Wednesday, November 30, 2011

WAHAI BAKAL PENAKHLUK JIWAKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua dilimpahkan kesihatan yang baik hendaknya oleh Allah Ta'ala.


Wahai bakal penakhluk jiwaku,
Semoga kau sihat hendaknya,
Sihat rohanimu,
Serta sihat jasmanimu.

Wahai bakal penakhluk jiwaku,
Walaupun ku tidak tahu siapa dirimu,
Hargailah dirimu,
Kerana kita pasti akan ketemu.

Wahai bakal penakhluk hatiku,
Jagalah akhlakmu,
Seperti mana ku menjaga akhlakku,
Supaya kita akan terus berada di landasanNya yang satu.

Wahai bakal penakhluk hatiku,
Takhluki lah ilmu Allah dahulu,
Sebelum kita bersama mencari penakhluk jiwa itu.

Wahai bakal penakhluk hatiku,
Akan ku tunggu mu,
Kerana Allah menjanjikan kau untukku.

Wahai penakhluk hatiku,
Ku tidak mengharapkan kau seorang yang terlalu sempurna,
Kerana kita bakal melengkapkan diri kita seadanya,
Ke arah kesempurnaan itu bersama-sama.

Wahai bakal penakhluk hatiku,
Bersabarlah dengan ujian Allah,
Jangan biarkan dirimu lagha dan alpa,
Dengan kecantikan dunia,
Kerana ia tidak kekal selamanya.

Wahai bakal penakhluk hatiku,
Mungkin kau berada di hadapan mataku,
Mungkin juga sebaliknya,
Tetapi ku berjanji untuk menjaga hatiku,
Kerana ianya khas untukmu.

Wahai bakal penakhluk hatiku,
Yang bakal melengkapkan sebahagian diriku,
Semoga suatu masa nanti kita akan ketemu,
Di bawah lembayung cahaya Ilahi,
Yang dinamakan ikatan pernikahan yang direstui,
Oleh Allah Ta'ala yang memberi.




Di manakah kau berada wahai bakal penakhluk jiwaku? Sambil tercari-cari di antara pokok. Boleh? he...he...

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: