Saturday, November 12, 2011

TIDAK LAKU BILA SENDIRI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas kunjungan anda ke laman peribadi saya yang tidak seberapa ini. Di sini, tempat saya meluahkan isi hati saya, pandangan saya dan karya saya juga. Idea itu kadangkala datang tidak kira masa, jadi apa yang ada saya coretkan di sini sebenarnya adalah idea yang datang secara spontan dan tidak dirancang. Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah.

Di kesempatan ini, saya mendoakan agar anda semua dikurniakan kesihatan yang sihat oleh Allah Ta'ala hendaknya. Badan sihat dan ibadah lengkap. InsyaAllah. Baiklah, selamat membaca.




*Yahoo*
Saya masih lagi sendiri. Anda pula bagaimana?



Saya seringkali tertanya, mengapa seseorang insan itu sendiri tiada berteman. Oh, saya juga termasuk dalam kategori ini. Siapa yang sama seperti saya, kita adalah istimewa. Saya tidak maksudkan anda yang sudah berteman itu adalah tidak istimewa. Jangan kecil hati kerana anda adalah lebih istimewa di mata pasangan anda. Tidak begitu? he...he...

Tidak berteman atau tiada berteman atau ada berteman tetapi nafikan? Banyak benar persoalan.

Hidup sendiri itu tidak bermakna seseorang insan itu adalah tidak laku. Saya pernah di sogokkan dengan kalimah keramat ini dalam hidup saya. Sedih, usah gambarkanlah. Semestinya saya dilanda kesedihan apabila dikenang kembali peristiwa lalu. Oh, tutup buku lalu, buka buku baru. Air mata, jangan singgah.




*Yahoo*
Amboi, melampau benar air mata yang bertakung. Ini benar-benar melambangkan kesedihan yang terlampau.


Mengapa kita masih lagi tidak berjumpa pasangan kita? Mengapa? Mengapa kita yang terpilih?

Walaubagaimanapaun, satu yang perlu kita ingat. Percaturan jodoh itu di tangan Allah. Kita sebagai hambaNya tidak berhak mempertikaikan apa yang telah ditetapkan olehNya untuk kita. Allah yang menciptakan kita dan sememangnya Dia lebih mengerti apa yang kita mampu hadapi dan atasi. InsyaAllah.

Jodoh itu bukan untuk dipermainkan. Sekali kita telah berada di kancah jodoh itu, besar tanggungjawabnya. Bukan boleh dipermainkan atau apabila suka teruskan apabila terasa bosan berhenti atau cari yang lain. Tidak baik mempermainkan perasaan insan lain.

Sesetengah insan mengatakan bahawa jodoh itu perlu dicari, bahkan ada segelintir manusia pula menyatakan jodoh itu pasti akan hadir sendiri. Terserah. Terpulang kepada anda yang ingin membuat penilaian sendiri. Itu hak anda.

Bagi pandangan peribadi saya sendiri, Allah tidak menampakkan kita dengan jodoh kita adalah kerana kita tidak cukup sempurna. Sempurna dari segi ibadah kepadNya, sempurna dari segi pemikiran kita, sempurna dari segi akhlak kita, sempurna dari segi pengurusan masa kita, dan sempurna dari segi kasih sayang sesama makhlukNya. Kita masih tidak cukup sempurna dari sudut yang saya coretkan di sini.

Sememangnya, manusia itu tidak sempurna dari segala segi. Mungkin pasangan kita yang bakal melengkapkan kesempurnaan kita. Siapa tahu, rahsia Allah? Benar, bukan?

Tetapi, selagi kita tidak dipertemukan diri kita dengan jodoh kita, apa salahnya sekiranya kita melengkapkan diri kita ke arah kesempurnaan. Semestinya bukan mudah. Tetapi, tidak salah kita cuba memperlengkapkan satu per satu sehingga boleh membentuk keluhuran ke arah kesempurnaan itu.


 

 
*Yahoo*
Betul, kan?



 
Setiap insan itu pasti ada pasangannya yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala. Jangan rasa diri diabaikan. Luangkan lebih banyak waktu dengan rakan-rakan, nescaya kita akan lebih bersyukur dengan apa ynag kita punya. Rakan-rakan yang sering menyokong kita. Walaupun rakan sejati kita hanya ada satu. Seperti saya. he...he.... Alahamdulillah, lebih baik daripada tiada. 

Kadangkala saya juga sering terfikir, apa yang sering dilakukan atau diborakkan oleh pasangan bercinta yang tidak mempunyai ikatan yang sah? Apa pengertian bahagia yang sebenarnya bagi mereka? Apabila bergaduh, memek muka yang monyok dipamerkan dan apabila gembira semua dicanangkan kepada dunia.

Penat saya sendiri melihat ragam manusia. Saya dikelilingi oleh persekitaran rakan-rakan yang menyatakan hanya mereka sahaja yang betul dalam memberi pendapat terutama bagi rakan-rakan yang sudah mempunyai pasangan yang belum bernikah. Entahlah, jemuih dan muak saya melihatnya. Pendekatan saya mudah sahaja, apabila saya melihat adegan berdua-duaan yang terpampang di hadapan mata saya, secara cepat saya memalingkan wajah saya. Malas mahu bersubahat dan hanya menegur dalam hati. Terasa lemah diri ini dalam bab memberi teguran.

Menjadi sendiri, bukan bermakna kita adalah tidak laku. Laku atau tidak hanya sesuai digunakan untuk adegan jual beli sahaja. Kita adalah manusia bukan barangan, jadi istilah laku ataupun tidak itu adalah tidak sesuai sama sekali mahupun sama berkali-kali untuk ditujukan kepada manusia. Manusia yang tidak mengerti apa itu tatabahasa yang selalu mengamalkan perkataan ini. Benar, bukan? 



 
*Yahoo*
Kegembiraan itu tidak datang samaada anda berpasangan mahupun tidak kerana ia datang apabila kita bersyukur dengan apa yang kita punya.




*Yahoo*
Bersyukurku kepadaMu Ya Allah atas kurniaan hidup ini.



 
*Yahoo*
Bersendirian itu adalah saat tidak ternilai.

Secara ironinya, kita tidak bersendirian dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup ini. Masih ada insan yang lebih banyak kekurangan nikmat dari kita. Oleh itu, bersyukur dengan apa yang kita ada adalah lebih bermakna. Tidak begitu?

Ketulusan hati: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di sini. Sila datang lagi.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.


No comments: