Sunday, December 25, 2011

AKU MENCARI

Aku mencari,
Insan yang dapat membimbingku,
Yang bersama-sama berjihad di jalan Ilahi,
Tidak gentar dengan ugutan keseronokan duniawi.

Aku mencari,
Insan yang dapat melengkapiku,
Dari segala segi,
Memperbetulkan akhlakku,
Menggembirakan hatiku tatkala insan lain lari dari sisiku,
Mendengar dukaku dan menenangkan hatiku,
Bersama-sama beribadah kerana Allah Yang Satu,
Menerima kebaikanku seadanya,
Menegur kesilapanku sewajarnya,
Menerima aku seikhlas hatinya,
Apa adanya.

Aku mencari,
Insan yang dapat menjadi pendampingku,
Untuk menuju syurga Ilahi,
Melalui landasan yang diberkati,
Menguruskan kehidupan yang sementara ini.

Aku mencari,
Insan yang dapat menerima kelemahan diri,
Setulusnya tanpa ragu dalam diri,
Untuk menjadi pendamping yang setia di sisi.

Aku mencari,
Peneman di sisi,
Menenangkanku di dunia ini,
Mendampingiku di syurga yang kekal abadi.

Aku mencari,
Terus mencari,
Kerana ku tahu kau adalah tercipta untukku,
Berlandaskan restu dari Ilahi.



*Yahoo*
Berdoa merupakan salah satu landasan usaha ke arah mendapatkan jodoh yang serasi buat diri.



*Yahoo*
Doa pendekat jodoh. Semoga menjadi amalan seharian. Jom gigih baca dan ingati doa ini. Semoga mendapat jodoh dari restu Ilahi.


*Yahoo*
Setelah merasakan si dia pilihan hati, teruslah rebut untuk menjadi pendamping di sisi. Perkahwinan adalah paling wajar menjadi pilihan hati. Jangan buang masa dengan cinta yang tidak halal. Tidak dilupakan solat istikharah merawat rasa was-was yang kadangkala muncul dalam diri.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: