Tuesday, November 29, 2011

PENAT DAN REHAT ADALAH SAHABAT KARIB

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang masih lagi sudi singgah ke laman peribadi saya ini. Terima kasih diucapkan. Walaupun tiada hidangan ringan seperti air dan makanan dihidangkan, terima kasih kerana meniggalkan jejak trafik di sini.

Rehat. Mengapa kita perlukan rehat apabila kedatangan penat yang tidak diundang. Ya, sudah pastinya tiada manusia yang inginkan penat yang melanda. Tetapi, kita adalah manusia yang diberikan pelbagai kerenah dan ragam untuk lebih memahami dan menguruskan emosi kita.

Insan yang hebat adalah insan yang dapat mengenal dirinya.

Mengenal diri untuk lebih menguruskan diri dengan lebih sempurna.

Lebih. Tiada manusia yang inginkan kekurangan apabila berhadapan sesuatu nilai yang positif.

Positif. Tingkatkan secara perlahan-lahan, walaupun melalui pelbagai jalan.

Ya. Perjalanan kita masih panjang sekirannya kita masih tidak dijemput Allah Ta'ala untuk menjadi jenazah.





*Yahoo*
Apabila perasaan suka melanda, pamerkan.




*Yahoo*
Apabila duka menerjah, pamerkan juga. Kerana kita manusia. Manusia yang kadangkala dapat bertindak profesional menguruskan emosi dan kadangkala sebaliknya.


Apabila penat rehat,
Rehat segala-galanya.

Kerana apa?

Apabila tubuh rehat,
Damai di rasa selepas itu.

Apabila minda rehat,
Segar tercipta sesudahnya.

Apabila melawan penat,
Tubuh rasa lesu.

Apabila penat mengusai,
Akal rasa tidak berfungsi.

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu ini iaitu penat dan rehat. Supaya kita bersama-sama menjadi manusia yang tahu menguruskan diri dari segi emosi dengan sebaik-baiknya.

Sesungguhnya, manusia itu tidak dapat melarikan diri daripada tekanan. Oleh itu, solusi yang terbaik adalah kita tahu menguruskankannya dengan lebih berkesan supaya ia tidak terbawa-bawa dan meleret-leret dalam kehidupan seharian.



Ketulusan hati: Menjadi pelajar tahun akhir itu indah. Indah dengan kepenatan yang saya sendiri yakin saya mampu untuk menguruskan emosi yang Allah Ta'ala berikan. InsyaAllah. Kehidupan adakalanya naik dan turun seperti roda. Selama mana kita akan diberi kepenatan menguruskan aktiviti seharian, pasti akan ada kerehatan yang tercipta. Oleh itu, bersyukur dengan apa yang kita ada dan terus berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Oh, seronok ada blog sendiri kerana segala-galanya saya luahkan di sini. Terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: