Wednesday, November 16, 2011

SELESAI SUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat sahaja hendaknya.

Oh, hujan lebat baru sahaja selesai mengalirkan air matanya. Secara tidak langsung mata terasa berat ketika berada di dalam kelas sebentar tadi.




*Yahoo*
Hujan lebat membasahi bumi, apa khabar anda hari ini?



*Yahoo*
Asal hujan, mengantuk. Asal mengantuk, hujan. Eh?


 
Hari ini merupakan kelas yang paling lama dari segi masa yang saya hadiri, dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Masa berehat saya adalah pada pukul 1.15 tengahari tadi sehingga pukul 2.00 petang. Penat? Usah cakaplah. Memang, sebnenarnya. Tetapi, untuk berjaya, ini salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan.




*Yahoo*
Untuk berjaya jangan pandang ke arah nilai-nilai negatif kerana secara tidak langsung akan terhakis nilai-nilai positif. Oleh itu, positifkan diri selalu dan tingkatkan prestasi.


Hari ini juga merupakan hari kelegaan bagi saya kerana saya telah pun membentangkan projek ilmiah tahun akhir saya pada pukul 12.50 tengahari sehingga 1.03 petang tadi. Perasan sangat-sangat-sangat-sangat lega kerana walaupun saya adalah pelajar akhir yang membuat pembentangan pada hari ini.

Seramai enam orang sekaligus membuat pembentangan yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan hanya empat pelajar sahaja yang sempat membentangkan projek mereka. Pembentangan bersambung lagi pada pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 1.03 petang kerana kami mempunyai kelas pada pukul 11.00 pagi. Pada waktu ini, hanya saya dan seorang rakan saya yang membentangkan projek kami ditemani dengan empat orang pensyarah.

Perasaan lega itu adalah lebih terasa istimewanya. Berdebar jangan cakaplah. Tetapi, demi kejayaan di masa yang akan datang, InsyaAllah, semoga dugaan akan ditempuhi dengan tenang.

Demi kejayaan, usaha itu penting.

Demi kejayaan, semua dugaan akan ditempuhi dengan cekal.

Demi kejayaan, fokus itu diletakkan sewajarnya.

Demi kejayaan, ikhlaskan hati menuntut ilmu.



*Yahoo*
Biarpun kita tidak tahu apa masa hadapan kita, tetapi kita bertanggungjawab menentukan masa hadapan kita sendiri.



*Yahoo*
Usaha ke arah kejayaan itu adalah payah tetapi pandanglah kepayahan itu sebagai titik permulaan ke arah kecemerlangan.


Kejayaan itu bukan dari sudut akademik sahaja. Tetapi bagaimana kita menguruskan diri untuk lebih mempunyai nilai-nilai murni di mata masyarakat dan sensitif mengenai isu-isu semasa. Tidak lengkap pandai, bijak ataupun cerdik, tetapi akhlak entah ke mana.

Sekian, sahaja dari saya. Terima kasih, kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: