Saturday, December 3, 2011

ANTARA KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat malam diucapkan.

Tampalan ini dikarang setelah saya selesai menikmati pemandangan pertunjukan bunga api. Untuk makluman, saya dikira beruntung kerana menetap di tingkat yang agak tinggi di kolej kediaman universiti tempat menuntut ilmu dikala ini.
Ya. Beruntung dan bertuah kerana hampir setiap hari mata saya disajikan dengan pertunjukan bunga api yang saya sendiri tidak pasti apa tujuan pertunjukan tersebut. Mungkin di lain waktu, apabila saya dapat merakamkan saat yang paling indah bagi pertunjukan tersebut, saya akan kongsikan di sini. Mungkin.

Keyakinan dan kepercayaan.

Percaya itu anggapan.

Keyakinan itu percaya dengan bersungguh-sungguh.


HANYA KITA SENDIRI YANG MENGENAL DIRI KITA, BUKAN ORANG LAIN. KITA YAKIN DENGAN DIRI KITA, TETAPI ORANG LAIN HANYA PERCAYA DENGAN KEBOLEHAN KITA. YAKIN DAN PERCAYA ITU MEMBAWA DEFINISI YANG BERBEZA.


Seperti biasa, awan tetap menjadi penghibur di kala lara.


 

Terima kasih Ya Allah di atas ciptaanMu yang sentiasa terindah. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu mampu menenangkan fikiran sama ada di kala kusut mahupun tekanan melanda.




Ketulusan hati: Oh, ini adalah luahan perasaan kepada peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Terdapat sahabat yang meminjam laptop saya. Ya, pinjamkan sesuatu yang kita ada, InsyaAllah akan peroleh pahala dari Allah Ta'ala. Tetapi, yang menjadikan hati saya berkecamuk ialah si dia membuka fail saya. Terima kasih kepada sejarah yang membolehkan kita melihat apa yang orang lain lakukan terhadap segala fail yang terdapat di laptop kita. Ya, semestinya si dia adalah sama jantina dan gambar yang terdapat di dalam fail tersebut adalah gambar yang menutup aurat, tetapi perlakuan tersebut telah mengecilkan hati saya. Bukan semua perkara peribadi kita boleh kongsikan dengan insan lain kerana setiap insan mempunyai ruang untuk bersendiri. Barang peribadi, kata orang. Kepada rakan-rakan, berhati-hatilah. Supaya kejadian ini menjadi pengajaran buat kita. Oh, gambar tersebut merupakan gambar bersama keluarga. Tika rindu menjelma, hanya perlu klik untuk menatap wajah kesayangan yang berlayar di minda. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya,"Iklan ini berkata.

No comments: