Tuesday, December 27, 2011

BELAJAR DARI KESILAPAN

*Yahoo*
Setiap kesilapan itu, pasti ada kemaafan asalkan selaras kaedah yang sesuai untuk memohonnya.



Ada orang mudah belajar dari kesilapan,
Kerana dia berasa serik dengan kesalahan yang dilakukan.

Ada orang tidak endah dengan kesilapan,
Kerana dia merasakan kesilapan yang dilakukannya adalah kecil dan tidak menyusahkan sesiapa.

Ada orang merasakan kesilapan yang dilakukannya adalah dari unsur insan lain,
Oleh itu,
Tercetuslah frasa "Kalau tidak kerana engkau pasti tidak akan terjadi sebegini",
Meletakkan kesalahan di bahu orang lain.

Ada orang sanggup mengaku kesilapan sendiri,
Walaupun kesilapan itu bukan dia yang lakukan.

Ada orang tahu dan sedar dia melakukan kesilapan,
Tetapi,
Pandai memanfaatkan keadaan dan menutupi kesilapan diri.

Ada orang langsung tidak mahu mengaku kesalahan yang dilakukan,
Kerana dia merasakan hanya dia sahaja yang betul di dunia ini.




*Yahoo*
Hati yang sakit pasti berderai seperti kaca. Walaupun dengan menggunakan teknik gam pun tidak berjaya. Kaca tersebut harus dilebur semula untuk membentuk kaca yang baru yang boleh digunakan semula. Begitulah prinsip asas kesilapan, belajar dari kesilapan untuk kemaslahatan (kebaikan) masa hadapan.


Ketulusan hati: Anda bahagian yang mana? Memaafkan adalah sebaik-baik perkara kerana akhirnya ketenangan hati yang dipinta. Sememangnya kita semua melakukan kesilapan, yang paling mudah bersihkan hati dengan memaafkan setiap insan dan Allah memilih kita untuk menerima ujian tersebut. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: