Sunday, December 11, 2011

APABILA BUMI BERSEMBUNYI DI ANTARA MATAHARI DAN BULAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar iman, apa khabar kesihatan, dan apa khabar fizikal dan nurani anda pada hari ini? Semoga segala-galanya sihat terletak molek di bawah lembayung Allah Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Gerhana bulan. Riuh sebentar berita yang tersebar dengan begitu pantas di Buku Wajah dan segala medium media massa untuk merungkaikan perkhabaran ini. Pada 10 Disember 2011 (14 Muharam 1433 Hijrah) pada pukul 8.30 malam sehingga 12.00 tengah malam, berlakunya fenomena gerhana bulan penuh dan fasa penuh bulan adalah pada pukul 10.31 malam.





*Yahoo*
Kitaran gerhana bulan. Frasa yang seringkali di dengari, tidak kenal maka tidak cinta. Sesudah cinta, marilah melangkah ke alam pernikahan. Eh? Untuk meneruskan percintaan yang halal di sisi Allah. Penulis merepek lagi. Isunya adalah bulan, perkahwinan yang terbawa-bawa. Sila abaikan penulisan yang entah apa-apa. Boleh?




 
*Yahoo*
Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu. Indah, damai serta menenangkan fikiran insan yang memandang.



 

Bagaimana gerhana bulan berlaku?
Gerhana bulan terjadi di saat sebahagian atau keseluruhan penampang bulan tertutup oleh bayangan bumi. Hal ini terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan karena terhalangi oleh bumi. Sumber ini adalah dari sini.



*Yahoo*
Wajah bulan yang kelihatan seperti telur mentah yang kehilangan kulit.



Untuk makluman, sekiranya anda berminat untuk mencuba eksperimen membuang kulit telur tanpa memecahkannya, anda boleh mencuba kaedah ini. Dengan menggunakan cuka yang seringkali digunakan untuk tujuan memasak, rendamkan telur ke dalam cuka dan biarkan sehingga kulit telur itu terhakis dengan sendirinya. 

Dengan sedikit pengalaman membuat eksperimen ini, saya dengan tidak sabar, telah menggosok secara perlahan-lahan permukaan kulit telur untuk mempercepatkan proses penghakisan tersebut. Perlu diingatkan anda hendaklah berhati-hati kerana dikhuatiri kulit nipis atau membrane yang melindungi telur tadi akan terkoyak. Selain itu, anda digalakkan untuk memakai sarung tangan getah kerana sifat cuka adalah berasid dan sayangilah diri anda dengan mengambil langkah berjaga-jaga ini. Dan anda boleh lah mencuba dan lihat lah hasilnya seperti gambar bulan di atas. Menarik, bukan?

Beruntung kepada sesiapa yang dapat menatap pemandangan bulan sedemikian rupa. Dan lebih beruntung lagi, solat sunat gerhana bulan dilakukan sempena peristiwa ini.

Untuk membaca dengan lebih jelas lagi mengenai gerhana bulan dan solat sunat gerhana bulan, saya tinggalkan anda dengan perkhabaran ini dan ini.

Semoga dengan sedikit informasi tadi, bersama-sama lah kita meningkatkan ilmu di dada kerana tidak luak apabila kita saling berkongsi ilmu sesama kita.

Berkongsi ilmu amalan mulia,
Hidup mesti ceria.

Molek kah pantun tersebut? Terpulang kepada anda kerana pandangan kita adalah berbeda.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

Jangan lupa singgah lagi di lain waktu,
Teh tarik satu.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: