Tuesday, December 20, 2011

BERSANTAI DI THE CHICKEN RICE SHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita lagi dalam ruangan makan-makan tapi perut tetap tidak kenyang-kenyang (2MTPT2K). Boleh? Oh, sekadar gurauan di malam hari. Jangan ambil hati. Curi hati tidak mengapa, berdasarkan kata-kata Mat Luthfi. Bagi anda yang ingin melihat video tersebut, di sini, saya dengan besar hati dan besar jantung juga menjemput anda untuk turut serta menonton sekiranya anda ingin menonton lagak Mat Luthfi yang menjadi salah seorang pelakon dalam video tersebut.



Video yang amat bermakna pengisiannya.



Terlari sudah dari topik yang ingin dicoretkan. Dari topik makan-makan tapi perut tetap tidak kenyang-kenyang (2MTPT2K), terus bertukar perkongsian ilmu. Tidak mengapa kerana tiada motif di situ. Tetapi sekadar sedikit pengisian ilmu untuk kita bersama-sama ingat-mengingati sesama makhluk.

Berbalik ke topik utama, sebentar tadi saya bersantai di The Chicken Rice Shop untuk menikmati makan malam. Disebabkan agak bosan dengan menu makanan di kolej, sekali-sekala telah berbelanja untuk makan di situ.

Menu yang saya pilih adalah Ayam Panggang Mentega. Aneh, kan jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Tidak mengapa, sememangnya bahasa melambangkan bangsa. Eh, tiba-tiba.



Inilah rupa Ayam Panggang Mentega tersebut. Kelihatan lazat bukan? Nyum...nyum...



Apabila melihat gambar ini ketika tampalan ini dicoret, secara serius air liur tidak langsung terasa merembeskan enzimnya kerana rasanya tidak menepati piawaian yang penulis tetapkan. Bukan ingin mengatakan penulis mempunyai citarasa yang tinggi, tetapi inilah hakikatnya.

Selain itu, rakan saya yang suka menikmati makanan pun, hanya setengah sahaja yang di makan. Memang sesuai kata-kata "Pictures are for illustration only". Tepat sekali. Tidak sedap. Ayam yang dipanggang itu rasanya seperti ayam yang digoreng dan disalut tepung dan yang paling menyakitkan hati adalah rasanya adalah seperti di kafe kolej. Lihat, sememangnya saya tidak dapat mengelakkan diri dari kafe kolej. Jodoh kita adalah terlalu kuat, wahai kafe kolejku. Boleh? Senyum, tidak perlu kata apa-apa. Ketawa, hanya dengar suara sedikit sahaja. Baiklah, saya tahu, tidak lawak, bukan?



Pakej yang disediakan.


Menu yang menjadi pilihan hati adalah Set A. Pilihan hati lah sangat, kan? Sehinggakan 'lazatnya' makanan tersebut menyebabkan pembaziran berlaku. Rakan saya sememangnya telah 'kalah tanpa bertanding' kerana tidak boleh lagi menerima rasa Ayam Panggang Mentega tersebut. Tetapi, sang penulis berjaya menghabiskan kerana faktor harga, bukan rasa. Boleh? Membazir amalan syaitan. Sang penulis tidak mahu menjadi sahabatnya. Agak terasa tidak kena juga di tekak.

Biasanya apabila disebut tentang harga, ya, saya akui, mahal. Biasalah, nafsu, tengok seperti menarik hanya dalam gambar sahaja, tetapi realitinya tidak seindah dari khabar dari iklannya sahaja. Sup hambar. Terasa minum air yang ditambah sedikit sayur-sayuran dan minyak. Selain itu, entahlah. Sukar dihuraikan melainkan anda mencuba menu ini. Setelah mencuba dan sekiranya sesuai dengan tekak anda, tahniah diucapkan kerana menu tersebut menepati piawaian citarasa anda. Ya, sememangnya citarasa kita adalah berbeda.

Sebagai pengajaran, The Chicken Rice Shop perlu menambah baik perkhidmatan kesedapan makanan. Sudahlah pekerja yang bekerja di The Mines itu terdiri dari warga asing, rasa makanan juga terasa asing.

Untuk menyesal, tidak berguna. Pengajaran bagi sang penulis, berbelanja lah mengikut piawaian citarasa anda. Bagaimana? Salah satu caranya adalah pesan makanan tersebut sebanyak satu hidangan sahaja. Sekiranya anda menyukai rasa makanan tersebut, teruskan membuat pesanan yang sama untuk anda mahupun rakan-rakan anda.

Untuk makluman, cukai kerajaan dan caj perkhidmatan juga perlu dibayar. Jadi, tidak salah untuk berbuat demikian kerana kita adalah pelanggan dan pengguna. Justeru, marilah kita menjadi pengguna yang bijak. Hidup pengguna bijak. Hidup mentaliti.


Ketulusan hati: Inilah yang dinamakan belajar dari kekhilafan. Gambar hanya untuk tujuan promosi sahaja, dan memang tepat sekali.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: