Tuesday, December 27, 2011

BAWAKAN BINTANG PADAKU

*Yahoo*
Di kala malam menjelang, tiada yang lebih indah dari perhiasan yang tertera di dada langit.



Malam,
Bawakan aku bintang,
Untuk menyinari gelapku,
Menjadi perhiasan panahan mataku.

Langit,
Kurangnya keindahanmu tanpa teman di sisi,
Hanya bulan yang ada di sisimu,
Bukan bintang yang ku tunggu,
Untuk menghiasi dadamu.

Awan,
Kelihatanmu bermuram durja,
Hanya di temani bulan,
Jadi,
Bawakan juga aku bintang,
Menemani aku,
Dan juga menjadi pendampingmu.

Bintang,
Mengapa sukar untuk kau muncul,
Menghiasi dakapan malam?
Aku merindui perhiasanmu,
Adakah kau juga begitu seperti aku?

Aku,
Seorang penunggu bintang,
Orang sering berkata "Bagai bulan jatuh ke riba",
Tetapi bagiku "Bagai bintang muncul di hadapan mata",
Cahayanya menyinari kegelapan malam,
Malah bulan juga turut meminjam cahaya bintang,
Mengindahkan lagi malam yanag kesepian keseorangan.

Andai aku pandai melukis,
Akanku coretkan bintang di langit,
Walaupun di atas kanvas,
Asalkan kau tetap ada di hadapan mataku,
Menemani pandanganku.



*Yahoo*
Walaupun lukisanku tidak berwarna, bintang bisa membantuku mewarnainya.



Tetapi,
Aku bukanlah pelukis,
Mahupun insan yang mahir mencoretkan rasa di atas lukisan,
Kerana aku seorang penulis,
Yang hanya tahu mencoret apa yang yang aku rasa,
Mencanai idea yang datang entah bila,
Tanpa aku sangka.

Bawakan aku bintang,
Untuk menjadi peneman tatkala aku dalam kesedihan,
Menceriakan aku di kala aku merasa keseorangan,
Kerana aku adalah insan yang merindui bintang,
Walaupun kau hadir tatkala malam,
Akan ku tungggumu untuk merajai malamku.

Bintang,
Jangan menghindarkan dirimu dariku,
Sahutlah panggilanku,
Jangan begitu,
Kerana aku merindui cahayamu.


*Yahoo*
Duhai alat telekomunikasi, tolong sambungkan talianku ke bintang. Berikan aku peluang untuk memujuknya mewarnai langit malam.



Bintang,
Ke mana kau menghilang,
Tunjukkanlah dirimu,
Kepadaku,
Kerana aku amat menginginkanmu menjadi perhiasan pandanganku,
Di waktu aku merenung kegelapan langit itu.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: