Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

*Yahoo*

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga di hari yang berbahagia ini kita diberi kesihatan yang sempurna untuk menyambutnya.

Kad di atas pengganti diri,
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Eh, tak kena lah pantun itu. Tidak mengapa, saya cuba sekali lagi.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, anda mahu?

Berjaya akhirnya, saya mereka pantun. Indah juga bunyinya, bukan? Sila lah setuju.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca laman peribadi saya ini tidak kira walau di mana jua andaa berada dan berhati-hati di jalan raya.

Raya, raya juga,  
Nyawa perlu jaga.


 
*Yahoo*
Bagi insan yang pulang ke kampung halaman, jaga diri, jaga akhlak.


Saya seperti biasa tidak pulang beraya seperti mana saya tidak pulang ketika cuti pertengahan semester tempoh hari. Sila jangan rasa sedih kerana di sini ada rakan yang menemani. Pertama kali beraya di perantauan. Terasa belajar di luar negara pula.

Oh, saya juga ada perancangan ingin menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Ataupun bekerja sambil belajar. Ataupun bekerja dahulu dan sambung belajar seterusnya.  

Masa hadapan perlu dirancang dengan sebaiknya. Tidak mengapa jika kita tidak dapat apa yang kita rancang tetapi pandanglah kepada betapa gigihnya kita berusaha ke arah perancangan itu. Dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah Ta'ala. Benar, bukan?

Hasil yang terbaik semestinya memerlukan usaha dan perancangan yang terbaik.

Duhai hati, bertabahlah,
Duhai usaha, berlipatgandalah.

Fuh, kiri,
Fuh, kanan,
Mari berlari,
Hilang tekanan.



 
*Yahoo*
Buat sahabat saya, terimalah bunga untuk anda.
Tiada bau, tetapi cukup lah sekadar pandangan indah di mata.


Ketulusan hati: Sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat silap dan salah saya sepanjang pembikinan laman peribadi saya ini. Saya adalah insan biasa dan anda juga berhak menegur saya sekiranya terdapat perkara yang tidak sepatutnya. Saya benar-benar tidak menyangka seramai dua belas sahabat saya yang mengikuti perkembangan dan tumbesaran sihat laman peribadi saya untuk setakat ini dan seramai satu ribu lima ratus bilangan insan yang membaca. Alhamdulillah. Semoga anda sentiasa mengikuti laman peribadi saya yang tidak seberapa ini.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: