis? Janggal bunyinya, bukan? Geli geleman.

Manusia yang dijadikan Allah adalah sesempurna ciptaan. Disebabkan nafsu yang terlalu diturutkan oleh akal (ya lah kan buta? ), cinta di bolehkan sahaja walau dengan siapa-siapa. Diserahkan jiwa dan raga segala.

Persetankan dengan naluri anda yang sesama jenis. Persetankan nafsu anda yang terlampau diturutkan dan kembalilah ke jalan Allah.

Cinta sejati, ajaran Islam dituruti.

Bahagia di hati, pasti dirasai.

Marah nampak, sang penulis? Oh, anda tidak dapat melihat saya, bukan? Oh, sekadar gurauan.

Sang penulis sekadar meluahkan apa yang terpamer di hadapan mata yang semestinya tidak dapat menyerang mereka secara berhadapan. Bosan melihat kerenah insan sekeliling yang miangnya lebih gatal dari miang buluh barangakali. Bosan, tahu? Tidak perlulah bermesra di kawasan awam. Orang sekeliling tidak pandang anda, mengutuk perbuatan anda adalah.



*Yahoo*
Janganlah buta ketika bercinta.



Pesanan khas dari sang penulis untuk anda, kawal marah. Paling mudah, palingkan wajah anda sekiranya adegan yang tidak sepatutnya di jadikan tayangan perdana secara percuma.

Cinta kerana Allah, itu lah hakikat cinta yang menenangkan hati. Bukan turutkan nafsu semata-mata. Tidak perlu menunjukkan cinta anda di tempat awam. Rasional ketika bercinta. Profesional pun bagus jaga.


Ketulusan hati: Bosan melihat pemandangan yang menyemakkan pandangan yang semakin berleluasa semenjak kebelakangan ini dan menjadi-jadi pula perangai remaja pada masa kini. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: