Saturday, November 19, 2011

MENTALITI ATAU CARA PEMIKIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai saya. Apa khabar anda hari ini? Oh, kini sudah masuk waktu makan tengahari. Selamat makan dan selamat kenyang diucapkan. Semoga makanan yang dimakan memberi keberkatan kepada kita dalam melakukan aktiviti seharian. InsyaAllah. Jangan lupa solat Zohor juga.

Cara pemikiran. Mentaliti.

Sesuatu yang boleh diubah sama ada dipengaruhi oleh orang lain secara sedar mahupun tidak.


*Google*
Andai bisa mentaliti itu diubah sebegini rupa, oh pasti mudah, bukan?


Tetapi, tidak dinafikan terdapat jua insan yang mempunyai mentaliti yang sukar untuk dipengaruhi. Untuk memudahkan pemahaman, hanya dia sahaja yang betul dalam setiap perkara yang dilakukannya. Tidak boleh membangkang sedikit pun. Oh, terasa gerun pula untuk meneruskan perdebatan mengenai sesuatu perkara dengan insan yang tidak reti bahasa sebegini. Insan yang tidak boleh menerima pendapat atau pandangan orang lain.



*Google*
Pasti terasa tekanan yang hebat untuk memperbetul mentaliti yang tidak sewajarnya kepada insan yang langsung tidak dapat menerima mentaliti insan lain.


Mentaliti orang kita selalu dikaitkan dengan ketidakpuasan hati. Manusia itu sendiri tidak pernah puas dengan apa yang mereka punya dan selalu membandingkan mereka dengan insan lain, ini jawapan yang sewajarnya.


*Yahoo*
Kita tidak akan tahu sedalam mana kekuatan kita sehingga kita dapat membuat keputusan dari apa yang kita ada.


Ini adalah beberapa contoh mentaliti masyarakat kita:

     1. Apabila membujang, ditanya masih tiada peneman?
  •  Secara logiknya, sebenarnya kita yang mencorak masa hadapan kita. Bukan orang lain. Tetapi apabila sering ditanya soalan sebegini, mesti hati kecil kita akan terasa cuak, bosan, atau mendidih juga. Ingin ditarik muka, nanti dikata lagi. Oleh itu, lebih baik berdiam diri serta memberi senyuman palsu semata-mata menjaga hati.
  • Apabila kita membalas, Allah tidak pertemukan kita dengan jodoh kita, pasti akan dibalas jodoh itu perlukan usaha. Usaha untuk mencari katanya.
  • Lihat, manusia itu hanya tahu bertanya. Tetapi kita yang menyelesaikannya. Kita sendiri, bukan mereka. Apa yang mereka tahu, hanya bertanya dan mungkin jua menyibuk untuk menjaga tepi kain orang. Yang anehnya, anak mereka yang sudah lanjut usia atau anak mereka yang masih lagi tidak mempunyai ikatan yang sah, tidak pula mereka rungkaikannya. Aneh ke? Entah lah.
     2. Setelah berkahwin pula, ditanya lagi tidak teringin menimang cahaya mata ke?
  • Secara logiknya, setiap pasangan yang sudah bernikah, mesti mempunyai objektif yang sedemikian rupa.
  • Jika tiada rezeki, mahu buat macam mana? Rezeki itu urusan Allah. Ada pasangan yang telah berumahtangga setelah sekian lama, baru Allah kurniakan cahaya mata, Alhamdulillah. Ada juga pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan, terus diberi rezeki menimang cahaya mata oleh Allah. Juga Alhamdulillah. Rezeki yang diberikan Allah tiada siapa yang tahu. Ianya milik Allah sepenuhnya. Cepat atau lambat, itu bukan urusan kita untuk mempertikaikannya.
     3. Setelah mempunyai anak pula, ditanya lagi tidak mahu menambah apa yang ada?
  • Dalam membentuk sesebuah keluarga, tahap kemampuan itu juga perlu diambil kira. Perancangan dalam membentuk keluarga itu tidak dinafikan kepentingannya.
  • Jangan bandingkan sesebuah keluarga itu dengan keluarga yang lain. Tidak adil namanya. Pendapatan mereka berbeza, tahap kemampuan perbelanjaan jua berbeza. Jadi, apa masalahnya untuk membanding-bandingkan sesama keluarga?
     4. Bagi keluarga yang sudah mempunyai anak yang cukup dewasa, ditanya lagi anak mereka jurusan apa?
  • Setiap anak itu, kebolehan mereka berbeza-beza. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memahami tahap kecenderungan anak mereka di tahap mana supaya mudah dibentuk.
  • Kejayaan setiap insan itu, tidak boleh dinilai hanya dengan ukuran akademik semata-mata. Akademik bagus tetapi akhlak ke laut, tidak berguna juga.
  • Di tanya lagi, jurusan apa? Hanya jurusan perubatan, kejuruteraan, undang-undang, akauntan dan seangkatan yang dikatakan gah tidak dipertikaikan. Tetapi, apabila anak tersebut mengambil jurusan yang jarang didengari atau tidak terlalu disebut-sebut, mula lah mahu mengambil tahu dan seterusnya memberikan nasihat yang tidak membina.
  • Ada ke peluang pekerjaan jika mengambil jurusan sedemikian? Jadi, buat apa universiti, kolej atau tempat menuntut ilmu itu mengadakan kursus tersebut sekiranya tiada peluang pekerjaaan? Ingin menambahkan ilmu tanpa mempraktikkannya, kah? Atau sekadar mencurah air ke daun keladi. Tiada manfaat tetapi hanya sia-sia.
  • Oleh itu, bagi pelajar yang mengambil jurusan yang tidak sebegitu gah menurut pandangan masyarakat kita, buktikan bahawa anda juga boleh berjaya dan semestinya ilmu anda itu ada kebaikannya. Betul, tak?
  • Bagi insan yang tidak berjaya atau tidak berpeluang dalam bidang akademik, teruskan mencari rezeki dengan apa yang anda punyai. Rezeki itu ada untuk kita dan ianya pasti ada di mana-mana kerana rezeki itu Allah yang beri dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Untuk mereka yang selalu memperlekehkan anda, jangan ambil hati kerana mereka sememangnya tidak tahu apa yang anda tahu.
  • Minah kilang, tukang sapu, mengutip sampah dan pekerjaan di sektor pembersihan, jika tiada pekerja yang bekerja, jangan ingat sampah itu akan berjalan kaki dengan sendiri untuk ke tempat sampah. Bayangkan, jika tiada insan yang bekerja dalam sektor perkilangan, tiada televisyen, radio, komputer riba untuk anda kerana tidak semua benda elektronik itu mesin yang hasilkan. 
  • Oleh itu, kagumlah dengan keupayaan diri anda kerana anda mampu untuk melakukan pekerjaan yang tidak mampu dilakukan oleh insan yang memperlekehkan anda. 

   
*Google*
Pernah tonton filem Puteri Impian? Kisah gadis yang bekerja kilang yang memburu impian menjadi puteri. Saya sudah tonton, anda bagaimana pula?


*Google*
Puteri Impian Satu.


*Google*
Puteri Impian Dua.


Kesimpulannya, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Usah terlalu menjaga hati orang lain sehingga mengabaikan hati kita sendiri. Ikut kata hati selagi mana ia tidak salah di sisi agama Isalam yang tercinta.

Untuk insan yang suka membanding-bandingkan insan lain, satu yang anda perlu ingat, setiap kita yang dijadikan oleh Allah adalah berlainana sifat dan sikap. Anda juga tidak sempurna.

Untuk insan yang diperlekehkan, jangan ambil hati dengan insan yang memperlekehkan anda. Asalkan anda tahu apa yang anda lakukan itu adalah tidak salah di sisi agama dan anda perlu ceriakan hati anda dan abaikan mereka yang sedemikian rupa.

Biar apa orang kata,
Mentaliti orang lain sukar dijangka.

Semoga kita berjumpa di tampalan yang akan datang. Assalamualaikum.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

1 comment:

mia-ina said...

setuju dgn isu mentaliti...kalau nk didengarkan ..smpi ble x hbs2x..lama2x kte nye jiwa tertekan lak...